Blitzkrieg (Bahasa Jerman untuk "serangan kilat") merupakan doktrin ketenteraan tahap-operasi yang menggunakan pasukan tentera bagi membuat serangan mengejut dan pantas bagi menghalang musuh daripada mengatur pertahanan bersepadu. Blitzkrieg dikembangkan pada tahun-tahun selepas Perang Dunia I, sebagai kaedah menghalang peperangan parit yang statik semasa Perang Dunia I. Ia berkembang daripada doktrin lebih awal "Tembak dan Menyusup" yang dimajukan pada abad ke 19 oleh Staf Jeneral dari Prussia, terutamanya oleh Leonhard Graf von Blumenthal dan digunakan dengan berkesan oleh Moltke. Ia kemudiannya digunakan oleh Wehrmacht Jerman dalam Perang Dunia II.

Blitzkrieg bergantung kepada kerjasama erat antara infantri dan kereta kebal Panzer. Di sini, infantri menggunakan panzer untuk berlindung dalam serangan ke atas Ukraine pada September 1941.

Operasi pada awal peperangan—penjajahan Poland, Perancis, dan Soviet Union—amat berkesan, disebabkan kejutan, ketidak sediaan pihak musuh dan doktrin lebih baik Jerman. Pihak Jerman berhadapan dengan pasukan yang lebih ramai dan kenderaan yang lebih baik dari segi teknikal dalam penjajahan Perancis, membuktikan dari awal lagi keberkesanan taktik dan strategi mereka. Dari kemuncak ini, kekuatan Wehrmacht bertambah lemah. Heinz Guderian, pencipta Blitzkrieg, dilucutkan jawatannya pada 25 Disember 1941, kerana memerintah pengunduran yang bertentangan dengan perintah "tabah bertahan" oleh Hitler. Selepas saat ini, Blitzkrieg digunakan secara berkurangan, dan tidak lama kemudian pihak Jerman berada dalam keadaan bertahan. Semenjak 1943 dan seterusnya, operasi blitzkrieg Jerman biasanya operasi serangan balas pertahanan dan sejumlah kecil serangan yang kebanyakannya gagal.

Kaedah operasi blitzkrieg memusat pada penggunaan pergerakan bukannya peperangan meleret untuk mengalahkan saingan. Blitzkrieg dengan itu memerlukan pemusatan aset berperisai sebagai titik tumpunya, disokong rapat oleh infantari mudah-alih, artileri dan aset sokongan udara dekat (close air support). Taktik ini memerlukan pembangunan kenderaan sokongan khas, kaedah baru berkomunikasi, taktik tentera yang baru, dan kehadiran struktur perintah bertabur. Secara umum, operasi blitzkrieg memerlukan kemajuan infantari mekanize kalmechanised infantry, self-propelled artillery dan aset kejuruteraan yang mampu mengekalkan kadar kemaraan kereta kebal. Pasukan Jerman mengelakkan pertempuran berhadapan dan sebaliknya cenderung mengganggu komunikasi, membuat keputusan, logistik, dan moral musuh. Dalam pertempuran, blitzkrieg memaksa pasukan bertahan yang lebih perlahan kepada poket pertahanan yang dikelilingi dan kemudiannya dimusnahkan oleh infantari Jerman yang menurut di belakang.

Etimologi dan makna moden sunting

Walaupun "blitzkrieg" merupakan perkataan Jerman bererti "perang kilat" (tetapi boleh diterjemahkan sebagai "pantas" / "cepat"), perkataan tersebut bukannya berasal daripada tentera Jerman. Ia pertama kali digunakan oleh wartawan dalam majalah berita Amerika TIME menggambarkan Penjajahan Jerman terhadap Poland 1939. Diterbitkan pada 25 September 1939, dipertengahan operasi, gambaran wartawan tersebut berbunyi:

Baris tempur hadapan lenyap, dan dengannya ilusi bahawa pernah terdapat baris hadapan. Kerana ini bukannya perperangan penjajahan, tetapi perperangan menyelip pantas dan memusnahkan;Blitzkrieg, perang kilat. Barisan lori berperisai dan kereta kebal telah menembusi Poland sementara hujan bom dari langit memgumumkan kedatangan mereka. Ia memutuskan komunikasi, memusnahkan kedai, menghambat orang awam, menyebarkan ketakutan. Kadang-kala menyerang 30 batu dihadapan infantari dan artileri, mereka melemahkan pertahanan Polish sebelum mereka sempat mempunyai masa bagi bersiap. Kemudian, sementara pihak infantari membersihkan, mereka sekali lagi bergerak maju, bagi menyerang jauh dibelakang dari apa yang dikenali sebagai baris hadapan.

