Tentera Darat British

(Dilencongkan daripada Tentera British)

Tentera Darat British (Tentera British) (Bahasa Inggeris : British Army) adalah satu cabang perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera British. berlainan dengan Tentera Laut Diraja British dan Tentera Udara Diraja British yang menggunakan gelaran "DiRaja", Tentera Darat British tidak menggunakan gelaran "DiRaja". Sebaliknya gelaran tersebut digunakan oleh kor dan rejimen yang berkhidmat dengan Tentera British.

Tentera Darat British
Ditubuhkan pada1660 (364 tahun)
Negara United Kingdom[note 1]
KesetiaanRaja Charles III
JenisTentera darat
Saiz125,430 anggota Tetap dan Simpanan
121,800 Simpanan Tetap
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera British
Laman webwww.army.mod.uk
Komander
Ketua Turus AmJeneral Mark Carleton-Smith
Panglima Medan Tentera DaratLeftenan Jeneral Sir Nick Carter KCB CBE DSO
Sarjan Mejar Tentera DaratPegawai Waran Kelas 1 Gavin Paton
Tanda kebesaran
Bendera perang[note 2]
Bendera bukan istiadat

Tentera British telah berkhidmat diseluruh pelusuk dunia, mengembangkan Empayar British. Kini Tentera British tidaklah sebesar pasukan semasa di zaman kegemilangannya, sebaliknya telah bertukar bentuk menjadi satu pasukan yang perkasa dan dilengkapkan dengan senjata dan peralatan moden. Tentera British adalah antara pasukan paling maju dalam penggunaan teknologi. Tahap disiplinnya tinggi kerana anggota-anggotanya terdiri dari sukarelawan dan bukannya tenaga kerahan. Anggota Tentera British adalah antara anggota tentera paling terlatih di dunia.

Sejarah

sunting

Tentera Darat British wujud hasil daripada gabungan Tentera Scotland dan Tentera England selepas penyatuan Parlimen England dan Parlimen Scotland yang membawa kepada kewujudan United Kingdom of Great Britain dalam tahun 1801. Pasukan baru ini dikenali sebagai Tentera British, dan menggabungkan semua Rejimen Inggeris dan Scotland yang telah sedia wujud ketika itu.

Daripada tahun 1763, sehingga tahun 1914, United Kingdom merupakan kuasa ekonomi dan kuasa tentera paling dominan di dunia. Empayar British telah berkembang ke empat penjuru dunia, Dikatakan ketika itu bahawa "matahari tidak akan terbenam di Empayar British".

Walaupun Tentera Laut Diraja British menjadi faktor penyumbang utama kemunculan Britain sebagai satu kuasa besar, Tentera Darat British menyediakan barisan hadapan untuk menjaga keselamatan koloni dan tanah jajahan, khususnya daripada ancaman kuasa lain dan juga keganasan oleh penduduk tempatan. Tentera British juga menawan dan mengawal jajahan strategik untuk Empayar British, dan membolehkan empayar tersebut terus berkembang. Tentera British juga berperang di wilayah perbatasan dan perantauan untuk mempastikan keamanan di perbatasan, dan dengan itu menjauhi ancaman oleh kuasa-kuasa lain.

Contoh peperangan sedemikian adalah campur tangan tentera di Afghanistan untuk membolehkan kewujudan satu kawasan penampan (buffer) di antara jajahan British India dan Empayar Rusia. Kesungguhan mengawal pengaruh Empayar Rusia menjadi sebab utama campur tangan Britain di pihak Turki semasa Perang Krimea.

Pasukan tentera tetap yang pertama di dunia sebenarnya ditubuhkan oleh Oliver Cromwell dalam tahun 1645, semasa Perang Saudara Inggeris. Pasukan New Model Army ini amat terlatih dan berdisiplin tinggi. New Model Army ini dibubarkan oleh Raja Charles II kecuali satu briged yang dikekalkan. Briged ini masih kekal dan kini menjadi Coldstream Guards. Perakuan Hak England 1689 (English Bill of Rights 1689) memindahkan kuasa kawalan ke atas pasukan tentera kepada Parlimen, hinggalah ke hari ini.

