K.O King
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
K.O King adalah sebuah komik berwarna Malaysia karya pelukis Zint. Ia disirikan di majalah dwibulanan Utopia bermula pada November 2002. Komik ini menampilkan watak yang bernama Api sebagai watak utama.
K.O King | |
---|---|
![]() Kulit novel grafik pertama K.O King | |
Maklumat penerbitan | |
Penerbit | Kumpulan Art Square Majalah: Utopia |
Format | Berwarna |
Tarikh penerbitan | November 2002 |
Bil. isu | 16 Novel grafik: K.O King (April 2004) K.O King Conquest (Mei 2004) |
Watak utama | Api |
Pasukan kreatif | |
Karya | Zint |
Sinopsis
suntingApi merupakan seorang samseng remaja yang cukup terkenal dengan dayanya untuk menjatuhkan seteru dengan mudah. Maka dengan itu, melalui usaha Cik June, Api kini ditempat di Kolej Anderson secara percuma untuk memerangi budaya gengsterisme yang cukup berleluasa pada kalangan pelajar di kolej tersebut. Dengan menggunakan cara yang agak keras namun berkesan, Api secara tidak langsung berjaya mencipta muafakat di antara pelajar dan para guru sendiri.
Novel grafik
suntingDua novel grafik K.O King telah diterbitkan oleh Art Square iaitu K.O King dan K.O King Conquest. Kedua-duanya telah dicetak dengan muka surat berwarna dan berbahasa Melayu.
K.O King
suntingTarikh penerbitan | April 2004 |
---|---|
Format | Berwarna |
Berat | 154g |
ISBN | ISBN 9832985145 |
K.O King Conquest
suntingTarikh penerbitan | Mei 2004 |
---|---|
Format | Berwarna |
Berat | 155g |
ISBN | ISBN 9832985153 |
Pautan luar
sunting- Maklumat novel grafik pertama, K.O King Diarkibkan 2008-12-19 di Wayback Machine di tapak web GempakStarz.
- Maklumat novel grafik kedua, K.O King Conquest Diarkibkan 2008-12-19 di Wayback Machine di tapak web GempakStarz.