Sejarawan ketenteraan telah mentakrifkan blitzkrieg sebagai menggunakan konsep pergerakan dan perperangan gabungan senjata yang dimajukan di Jerman semasa kedua-dua tempoh antara perang dan Perang Dunia II. Secara strategik, ideanya adalah dengan pantas menyebabkan pertahanan musuh runtuh melalui kempen pendek yang disertai oleh sejumlah kecil tentera profesioanl. Secara operasinya, matlamatnya adalah menggunakan cara tidak langsung, seperti, pergerakan dan kejutan, untuk menjadikan pelan pihak musuh tidak bermakna atau tidak pratikal. Untuk mencapai matlamat ini, formasi kereta kebal bergerak sendiri; infantari berkenderaan, jurutera, artileri; dan pesawat serang darat beroperasi sebagai pasukan gabung senjata. Sejarahwan telah mengistilahkan ia sebagai bentuk tempoh masa prinsip Jerman yang lama ada Bewegungskrieg, atau perperangan pergerakan.

"Blitzkrieg" semenjak itu telah berkembang kepada pelbagai erti dalam penggunaan popular. Daripada istilah ketenteraan asal, "blitzkrieg" boleh digunakan kepada sebarang operasi ketenteraan yang memberi penekanan terhadap kejutan, kepantasan, atau penumpuan yang digunakan semasa Kempen September Polish. Semasa perperangan, pengeboman menakutkan Luftwaffe terhadap London dikenali sebagai The Blitz. Sama juga, blitz telah digunakan bagi menggambarkan "blitz" tektik (menyerbu) bola sepak Amerika, dan catur Blitz dari mana pemain diberikan tempoh masa yang pendek. Blitz atau blitzkrieg digunakan dalam banyak bentuk penggunaan bukan ketenteraan.

Tempoh antara perang sunting

Reichswehr sunting

Pembangunan segera Blitzkrieg bermula dengan kekalahan Jerman dalam Perang Dunia I. Tidak lama selepas perperangan, Reichswehr yang baru menubuhkan jawatankuasa pegawai veteran bagi menilai 57 isu perang. Lapuran jawatankuasa ini membentuk penerbitan doktrin dan latihan yang merupakan piawaian sehingga Perang Dunia II. Reichswehr dipengaruh oleh analisanya mengenai corak pemikiran ketenteraan Jerman sebelum perang, taktik penyelipan (infiltration tactics) perang, dan perperangan pergerakan yang menguasai Eastern Front.

Sejarah ketenteraan Jerman banyak dipengaruhi oleh Alfred von Schlieffen dan von Moltke the Elder. Penyokong kepada pergerakan, berkumpul, dan mengepong (envelopment), konsep mereka digunakan dengan jayanya dalam Perang Perancis-Prussia dan cuba "mengenepikan sama sekali - (knock-out blow)" kepada Pelan Schlieffen. Selepas perang, konsep ini diubah-suai oleh Reichswehr. (Chief of Staff)nya, Hans von Seeckt, menukar doktrin tersebut daripada apa yang dikatakannya sebagai terlebih fokus kepada pengepungan. Sebaliknya, von Seeckt menyokong doktrin menembusi pusat musuh dengan berkesan apabila ia lebih menguntungkan berbanding pengepungan atau apabila pengepungan tidak dapat dilaksanakan. Tambahan lagi, dia menolak pendapat secara ramai yang disokong oleh von Schlieffen dan von Moltke. Ketika pasukan simpanan terdiri daripada empat per sepuluh tentera Jerman dalam kempen sebelum perang, von Seeckt menyokong penubuhan tentera profesional sukarelawan yang kecil disokong oleh kumpulan bersenjata yang berorentasi kearah pertahanan. Dalam perperangan moden, dia mengusulkan, tentera sedemikian lebih mampu menyerang, lebih cepat bersedia, dan kurang mahal untuk dilengkapkan dengan lebih banyak senjata moden. Selain daripada perancangan Jerman, Reichswehr juga terpaksa menggunakan tentera profesional bersaiz kecil kerana Persetiaan Versailles menghadkannya kepada 100,000 orang.

Kepimpinan Jerman juga dikritik kerana gagal memahami kemajuan teknikal Perang Dunia I, kerana memberikan pengeluaran kereta kebal kepentingan paling rendah (lowest priority) dan tidak melakukan kajian mengenia mesingan sebelum perang. Sebagai tindak balas, pegawai Jerman menghadiri sekolah teknikal selepas perang.