Tentera British (ketika itu Tentera Inggeris) di bawah Oliver Cromwell juga memainkan peranan besar menakluk semula Ireland dalam kurun ke-17. Sejak itu, Tentera British tidak henti-henti menangani pemberontakan dan keganasan di Ireland, sehingga kewujudan Republik Ireland awal kurun ke-20.

Tentera Darat British juga memainkan peranan besar dalam menentang Napoleon Bonaparte dan berperang di Sepanyol, Mesir, Afrika Utara dan di Belgium. Tentera British, di bawah pimpinan Duke of Wellington berjaya menewaskan Napoleon Bonaparte di Pertempuran Waterloo pada tahun 1815, dan sekali gus menghapuskan ancaman Napoleon Bonaparte ke atas pengaruh Britain sebagai kuasa besar.

Selain memerangi tentera-tentera pesaing di Eropah dan juga di kawasan jajahan mereka, Tentera British juga terlibat dalam peperangan dengan China. (Perang Candu Pertama, Perang Candu Kedua) dan Pemberontakan Boxer), serta peperangan dengan kaum asli Maori di New Zealand, pasukan-pasukan tentera raja-raja di India dan juga menentang pemberontak Ireland semasa Perang Inggeris-Ireland.

Semasa Perang Dunia I pada 1914, kekuasaan Britain telah dicabar oleh Jerman. Ekoran itu, Britain telah bersekutu dengan Perancis dan Rusia. Tentera British kemudian menghantar satu pasukan ekspedisi ke Perancis dan Belgium untuk memastikan Jerman tidak menduduki negara-negara tersebut. Perang Dunia I mengorbankan lebih dari 900,000 anggota tentera dan lebih 2 juta tentera cedera. Pada mulanya, Pasukan Ekspedisi British dianggotai oleh anggota sukarela, tetapi setelah ramai yang terbunuh dan cedera, anggota kerahan mula menyertai Pasukan Ekspedisi British.

Kemajuan teknologi seperti pengenalan kereta kebal di medan tempur dan penggunaan pesawat udara sebagai senjata perang mengubah corak peperangan medan. Peperangan berparit pelindung (trench warfare) menjadi strategi baru peperangan, diikuti dengan penggunaan senjata kimia dan gas beracun untuk membunuh musuh. Perang Dunia I menjadi perang pelumpuhan (war of attrition) bagi pihak Jerman dan juga Pihak Berikat.

Dalam tahun 1939, Perang Dunia II meletus apabila Jerman membuat serangan mengejut ke atas Poland. Britain memihak pada Poland dan sekali lagi Pasukan Ekspedisi British dihantar ke Perancis. Akan tetapi, keberkesanan strategi blitzkrieg Tentera Jerman amat berkesan dan memaksa Tentera British berundur ke Dunkirk, di mana pasukan tersebut dipindahkan menggunakan kapal untuk kembali ke Britain. Sehingga awal tahun 1942, Tentera Paksi mencapai kejayaan, tetapi keadaan mula bertukar apabila Amerika Syarikat menyertai peperangan. Tentera British mengalahkan Kor Afrika Jerman di Afrika Utara, dan menyertai tentera Amerika Syarikat menakluki Itali. Pada 6 Jun, 1944, Tentera Berikat mendarat di Normandy, dan mula memaksa Tentera Jerman berundur kembali ke sempadan asal mereka. Peperangan di Eropah, Afrika Utara dan Mediteranean melihat penubuhan pasukan khas seperti pasukan Komando, Special Air Service, Long Range Desert Group dan pasukan Payung Terjun.

