Julius Malema

ahli politik Afrika Selatan

Julius Sello Malema (lahir 3 Mac 1981) ialah seorang ahli politik dari Afrika Selatan. Beliau menubuhkan serta mengetuai sebuah parti politik berfahaman kiri jauh iaitu Economic Freedom Fighters pada bulan Julai 2013.[1][2] Sebelum ini, beliau mengganggotai Kongres Kebangsaan Afrika dari ketika usia 9 tahun[3] lalu memegang pangkat sebagai presiden sayap belia parti tersebut dari 2008 sehingga pemecatannya pada bulan April 2012 ketika berusia 31 tahun.[1]

Awal hidup dan pendidikan sunting

Julius merupakan seorang dalam kalangan masyarakat Pedi yang lahir dan dibesarkan di Seshego, Provinsi Transvaal (kini diberi nama Limpopo);[4] dia hidup bersama ibunya yang tunggal serta bekerja sebagai seorang pembantu rumah.[5][6]

Malema menamatkan persekolahannya di Mohlakaneng High School, Seshego, Limpopo.[7][8][9] Pada tahun 2010, beliau menghabiskan program diploma bidang pembangunan belia selama dua tahun dalam University of South Africa (UNISA). Pada tahun 2017, beliau memperoleh ijazajh BA kehormat dalam bidang Falsafah di sana.[10] Pada tahun 2011, beliau memasuki UNISA untuk memperoleh ijazah Bachelor of Arts dalam bidang "Komunikasi dan Bahasa-Bahasa Afrika" (Communications and African Languages) dan lulus pada Mac 2016.[11][12][13] Beliau kini mneruskan pengajiannya di perjingkat Master's di University of the Witwatersrand.[14]

Kerjaya politik sunting

Dalam Kongres Kebangsaan Afrika sunting

Beliau menyertai sayap militan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Masupatsela, ketika berusia sembilan[6] atau sepuluh tahun.[5]

Beliau dilantik sebagai presiden saya belia parti tersebut pada bulan April 2008 berikutan suatu pilihan raya dalaman yang mengalahkan Saki Mofokeng dengan undian sebanyak 1,833 melebihi 1,696 pungutan.[15]

Pada 10 November 2011, Malema didapati bersalah melanggari Peraturan 25.5(c) dan (i) perlembagaan parti ANC[16] kerana tindakan menyatakan pendapat "yang bertujuan expressing views at a press conference of the ANC Youth League on 2011 "bertujuan memburukkan pemerintahan ANC serta kepimpinan ia di bawah Presiden Zuma berkaitan agenda Afrika serta berpotensi menyemai rasa pemecahbelahan dalam ANC, serta menyatakan pendapat peribadi mengenai [pemerintah] Botswana yang dianggap melanggar dasar ANC" (which sought to portray the ANC government and its leadership under President Zuma in a negative light in relation to the African agenda and which had the potential to sow division and disunity in the ANC, and for expressing his personal views on Botswana which contravened ANC policy) dalam suatu sidang kahbar sayap belia ANC pada 31 Julai sebelumnya.[17] Keanggotaan beliau digantung selama lima tahun.[18] Dakwaan dibawa Jawatankuasa Displin Kebangsaan (National Disciplinary Committee, NDC) kepada Liga Belia ANC dimasukkan secara rayuan pada 4 Februari 2012 lalu membawa kepada pelucutan jawatan dan penyingkiran keanggotaan Malema dalam parti tersebut.[19] Penyingkiran tersebut disahkan NDC pada 24 April 2012.[20]

Dalam Economic Freedom Fighters sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Milton Nkosi (11 July 2013). "Julius Malema launches Economic Freedom Fighters group". BBC News. Dicapai pada 17 August 2014.
  2. ^ Stone, Setumo "Malema takes command of Economic Freedom Fighters". BDlive. Dicapai pada 17 Ogos 2014.
  3. ^ "Julius Malema: The calculated controversy" (dalam bahasa Inggeris). 18 Disember 2009-12-18. Dicapai pada 28 Ogos 2018. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "Julius Sello Malema: background". Sahistory.org.za. Dicapai pada 28 March 2013.
  5. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan one-on-one-news24 tidak disediakan
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Makatile2008-05-05 tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Maseko2008-10-24 tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan waSepotokele2002CosasMalema tidak disediakan
  9. ^ "Malema's grim report card is 'real'", IOL.co.za, 24 October 2008; retrieved 22 November 2011.
  10. ^ News 24
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Forde2011-08-23 tidak disediakan
  12. ^ "Malema gets his BA degree". Times Live. Dicapai pada 31 March 2016.
  13. ^ "Malema gets his BA degree". Sowetan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-03. Dicapai pada 31 March 2016.
  14. ^ "Malema will write his master's thesis on why Die Stem must go". The Citizen. Dicapai pada 26 April 2019.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan M&G2008-04-07 tidak disediakan
  16. ^ African National Congress. "Constitution". African National Congress. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2012. Dicapai pada 1 March 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan BusinessDay2 tidak disediakan
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan julius-malema-suspended-for-5-years tidak disediakan
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ancyl-leaders-convictions-upheld tidak disediakan
  20. ^ "Out! ANC upholds Julius Malema's expulsion", Mail & Guardian (South Africa), 24 April 2012; accessed 17 August 2014.

Bacaan lanjut sunting

  • Forde, Fiona (2012). An inconvenient youth: Julius Malema and the 'new' ANC (ed. Fully revised and updated). London: Portobello Books. ISBN 9781846274565.

Pautan luar sunting