Taktik penyelipan (Infiltration tactics) dicipta oleh Tentera Jerman semasa Perang DUnia I menjadi asak taktik kemudiannya. Infantiri Jerman maju dalam kumpulan kecil tidak berpusat yang mengabaikan tentangan sebaliknya maju pada titik lemah dan menyerang komunikasi kawasan belakang. Ini dibantu oleh pengeboman teratur oleh artileri dan tentera udara, dan diikuti oleh tentera infantari lebih besar dangan senjata berat, yang memusnahkan pusat penentangan. Konsep ini membentuk asas taktik Wehrmacht semasa Perang Dunia II.

Dalam perperangan Perbatasan Timur (Eastern Front), pertempuran tidak tersadai menjadi perperangan parit (trench warfare. Tentera Jerman dan Russia bertempur perperangan bergerak merangkumi kawasan beratus-ratus batu persegi, memberikan kepimpinan Jerman pengalaman unik yang tidak dialami oleh Pihak Bersekutu Barat (Western Allies) dengan sistem perparitan mereka. Kajian mengenai operasi di Timur mendorong kepada rumusan bahawa pasukan kecil dan tersusun (co-ordinated) lebih berkesan dalam pertempuran berbanding pasukan tentera tidak tersusun(uncoordinated).

Pengaruh asing sunting

Semasa tempoh ini, kesemua peserta peperangan utama memajukan teori pasukan mekanikal. Teori Pihak Bersekutu Barat (Western Allies) berbeza dengan jelas berbanding pengalaman Reichswehr. Doktrin British, Perancis, dan Amerika kebanyakannya cenderung kepada pertempuran teratur (set-piece battle), kurang menumpu kepada pembabitkan gabungan senjata, dan kurang penekanan kepada penumpuan (concentration). Tempoh Reichswehr awal mengandungi banyak hasil kerja terjemahan, walaupun ia seringkali diabaikan. Kemajuan teknikal dinegara asing bagaimanapun, dipantau dan diguna sebahagiannya oleh Pejabat Senjata (Weapons Office). Doktrin asing sering kali tidak dianggap mempunyai pengaruh kuat.

Pakar teori British J.F.C. Fuller dan B. H. Liddell Hart sering kali dikaitkan dengan kemajuan blitzkrieg, walaupun perkara ini dipertikaikan. Sebagai menyokong pengaruh Hart, ia telah diketengahkan bahawa Guderian merupakan tokoh utama dalam pembentukan blitzkrieg yang mendapat inspirasi daripada Hart. Ini telah disandarkan kepada perenggan dalam riwayat hidup Guderian dalam bahasa Inggeris di mana dia memberi penghargaan kepada Hart. Sebaliknya, pembangkang mendakwa bahawa Hart, sebagai penyunting riwayat hidup edisi Inggeris, menulis perenggan itu sendiri atau, lebih umumnya, bahawa pengaruh Guderian tidak seluas yang dikatakan. Pengaruh Fuller juga kurang jelas. Semasa perang, dia memajukan pelan bagi operasi kereta kebal besar-besaran, secara bersendirian dan kemudiannya dikaji oleh pemimpin Jerman. Ia juga didakwa beberapa bahawa pelan Fuller sewaktu perang dan penulisan selepas perang merupakan inspirasi, atau pembacanya sedikit sahaja, dan pengalaman Jerman semasa perang lebih menarik minat.

Reichswehr dan Tentera Merah (Red Army) bekerjasama dalam latihan perang dan ujian di Kazan dan Lipetsk bermula pada 1926. Diadakan dalam Soviet Union, kedua pusat ini digunakan bagi ujian lapangan kapal terbang dan kenderaan berperisai sehingga tahap batalion, termasuk juga penempatan sekolah udara dan perperangan perisai di mana pegawai digilirkan. Ini dilakukan di Soviet Union, secara rahsia, untuk mengelak daripada dikesan oleh agen penjajah Persetiaan Versailles, Inter-Allied Commission.

Guderian dalam Wehrmacht sunting

 
Jeneral Heinz Guderian, pakar teori utama bagi kemajuan blitzkrieg Jerman.

Selepas pembentukan semula ketenteraan Jerman pada 1920-an, Heinz Guderian muncul sebagai pendorong utama kepada pasukan mekanikal. Secara dalaman Inspectorate of Transport Troops, Guderian dan rakan setugas membentuk kerja latihan lapangan dan teori. Terdapat tentangan daripada ramai pegawai yang memberikan penekanan kepada infantari atau hanya semata-mata mempertikai kegunaan kereta kebal. Antara mereka adalah Chief of the General Staff Ludwig Beck (1935–38), yang kurang yakin (sceptical) bahawa pasukan perisai mampu mencapai keputasan muktamad. Walaubagaimanapun, division division dibentuk semasa perkhidmatannya.