Di Timur jauh, Tentera British berjaya menahan kemaraan Tentera Jepun di Burma, dan mula memaksa mereka berundur. Di Burma, pasukan Chindit memberikan dimensi baru peperangan apabila menyusup jauh di belakang barisan hadapan menggunakan perbekalan udara untuk memyokong pergerakan mereka.

Selepas Perang Dunia II, Empayar British mula mengecil apabila tanah-tanah jajahan Britain mula mencapai kemerdekaan. Dengan itu, kekuatan tentera British semakin berkurangan. Namun demikian, dengan Perang Dingin berterusan di antara Blok Timur dan Blok Barat, Britain menempatkan British Army of the Rhine yang kuat di Jerman, sebagai komitmen mereka dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Perang Dingin juga membawa kepada penemuan dan penggunaan teknologi baru dan penggunaan senjata yang semakin canggih.

Kini Tentera British tidak ramai bilangannya, dan semakin berkurangan apabila kajian demi kajian dibuat oleh kerajaan mengenai kedudukan Angkatan Tentera British. Namun demikian, Tentera British menunjukkan keupayaan apabila dapat beraksi dengan cemerlang semasa Perang Falkland, Perang Iraq tahun 1990 dan juga semasa operasi menakluk Iraq dalam Operasi Telic.

Organisasi

sunting

Kor dan Rejimen

sunting
Kor Armor DiRaja (The Royal Armoured Corps)
Kor Udara Tentera Darat (The Army Air Corps)
Rejimen Artileri DiRaja (The Royal Regiment of Artillery)
Kor Adjutan Jeneral (The Adjutant Generals Corps)
Pasukan Infantri (The Infantry)
Kor Semboyan DiRaja (The Royal Corps of Signals)
Kor Askar Jurutera DiRaja (The Corps of Royal Engineers)
Kor Risik (The Intelligence Corps)
The Royal Logistic Corps
Perkhidmatan Kesihatan Tentera Darat (The Army Medical Services)
Kor Jurutera Elektrik dan Jentera (The Corps of Royal Electrical and Mechanical Engineers)
Jabatan Chaplain Tentera Darat (The Royal Army Chaplain's Department)
Kor Latihan Jasmani Tentera Darat (Army Physical Training Corps)
Kor Muzik Tentera Darat (The Army Corps of Music)
Kor Jururawat Queen Alexandra (Queen Alexandra's Royal Army Nursing Corps)
Kos Senjata Api (The Small Arms School Corps)

Markas

sunting

Tentera Darat British disusun mengikut 4 markas utama

  • Markas Darat
  • Markas Adjutan Jeneral
  • Markas Ireland Utara
  • Markas Pasukan Tentera British di Cyprus


Unit-Unit Tentera Darat British

sunting
  • 1st Division
    • 4th Armoured Brigade
    • 7th Armoured Brigade
    • 20th Armoured Brigade
    • 102 Logistic Brigade
  • 2nd Division
    • 15 Brigade (North East)
    • 42 Brigade (North West)
    • 51 Brigade (Scottish)
    • 52 Infantry Brigade
    • Catterick Garrison
  • 3rd Division
    • 1 Mechanised Brigade
    • 101 Logistic Brigade
    • 12 Mechanised Brigade
    • 19 Mechanised Brigade
  • 4th Division
    • 2 Infantry Brigade
    • 16 Air Assault Brigade
    • 49 East Brigade
    • 145 Home Counties Brigade
    • Aldershot Garrison
    • Colchester Garrison
  • 5th Division
    • 43 Wessex Brigade
    • 143 West Midlands Brigade
    • 160 Wales Brigade
  • Markas Ireland Utara
    • 8 Infantry Brigade
    • 39 Infantry Brigade
    • 107 Ulster Brigade
  • Pasukan Khas

Kelengkapan

sunting
 
SA80.
 
Askar British melepaskan tembakan menggunakan senjata bantuan FN Minimi.
 
Warrior IFV.
 
Westland WAH-64 Apache.
 
