Junainah M. Amin
Junainah M. Amin ataupun dikenali sebagai Junainah merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon pujaan ramai sekitar era 1970-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura.[1]
Junainah M. Amin | |
---|---|
![]() Kulit album Junainah | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Junainah |
Kelahiran | 1954 (umur 68–69)![]() |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Tahun aktif | 1970–an |
Syarikat rakaman | EMI Parlophone |
KerjayaSunting
Junainah mula aktif menyanyi sejak di zaman persekolahan iaitu pada tahun 1969. Beliau juga pernah menjuarai pertandingan menyanyi yang diadakan di tempat kelahirannya di Singapura. Hasil daripada pertandingan itu, bakatnya telah disedari oleh komposer, Kassim Masdor yang membawanya ke syarikat EMI Singapura.[2]
Ketika bersama EMI, beliau pernah menghasilkan dua album LP dan lima EP. Namun, dia tidak berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan yang baru tetapi sebaliknya hanya merakam lagu-lagu saduran daripada lagu bahasa Inggeris yang kemudiannya diberi lirik yang berbahasa Melayu dan juga beberapa lagu baru yang lain. Lantaran itu, Junainah tidak berminat untuk terus bersama EMI apabila kontraknya tamat pada tahun 1977. Pada masa itu, Kassim Masdor juga telah berundur daripada EMI apabila menubuhkan syarikat rakamannya sendiri iaitu “Senada Record”.
Selepas itu, Junainah menyepi seketika. Junainah juga terlibat dalam menyanyikan beberapa buah lagu di dalam filem Pendekar. Di dalam filem itu, dia telah meminjamkan suaranya untuk dialog bagi watak yang dipegang oleh Teh Faridah.
Album pertamanya adalah di bawah terbitan Ahmad Nawab yang pada akhirnya telah memuatkan beberapa buah lagu daripada filem Pendekar dan lagu-lagu baru ciptaan Ahmad Nawab. Album tersebut sangat menarik baginya kerana dia menyanyikan lagu-lagu ciptaan baru secara keseluruhannya dan juga memuatkan pelbagai konsep.
Sepanjang penglibatannya, Junainah juga pernah muncul di dalam filem komedi Keluarga Si Comat arahan Aziz Sattar dan juga sebagai “Bintang Undangan” di dalam filem Hapuslah Air Matamu arahan Deddy M. Borhan.[3] Pada masa kini, beliau menetap di Johor Bahru.
DiskografiSunting
Album EPSunting
- Junainah (1973)
- Air Mata Semalam (1973)
- Ikut Ku Menyanyi (1974)
- Ratu Duniamu (1974)
- Senyumlah (1975)
- Ku Sayang Pada Mu (1975)
- Lagu Mu Untok Ku (1975)
Album StudioSunting
- Kembali Kepada Ku (1977)
Album KompilasiSunting
- Ratu Duniamu (1974)
Album Runut BunyiSunting
- Hapuslah Air Matamu (1976)
- Pendekar (1977)
- Kisah Seorang Biduan (1979)
Album LainSunting
- Selamat Hari Raya Aidilfitri (1973)
- Rasa Sayang Eh (1974)
- Pahlawan Tinju (Mohammad Ali) (1975)
Lagu-LaguSunting
Lagu PopularSunting
- "Nenek - Nenek"
- "Ku Sayang Padamu"
- "Kau Yang Di sayang"
Lagu RayaSunting
- "Suasana Riang (Di Hari Raya)
FilemografiSunting
Filem | |||
---|---|---|---|
Tahun | Judul | Peranan | |
1975 | Keluarga Si Comat | Watak Utama | |
1976 | Hapuslah Air Matamu | Penampilan Istimewa | |
1981 | Sumpah Semerah Padi | Penampilan Istimewa |
RujukanSunting
- ^ https://web.archive.org/web/20171029120806/http://www.utusan.com.my/hiburan/datuk-tak-restu-junainah-jadi-penyanyi-1.544246
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2012-05-28.
- ^ Junainah dilarang menyanyi di kelab Utusan Malaysia Online
Pautan LuarSunting
- Senarai album Junainah Diarkibkan 2012-10-16 di Wayback Machine
- Junainah Diarkibkan 2016-03-11 di Wayback Machine di 7digital