Guderian menekankan bahawa kereta kebal merupakan senjata muktamad perang. Dia menulis, "Sekiranya kereta kebal berjaya, kemenangan pasti tercapai". Dalam rencana yang khusus bagi pengkritik perperangan kereta kebal, dia menulis "sehingga pengkritik kita mampu memberikan kaedah baru dan lebih baik untuk melaksanakan perperangan darat selain penyembelihan diri (self-massacre), kita akan tetap dengan pendirian kita bahawa kereta kebal—digunakan dengan betul, tidak perlu dipertikaikan lagi—pada hari ini merupakan cara terbaik yang ada bagi serangan darat." Menangani kelebihan kadar di mana tentera bertahan mampu memperkukuh kawasan sesuatu kawasan berbanding kemampuan penyerang menembusinya semasa Perang Dunia I,

Guderian menulis bahawa "kerana pasukan simpanan sekarang bermotor, peningkatan pertahanan baru lebih mudah berbanding dahulu; mengakibatkan kemungkinan serangan berdasarkan jadual kerjasama artileri dan infantari, lebih tipis hari ini berbanding semasa perang dahulu." Dia meneruskan, "Kami percaya bahawa dengan menyerang dengan kereta kebal kita mampu mencapai kadar pergerakan lebih tinggi berbanding yang telah dicapai sebelum ini, dan—apa yang kemungkinannya lebih penting —adalah kita mampu terus bergerak apabila penembusan telah dicapai."[1] Sebagai tambahan, Guderian mensyaratkan bahawa radio taktikal digunakan secara meluas bagi membantu kerjasama dan pemerintahan.

Panzertruppe dan Luftwaffe sunting

Fail:EarlyPzDivTOE.png
Organisasi bagi Panzertruppe Jerman 1941.

Blitzkrieg tidak mungkin berhasil tanpa mengubahsuai susunan struktur ketenteraan Jerman pada masa itu. Berdasarkan Persetiaan Versailles, kekuatan tentera darat Jerman dihadkan kepada 100,000 orang, pemansuhan tentera udara dan larangan untuk membangunkan kereta kebal. Setelah menjadi ketua negara pada 1933, Adolf Hitler tidak mempedulikan larangan ini. Pasukan tentera berperisai telah ditubuhkan dalam Wehrmacht Jerman, dikenali sebagai Panzertruppe. Luftwaffe atau tentera udara telah ditubuhkan kembali dan pembangunan bagi doktrin dan pesawat serangan darat dimulakan. Hitler merupakan penyokong kuat strategi baru ini. Dia memantau latihan medan panzer dan membaca buku Guderian bertajuk Achtung! Panzer!. Apabila melihat latihan di Kummersdorf, dia berkata "Ini apa yang saya mahu dan ini apa yang saya akan dapat."

Perang Saudara Sepanyol sunting

Sukarelawan Jerman menguji aspek taktik blitzkrieg semasa Perang Saudara Sepanyol pada tahun 1936. Pembabitan Panzer yang terdiri daripada Batalion ke-88 Panzer, pasukan yang ditubuhkan merangkumi tiga kompeni PzKpfw I yang berfungsi sebagai kadet latihan bagi pihak Nasionalis. Luftwaffe menggunakan skuadron pejuang, pengebom junam, dan pesawat pengangkut sebagai Condor Legion. Guderian menggelar penggunaan panzer "pada skala terlampau kecil untuk membenarkan penilaian tepat dilakukan". Lebih banyak dicapai oleh Luftwaffe, yang memajukan kedua-dua kapal terbang dan taktik ketika bertempur; di sinilah kapal terbang Stuka bertempur buat kali pertama. Lapan belas ribu tentera Luftwaffe juga turut mendapat pengalaman bertempur.

Kaedah beroperasi sunting

Gabungan persenjataan dan penggunaan kenderaan bermotor sunting

 
Pasukan "Kiel und Kessel" (Wedge and Cauldron): mencapai penembusan pada schwerpunkt (titik usaha maksima), dan berjuang bagi kesselschlacht (pertempuran penghapusan) terhadap musuh yang terperangkap dan tidak tersusun.

Pasukan Blitzkrieg mencapai kebanyakan kelebihan mereka melalui kelebihan pergerakan. Bergerak lebih pantas berbanding musuh membenarkan tentera Jerman untuk memusnahkan pelan musuh dan menyebabkan ketidakpastian. Ini memerlukan kesemua pasukan dimotorkan. Mengiringi pasukan panzer adalah infantari yang menaiki lori atau separuh berantai (half-tracks), artileri dan meriam anti-kereta kebal yang dipasang di atas kerangka kereta kebal atau ditunda oleh pengerak khas, dan kedai pembaik-pulih bermotor sepenuhnya dan khidmat logistik. Tidak pernah mampu memenuhi keperluan mereka sendiri, panzertruppe akan menggunakan pelbagai pengangkutan yang ditawansepanjang perperangan. Hanya dengan kebenaran khas (special priority) pasukan panzertruppe memiliki pergerakan yang mereka ada. Sepanjang perperangan, kebanyakan tentera bertempur Jerman adalah infantari tidak berkenderaan.