Anggota Tentera Darat British dari Batalion Kedua, Rejimen Payung Terjun, bersama-sama raifal L85A2 dalam Operasi Telic.

Statistik Kelengkapan

sunting
Statistik Tentera Darat British [1]
Bilangan anggota Pasukan Tetap 102,440
Bilangan anggota Pasukan Simpanan 35,000+
Kereta kebal utama 386 Challenger 2
Kenderaan tempur infantri 667 Warrior (789 dibeli)
APC dan kenderaan peninjau 3,230 - 4,000+
Land Rover Wolf 15,000
Lori Pinzgauer 2,000
Lori utiliti 2,300
Artilleri dan mortar 2,896
Pertahanan Udara 337
Helikopter 300+

Jenis Kelengkapan

sunting
Senjata Api
L85A2 5.56mm IW
L86A2 5.56mm LSW
L110A1 5.56mm SAW
L9A1 Browning
L7A2 7.62mm MGKA
L96A1 7.62mm
L115A1 8.6mm LRR
Armor
FV4043 Challenger 2 MBT
Warrior IFV
CVR(T)
Artilleri
Meriam SP AS90 155mm
MLRS M270
Meriam ringan L118
Rapier Rapier FSC
Starstreak Starstreak HVM
Howitzer medan FH-70 L121
Pesawat Udara
Westland WAH-64 Apache AH.Mk.1
Westland Gazelle Gazelle AH.Mk.1
Westland Lynx Lynx AH.Mk.7
Bell 212
Britten-Norman Islander
Agusta A109
Logistik
DROPS
Land Rover (TUL/TUM)
ATMP
BV206
Elektronik & Komunikasi
MSTAR
Bowman (sistem komunikasi)
Skynet 5
Sistem Pengimej Haba Spyglass
Radar Pengesan Artilleri Cobra

Pasukan Elit

sunting

Pasukan elit paling ternama dalam Tentera British adalah pasukan Special Air Service ataupun lebih terkenal dengan singkatan SAS. Ditubuhkan dalam tahun 1942, pasukan ini menjadi model untuk banyak pasukan khas negara-negara lain.

Special Air Service

sunting

Unit paling terkenal di dunia di kalangan unit-unit Pasukan Khas. Rejimen ini mempunyai 3 Rejimen, dengan 22 SAS sebagai regimen pasulkan regular. 21 SAS dan 23 SAS adalah rejimen pasukan simpanan. 22 SAS mempunyai 5 Skuadron, "A" Skuadron, "B" Skuadron, "D" Skuadron, "G" Skuadron dan Skuadron Simpanan.

Rejimen Payung Terjun

sunting

Rejimen Payung Terjun (Parachute Regiment) merupakan Pasukan Lintas Udara Tentera British. Pasukan ini mempunyai sejarah gemilang walaupun hanya ditubuhkan dalam tahun 1940. Pasukan ini dikira elit kerana kriteria yang ketat digunakan untuk pemilihan anggota. Rejimen ini kini mempunyai 3 batalion tetap dan 1 batalion simpanan. Batalion Pertama rejimen ini ditugaskan sebagai satu elemen di dalam Kumpulan Sokongan Pasukan Khas Bersama (Joint Special Forces Support Group)

Rejimen Peninjau Khas (Special Reconnaissance Regiment) adalash pasukan baru ditubuhkan oleh Kerajaan british untuk menjalankan misi-misi pengawaan anti keganasan (Counter-Terrorist surveillance). Unit ini mencapai taraf operasi penuh dalam bualn April 2005, dikumpulankan dalam kumpulan Pasukan Khas United Kingdom bersama-sama Special Air Service dan Special Boat Service

