KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes

KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes (332) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda friget yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia.

HMS Gurkha (F122) semasa pertengahan 1960-an
HMS Gurkha (F122) semasa pertengahan 1960-an

Kapal KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes milik Indonesia merupakan kapal jenis peronda friget kelas Wilhelmus Zakarias Yohannes (RN Tribal). KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes dibina oleh Devonport Dockyard, United Kingdom. Ia dilancarkan pada 1962 sebagai HMS Gurkha (F122)[1] dan dibeli oleh tentera Indonesia pada tahun 1986.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Martha Kristina Tiyahahu, dan KRI Hasanuddin.

KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes mempunyai 268 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes dilengkapi untuk misi rondaan umum.

Kapal KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes sepanjang 109.73 m; 12.95 meter lebar * 3.8 meter ( 360kaki panjang * 42.5kaki * 12.5kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 24 knot. KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes mempunyai seseran 2,700 tan penuh.

Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Indonesia.

Sejarah sebagai HMS Gurkha (F122) sunting

HMS Gurkha (F122) merupakan kapal friget kelas Tribal milik Tentera DiRaja ("Royal Navy") British. Ia dinamakan sempena etnik Gurkha yang terletak di Nepal, dan terus berkhidmat dalam Tentera British.

Perkhidmatan dengan Tentera Laut British sunting

KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes (Gurkha) dibina oleh John I. Thornycroft & Company, dari Woolston, Hampshire,[2] pada kos £4,865,000[3] Ia dilancarkan pada 11 Julai 1960 dan ditauliah pada 13 Februari 1963.[2]

Pada tahun 1975, Gurkha ditempatkan di Indies Barat bagi pelbagai tugasan. Pada tahun 1976, Gurkha menyokong usaha Tentera Laut British terhadap Iceland semasa Perang Kod Ketiga. Ia mengalami sedikit kerosakan pada bulan May apabila kapal peronda Óðinn cuba memaksa kapal terhadap bot pukat tunda British Ross Ramilles, ketika masa Óðinn berlanggar dengan Gurkha.[4]

Gurkha hadir pada Penilaian Armada 1977 Spithead, diadakan bagi penghormatan bagi Jubli Perak Ratu Elizabeth II Silver Jubilee.

Gurkha dijadikan simpanan pada tahun 1980, diletakkan di bawah skuarden Berjaga-jaga. Sungguhpun ia diletakkan dalam daftar pelupusan,[5] Gurkha dikeluarkan dari simpanan semasa Perang Falklands dan disediakan bagi perkhidmatan aktif.[6] Gurkha kekal di perairan negara, memenuhi tigasan semasa ketiadaan kapal yang beroperasi di Atlantik Selatan.

Perkhidmatan Tentera Laut Indonesia sunting

Selepas di nyahtaulian pada tahun 1984, Gurkha dijual kepada Indonesia. Ia dinamakan semula sebagai KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes,[7] sepnena radiologis dan pakar dalam teknologi roentgen. Friget ini dikeluarkan dari perkhidmatan pada tahun 1999 dan kekal berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Surabaya menunggu perlupusan.

TORPEDO sunting

Tiada maklumat

PELURU BERPANDU sunting

Sistem pertahanan udara adalah sepasang pelancar peluru berpandu Brods Sea Cat darat-ke-udara berkembar empat jarak dekat.[8] Ia diselaraskan dengan sistem tembakan Plessey Jenis 903.

MERIAM sunting

Meriam utama kapal perang KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam Vickers berkembar 114mm/4.5 kaliber SP dan 1 motar Limbo anti kapal selam (ASW), dua laras Oerlikon 20 mm, dua mesingan 12.7 mm.

PENANGKIS "COUNTERMEASURES" sunting

KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes mempunyai sistem sonar Jenis Graseby 177 & 170B dan Kelvin Hughes Jenis 162 yang dipasangkan pada badan kapal. KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes juga dilengkapi dengan 1 rak Deep Charge, dengan 1 Limbo 3-tiub Mk 10

KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes juga dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan Jenis 262 SAM dan juga mempunyai 2 pengumpan RL Knebworth Corvus dengan 8 tiub pelancar.

PENGESAN sunting

KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes memiliki radar pengesan udara Jenis 965 Marconi 2-D yang berupaya memberikan carian radar pesawat musuh, dan radar permukaan Marconi jenis 993.

KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes juga dilengkapi dengan dek belakang dan hanger untuk satu helikopter Westland Wasp.

TUJAHAN sunting

Kapal KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes mempunyai enjin turbin gas yang disambung kepada satu gandar yang menghasilkan 7,500 shp secara berterusan dengan kelajuan 17 knot. Selain itu terdapat turbin wap sokongan satu dandang yang menghasilkan 15,000 - 22,500 shp dengan kelajuan 25 batu nautikal.

Pada kelajuan 12 knot, ia mampu bergerak sejauh 5,400 batu, dan menggunakan radar pandu arah Decca 978.

Wilhelmus Zakarias Yohannes juga dilengkapi dengan dek belakang dan hanger untuk satu helikopter Westland Wasp.

Pegawai pemerintah KRI Wilhelmus Zakarias Yohannes sunting

Commanding Officer Service

Rujukan sunting

  • Colledge, J. J. & Warlow, Ben (2010) [1969]. Ships of the Royal Navy: The Complete Record of all Fighting Ships of the Royal Navy (4th Rev. ed.). London: Chatham. ISBN 978-1-935149-07-1.
  • Gardiner, Robert & Chesneau, Roger (1995), Conway's All The World's Fighting Ships, 1947-1995, Conway Maritime Press, London, ISBN 978-0-8517-7605-7.

Pautan luar sunting

  1. ^ 332 KRI Wilhelmus Zakarias Yohanes
  2. ^ a b Gardiner, Robert & Chesneau, Roger (1995), p. 518.
  3. ^ "Missile Destroyer Cost £15m". The Times (55970): Col B, p. 6. 26 March 1964.
  4. ^ "Worst night so far in cod war". The Times (59699): Col C, p. 1. 8 May 1976.
  5. ^ Hansard (26 April 1982), hansard.millbanksystems.com. Retrieved 15 March 2012.
  6. ^ Hansard (27 May 1982), hansard.millbanksystems.com. Retrieved 15 March 2012.
  7. ^ Colledge, J. J. & Warlow, Ben (2010), p. 171
  8. ^ Sea Cat : Rudal Hanud TNI AL Era 80an