Taktik senjata gabungan merupakan sebab utama mendesak agar unit infantari dan sokongan beroperasi dengan panzer. Guderian percaya bahawa "keberkesanan kereta kebal akan meningkat sejajar dengan keupayaan infantari, dan division senjata lain untuk mengiring kemaraan mereka merentasi negeri." Persenjataan berlainan dalam tentera adalah pelengkap kepada sesama sendiri.

Panzer dilihat sebagai senjata penentu, dan senjata lain beroperasi terutamanya bagi menyokong mereka. Infantari berkenderaan dan, dalam kualiti lebih kecil, infantari mekanikal (Panzergrenadier) memberikan perlindungan daripada infantari musuh, terutamanya dalam muka bumi sempit. Usaha dilakukan bagi memiliki infantari berperisai sebagai mudah bergerak dan dilindungi dengan baik seperti panzer bagi mengurangkan jumlah situasi yang memisahkan infantari daripada panzer (contohnya, tembakan artileri kepada lori). Jagdpanzer (pemusnah kereta kebal) digunakan secara pukal bagi memusnahkan kereta kebal musuh, meriam anti-kereta kebal, dan kubu.

Artileri terdiri daripada pelancar roket dan howitzer tembak tidak langsung, panduan sendiri, dan tembak langsung Sturmgeschütz (StuG, assault gun). StuGs berfungsi sebagai penyokong infantari dan Jagdpanzers ad hoc. Indirect-fire artillery digunakan bersama denga kapal terbang penyerang darat dari Luftwaffe, yang biasanya lebih berkesan. Pengebom Luftwaffe menyerang bukan hanya sasaran segera tetapi juga kawasan berkumpul dan infrastruktur, menganggu percubaan serang balas.

Perang-tengah (Mid-war), kampfgruppe (pasukan tempur) dimajukan sebagai tentera taktikal lengkap kendiri. Diletakkan bersama pemerintah batalion panzer atau panzergrenadier adalah sama banyak artileri gerak kendiri, jurutera, dan unit sokongan yang diperlukan bagi mencapai sesuatu matlamat. Sebahagiannya merupakan taktik bagi meminima kesan formasi biasa separuh penuh, bagaimanapun ini merupakan kemajuan besar dalam pembangunan kerjasama gabungan senjata yang lebih baik.

Schwerpunkt sunting

Blitzkrieg mencari aksi muktamad setiap masa. Untuk matlamat ini, teori schwerpunkt (titik tumpu) dimajukan; ia merupakan titik usaha maksima. Pasukan Panzer dan Luftwaffe digunakan hanya pada titik ini bagi usaha maksima seboleh mungkin. Dengan kejayaan setempat di schwerpunkt, satu pasukan kecil mencapai penembusan dan mendapat kelebihan dengan berjuang dibarisan belakang musuh. Ia diringkaskan oleh Guderian sebagai "Nicht kleckern, klotzen!" (Jangan geletek, hentam!)

Untuk mencapai penembusan, infantari atau, kurang biasa, pasukan panzer merempuh diri mereka (biasanya disimpan bagi pergerakan melampau) akan menyerang baris pertahanan musuh, disokong oleh tembakan artileri dan pengeboman Luftwaffe. Tentera ini akan membuka ruang mendalam pada baris pertahanan musuh. Melalui bukaan ini pasukan panzer akan meluru masuk sepenuhnya, ketika pasukan yang menembusi menyerang kebelakang bagi meningkatkan keselamatan melalui jarak lebih luas. Titik penembusan ini dikenali sebagai ensel - "hinge", dari mana pasukan panzer bergerak kehadapan dan menggunakan "tuas - leverage" terhadap pasukan baris pertahanan.

Pada fasa pembukaan operasi pasukan Luftwaffe cuba menggulingkan tentera udara musuh. Ia cuba menembak dan mengebom kapal terbang di darat dan lapangan terbang, merosakkannya, atau menggunakan pejuang bagi mengawal ruang udara dalam pertempuran besar-besaran. Sejak permulaan lagi, kelebihan udara merupakan matlamat utama; untuk beroperasi sebagaimana yang dirancangkan, pasukan panzer memerlukan kapal terbang peninjau, kapal terbang serang darat ground-attack aircraft, dan dalam sesetengah kes kapal terbang pengangkut yang mampu terbang. Dengan Luftwaffe sendiri tersingkir daripada udara pada akhir perperangan, beroperasi di bawah penguasaan udara oleh pihak Berikat terbukti menjadi satu halangan.

