Joseph Cao adalah seorang ahli politik dan peguam Amerika. Beliau ialah ahli kepada Parti Republikan Amerika Syarikat. Pada Disember 2008, dia dipilih untuk Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. Beliau ialah orang Vietnam yang pertama yang yang terpilih ke dalam organisasi tersebut.

Joseph Cao
Joseph Cao


Representative-elect from
Louisiana's Daerah ke-2
Taking office
6 Januari 2009
Succeeding William J. Jefferson

Lahir (1967-03-13) 13 Mac 1967 (umur 57)
Saigon, Vietnam Selatan
Party politik Parti Republikan
Pasangan Hieu "Kate" Hoang, anak Sophia and Betsy[1]
Tempat tinggal New Orleans, Louisiana
Alma mater Jersey Village High School,[2] dekat Houston, Texas
Baylor University
Fordham University
Loyola University New Orleans
Bidang kerjaya Peguam
Agama Gereja Katolik Rom
Laman web http://www.josephcaoforcongress.com

Joseph Cao dilahirkan di Saigon pada 1967. Dia meninggalkan selatan Vietnam pada 1976 untuk Amerika Syarikat bersama-sama ibu dan kakaknya. Beliau mempunyai ijazah sarjana muda dalam fizik, perundangan, falsafah.

Keluarga sunting

Bapa Cao merupakan bekas tentera Republik Vietnam dan pernah ditangkap oleh Tentera Vietnam Utara di akhir kemuncak Perang Vietnam. Ibunya telah melarikan diri dari Vietnam Selatan pada Mei 1975, semasa kejatuhan Saigon, bersama Cao dan dua daripada tujuh anaknya. Ketika tiba di Amerika Syarikat, Cao berusia lapan tahun. Bapa Cao dipenjarakan selama tujuh tahun di kem komunis, sebelum dilepaskan dan bersama keluarganya di Houstan, Texas. Cao mengahwini Hieu “Kate” Hoang dan dikurniakan dua orang anak perempuan: Sophia dan Betsy.

Pendidikan sunting

Cao pernah memasuki Sekolah Tinggi Jersey Village. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam jurusan fizik di Universiti Baylor dan ijazah sarjana dalam falsafah di Universiti Fordham. Beliau adalah bekas pensyarah falsafah di Universiti Loyola, New Orleans.

Kerjaya perundangan sunting

Cao melupakan hasratnya untuk menjadi paderi Katolik Rom untuk menumpukan dalam menolong anggota Parish dan lain-lain berbekalkan latihan perundangan dan pengalaman dalam isu-isu imigrasi. Beliau mengajar di sekolah parish tempatan di Virginia dan menjadi sukarelawan di Boat People SOS (BPSOS)[3] untuk menolong pendatang Vietnam dan menolong komuniti Vietnam-Amerika dalam kelengkapan diri. Beliau menjadi ahli BPSOS bermula September 1996 sehingga Mac 2002.

Selepas bekerja bersama Waltzer & Associates, Diarkibkan 2008-12-11 di Wayback Machine Cao membuka latihan perundangannya sendiri yang berkaitan dengan perundangan imigrasi. Beliau memutuskan untuk menceburi bidang politik apabila kecewa dengan tindakbalas kerajaan dalam isu Taufan Katrina yang melanda New Orleans, Louisiana.

Rujukan sunting

  1. ^ Michelle Krupa dan Frank Donze. "Anh 'Joseph' Cao beats Rep. William Jefferson in 2nd Congressional District." The Times-Picayune. Sabtu 6 Disember 2008.
  2. ^ "The Candidate" oleh Michelle Krupa, Times-Picayune, 8 Disember 2008, m/s. A2. Lihat juga Jersey Village, Texas.
  3. ^ Untuk maklumat mengenai Boat People SOS (BPSOS) per se, lihat tapak web BPSOS.