Rejimen Dan Kor Yang Ternama

sunting
Argyll & Sutherland Highlanders
Black Watch
Blues and Royals
Brigade Of Gurkhas
Coldstream Guards
Devonshire & Dorset Light Infantry
The Duke of Lancaster's Regiment
Duke of Wellington's Regiment
Green Howards
Grenadier Guards
Highlanders
Household Cavalry Regiment
Irish Guards
King's Own Royal Border Regiment
King's Own Scottish Borderers
King's Regiment
King's Royal Hussars
King's Troop Royal Horse Artillery
Life Guards
Light Dragoons
Light Infantry
Parachute Regiment
Princess of Wales's Royal Regiment
Prince of Wales's Own Regiment of Yorkshire
Queen's Dragoon Guards (The Welsh Cavalry)
Queen's Lancashire Regiment
Queen's Royal Hussars
Queen's Royal Lancers
The Rifles
Royal Armoured Corps
Royal Dragoon Guards
Royal Electrical and Mechanical Engineers
Royal Engineers
Royal Gloucestershire, Berkshire and Wiltshire Light Infantry
Royal Green Jackets
Royal Gurkha Rifles
Royal Highland Fusiliers
Royal Irish Regiment
Royal Regiment of Artillery (RA)
Royal Regiment of Fusiliers
Royal Regiment of Scotland
Royal Tank Regiment
Royal Scots
SCOTS Dragoon Guards
Scots Guards
Staffordshire Regiment
The Rifles
The Royal Regiment of Scotland
The Royal Welsh
Welsh Guards
Worcestershire & Sherwood Foresters Regiment (29th/45th Foot)
The Yorkshire Regiment

Lencana pangkat

sunting

Lencana pangkat pegawai Tentera Darat British

Isu Semasa

sunting
Tentera Darat Britain
 

Komponen
Tentera Darat Britain
Tentera Wataniah
Senarai rejimen-rejimen sekarang
Struktur Tentera Darat Britain
Pentadbiran
Ibu pejabat Perintah Darat
Ibu pejabat Jeneral Adjutan
Ibu pejabat Ireland Utara
Atur gerak luar negara
Pasukan Britain Jerman
Pasukan Britain Cyprus
Pasukan Britain Kepulauan Falkland
Pasukan Britain Gibraltar
Garison Britain Brunei
Peralatan
Raifal tentera Britain
Peralatan moden
Sejarah
Sejarah Tentera Darat Britain
Garis masa Tentera Darat Britain
Pengambilan Tentera Darat Britain
Anggota
Senarai pegawai-pegawai kanan
Lambang pangkat pegawai
Lambang pangkat-pangkat lain
Portal Tentera Darat Britain
Portal tapak-tapak berkaitan lain

10 Peratus Anggota Tentera Rakyat Asing

sunting

Dalam bukan April 2006, wartawan Graeme Wilson daripada Daily Telegraph membuat laporan bahawa hampir 10 peratus daripada anggota Tentera British terdiri daripada warga asing. Dalam tahun 2006, terdapat 6,460 orang anggota Tentera British yang diambil daripada negara asing, berbanding hanya 300 lapan tahun sebelumnya.

Anggota asing ini dari 54 kerakyatan, kebanyakannya negara Komanwel. Dengan 3,000 anggota Briged Gurkha, jumlah keseluruhan anggota warga asing hampir 10,000 orang, hampir 10% daripada jumlah keseluruhan 101,140 anggota Tentera Darat (Januari 2006) Fiji merupakan penyumbang terbesar dengan 1,965 orang anggota, sementara Jamaica mempunyai 975 orang anggota dan Afrika Selatan dengan 650 orang anggota.

Setiausaha Pertahanan Britain, John Reid menyatakan kebimbangannya dengan keadaan tersebut dan mengatakan masalah berpunca dengan kerisauan remaja untuk berkhidmat di Iraq dan juga kesan dariapda kontroversi Berek Deepcut. [1] Diarkibkan 2008-04-14 di Wayback Machine

Pautan Luar

sunting

Rujukan

sunting
Notes
  1. ^
  2. ^
     
    1707–1800
  Angkatan Tentera British
  Tentera Darat British  Tentera Laut Diraja British  Tentera Udara Diraja British