Melumpuhkan sunting

 
Panther Ausf. D, salah satu daripada reka bentuk panzer Jerman yang maju.

Setelah mencapai penembusan kekkawasan belakang musuh, tentera Jerman cuba melumpuhkan proses membuat keputusan dan perlaksanaan musuh. Bregerak lebioh pantas berbanding pasukan musuh, pasukan panzer mengambil peluang kelemahan dan bertindak sebelum pasukan lawan mampu bertindak balas. Guderian menulis bahawa "Kejayaan perlu digunakan tanpa henti dan dengan setiap kuderat, walaupun pada waktu malam. Musuh yang dikalahkan mesti tidak dibenarkan berehat."

Penting kepada tindakan ini adalah kitaran keputusan (decision cycle). Setiap keputusan yang dibuat oleh pasukan Jerman atau pihak musuh memerlukan masa untuk mengumpulkan maklumat, membuat keputusan, menggagih keputusan, menyampaikan perintah kepada orang bawahan, dan kemudiannya melaksanakan keputusan ini melalui tindakan. Melalui pergerakan lebih pantas dan kitaran membuat keputusan yang lebih pantas, pasukan panzer mambu bertindak dalam sesuatu situasi lebih cepat berbanding pasukan yang melawan mereka.

Kawal perintah merupakan memimpin kaedah pantas dan mudah lentur. Tanpa menerima perintah khusus, komander akan diberitahu matlamat ketuanya dan peranan unitnya dalam memenuhi konsep ini. Kaedah sebenar perlaksanaan tyerserahlah kepada komander aras bawah bagi menentukan cara terbaik memenuhi situasi di lapangan. Beban tugasan kakitangan dikurangkan di peringkat atas dan dibahagi antara pemimpin yang lebih arif mengenai keadaan mereka. Tambahan lagi, penggalakan usaha sendir pada semua peringkat membantu perlaksanaan. Hasilnya, keputusan penting boleh dilaksanakan dengan pantas dan samaada secara lisan atau perintah bertulis beberapa mukasurat sahaja.

Kesselschlacht sunting

Fasa terakhir operasi, Kesselschlacht (pertempuran kawah (cauldron)), merupakan serangan semua arah pada pasukan terkepung. Disinilah kebanyakan kerugian berlaku pada musuh, terutamanya melalui tahanan perang dan rampasan senjata.

Operasi pada Perang Dunia II sunting

Poland dan Perancis, 1939–40 sunting

 
Di Poland, division panzer menghasilkan kelompok tentera Polish (bulatan biru) yang kemudiannya dimusnahkan oleh infantari yang mengekori.

Walaupun istilah blitzkrieg dicipta semasa Kempen September Polish (Polish September Campaign) pada 1939, sejarahwan pada umumnya menegaskan bahawa operasi Jerman semasa Kempen September Polish lebih menyerupai kaedah tradisional. Strategi Wehrmacht lebih selari dengan Vernichtungsgedanken, atau penumpuan pada pengepongan (envelopment) bagi mencipta kelompok dalam penghapusan sepanjang barisan. Pasukan Panzer digunakan antara tiga tumpuan Jerman tanpa penekanan pada pergerakan bebas, sebaliknya digunakan bagi mencipta atau menghapuskan kelompok tentera Polish yang dekan dan merampas muka bumi jarak operasi bagi menyokong infantari tidak bermotor yang mengikuti di belakang. Luftwaffe mendapat pengawalan udara awal pada kempen dengan memusnahkan sebahagian besar Tentera udara Polish Air semasa ia berada dilapangan.

Penjajahan Perancis terdiri daripada dua peringkat, Operasi Kuning dan Operasi Merah. Operasi Kuning dimulakan dengan gerakan mengacah terhadap Belanda dan Belgium oleh dua kor panzer dan pasukan payung terjun (paratrooper). Tiga hari kemudian, usaha utama panzer oleh Kumpulan Panzer von Kleist menyerang melalui Ardennes dan mencapai penembusan bersama sokongan udara Luftwaffe. Kumpulan tersebut meluru ke persisiran Selat Inggeris, menyingkir British Expeditionary Force, Tentera Belgian, dan sebahagian division Tentera Perancis. Pasukan Panzer dihentikan di bandar pelabuhan Dunkirk, yang digunakan bagi menyelamatkan pasukan Berikat (Allied), dan ia diberikan kepada Luftwaffe; pengebomannya tidak menghalang its bombing did not prevent the evacuation of most personnel, some 330,000 troops. Operasi Merah kemudian bermula dengan Kor Panzer XV menyerang kearah Brest dan Kor Panzer XIV menyerang ke selatan, timur Paris, kearah Lyon, dan Kor Panzer XIX menyempurnakan pengepungan Garis Maginot. Pasukan bertahan tertekan bagi mengatur sebarang serangan balas. Pasukan Perancis diarahkan secara berterusan untuk membentuk garis baru sepanjang sungai, seringkali mendapati tentera Jerman telahpun melalui mereka apabila mereka sampai.

Soviet Union: Perbatasan Timur (Eastern Front): 1941–45 sunting

 
Selepas 1941–42, pasukan panzer semakin sering digunakan sebagai simpanan bergerak menentang pembolosan pihak Berikat(Allied).

Kegunaan pasukan berperisai adalah penting bagi kedua pihak di Perbatasan Timur. Operasi Barbarossa, penjajahan Jerman terhadap Soviet Union pada tahun 1941, membabitkan sejumlah penembusan dan pengepungan oleh pasukan panzer. Matlamat yang diistihar adalah "untuk memusnahkan tentera Russia di Barat dan menghalang mereka daripada terlepas ke ruang terbuka luas Russia." Matlamat ini biasanya dicapai oleh empat tentera panzer yang mengelilingi tentera Russia yang terkejut dan tidak teratur, diikuti oleh tentera infantari berjalan kaki yang melengkapkan pengepungan dan menumpaskan tentera yang terperangkap. Tahun pertama Perbatasan Timur boleh dianggap sebagai kejayaan operasi blitzkrieg utama terakhir.

Selepas kegagalan Jerman untuk memusnahkan Soviet sebelum musim sejuk 1941, had kegunaan blitzkrieg jelas kelihatan. Walaupun serangan Jerman merampas sejumlah besar daerah Soviet, kesan strategik keseluruhan lebih terhad. Tentera Merah mampu berkumpul semula jauh dibelakang, dan akhirnya mengalahkan pasukan Jerman bagi kali pertama dalam Pertempuran Moscow. Pada musim panas berikut pada tahun 1942, apabila Jerman melancarkan serangan Blitzkrieg yang lain, dibahagian selatan Russia terhadap Stalingrad dan Caucasus, pihak Soviet sekali lagi kehilangan sejumlah besar jajahan, hanya untuk menyerang balas sekali lagi apabila mereka berhenti dihadapan bandar.

Pertempuran Stalingrad menunjukkan titik eleok dan tidak elok konsep blitzkrieg. Pertempuran bermula dengan serangan Jerman dari arah yang tidak dijangka, menghalau tenter Soviet yang bertahan beratus kilometer dalam tempoh beberapa hari. Pergerakan tersebut berakhir apabila Hitler menjadi semakin berminat untuk menawan Stalingrad itu sendiri, membenarkan tentera Soviet menyusun semula dan menyerang balas.

 
Jagdtiger, salah satu pemusnah kereta kebal Jerman yang waja. Kenderaan khas ini mengagalkan asas blitzkrieg kerana rekabentuknya menukar ketangkasan bergerak dengan kelebihan kuasa tembakan dan perlindungan.

Kejayaan Soviet berikutnya bergantung kepada unit gabungan senjata yang rumit. Ini, bersama dengan masalah kerosakan, logistik, dan pengeluaran pasukan Jerman, akhirnya membawa kepada kekalahan Jerman.

Perbatasan Barat, 1944–45 sunting

Ketika peperangan berlarutan, tentera Berikat (Allied) mulai menggunakan taktik yang menyerupai taktik blitzkrieg Jerman. Banyak operasi di Gurun Barat dan di Perbatasan Timur bergantung kepada penumpuan besar-besaran kuasa tembak (firepower) untuk mengukuhkan penembusan oleh unit berperisai bergerak pantas. Taktik sedemikian menjadi penentu operasi di Perbatasan Timur selepas Operasi Overlord.

Selepas pendaratan pihak Berikat di Normandy, Jerman melakukan cubaan bagi menumpaskan pasukan mendarat dengan divison panzer, tetapi ini gagal disebabkan ketiadaan kerjasama dan kelebihan udara pihak Berikat.

Blitzkrieg cuba digunakan dalam serangan balas terhadap Operasi Cobra, bagi menghalang Kumpulan Tentera ke 12 U.S. (U.S. 12th Army Group) keluar daripada kawasan Normandy di St.-Lô. Tentera Ketujuh Jerman (German Seventh Army) menyerang kearah persisiran pantai di St.-Lô, cuba memutuskan Tentera Ketiga U.S. (U.S. Third Army), dipimpin oleh George S. Patton, dalam Operasi Lüttich. Ia gagal mencapai pembolosan melepasi pasukan infantari yang bertahan dan, terkandas, dikepung dan dimusnahkan secara berkesan oleh Kumpulan Tentera ke 12 U.S. (U.S. 12th Army Group).

Serangan pihak Berikat di pusat Perancis, diketuai (spearheaded) oleh unit berperisai dari Tentera Ketiga George S. Patton, menggunakan teknik pembolosan yang secara asasnya serupa dengan blitzkrieg. Patton mengakui bahawa dia telah membaca kedua-dua hasil tulisan Guderian dan Rommel sebelum perperangan, dan taktiknya berkongsi penekanan mereka terhadap kepantasan dan menyerang. Ayat yang sering digunakan dalam unitnya adalah "angkat punggung dan lintas - (haul ass and bypass)".

Serangan Jerman terakhir di perbatasan Barat, Operation Autumn Mist, adalah serangan blitzkrieg terhadap pelabuhan penting Antwerp semasa musim sejuk 194445. Dilancarkan semasa cuaca buruk terhadap sektor tentera Berikat yang lemah, ia mencapai kejutan dan kejayaan awal. Kuasa udara pihak Berikat dilumpuhkan oleh litupan awan. Bagaimanapun, pertahanan sepanjang beberapa jalan yang boleh dilalui di Ardennes menyebabkan kelewatan. Pasukan Berikat diletakkan di belakang pembolosan tentera Jerman, dan kapal terbang Berikat kembali berupaya menyerang barisan panzer apabila cuaca berubah semakin baik. Pasukan Jerman diundurkan.

Menangkis dan had Blitzkrieg sunting

Mukabumi sunting

Blitzkrieg kebanyakannya bergantung kepada muka bumi dan keadaan cuaca. Di mana keupayaan pergerakan pantas menyeberangi "kawasan kereta kebal" tidak wajar, blitzkrieg seringkali dielak atau berakhir dengan kegagalan. Mukabumi sebaiknya rata, keras, tidak terlindung oleh halangan semula jadi atau kubu, dan direntasi jalan dan landasan. Sekiranya ia kawasan berbukit, berhutan, berpaya, atau bandar, pasukan panzers terdedah kepada unit infantari dalam pertempuran jarak dekat dan tidak mampu bergerak pada kelajuan penuh. Juga, unit panzer mampu dihentikan oleh lumpur (oleh salji cair) sepanjang Perbatasan Timur biasa memperlahankan kedua pihak atau salji tebal.

Kelebihan udara sunting

 
Ilyushin Il-2, pesawat serangan darat khusus Soviet yang memusnahkan kenderaan berperisai Jerman.

Penguasaan udara pihak Berikat merupakan penghalang penting kepada operasi Jerman semasa tahun-tahun terakhir peperangan. Kejayaan awal Jerman menikmati kelebihan udara dengan pergerakan tentera darat yang tidak terhalang, sokongan udara dekat dan peninjauan udara. Bagaimanapun, serangan udara ke darat pihak Berikat Barat begitu kuat sejurus sebelum Operasi Overlord sehinggakan anggota panzer yang dipindahkan dari Perbatasan Barat ke Timur kelihatannya keberatan bergerak secara beramai-ramai di siang hari. Malah, operasi blitzkrieg Jerman di barat, Operasi Kabus Musim Luruh, dirancang berlaku semasa cuaca buruk yang menghalang kapal terbang pihak Berikat terbang. Dengan keadaan sebegini, ia sukar bagi komander Jerman bagi menggunakan senjata panzer ke tahap potensi yang dibayangkan.

Taktik mematah sunting

 
Jeneral Stanisław Maczek, salah seorang pengembang taktik anti-blitzkrieg.

Blitzkrieg amat berkesan terhadap doktrin pertahanan statik yang dimajukan oleh kebanyakan negara selepas Perang Dunia I. Cubaan awal bagi mematahkan blitzkrieg boleh dikesan seawal Kempen September Polish pada tahun 1939, di mana jeneral Polish Stanisław Maczek, komander 10th Motorized Cavalry Brigade, menyediakan lapuran terperinci mengenai taktik blitzkrieg, kegunaannya, keberkesanannya dan langkah berjaga-jaga bagi tentera Perancis berdasarkan pengalamananya. Bagaimanapun, kakitangan Perancis mengabaikan lapuran ini (ia ditawan, tanpa dibuka oleh tentera Jerman). Kemudian, Maczek bakal menjadi salah seorang komander tentera berperisai pihak Berikat semasa perang.

Semasa Pertempuran Perancis pada tahun 1940, Division Perisai ke 4 De Gaulle dan unsur Brigade Perisai British dalam pasukan Expeditionary British kedu-duanya melakukan serangan ujian pada baris belakang Jerman, malah menekan kebelakang barisan perisai blitzkrieg pada sesetengah masa (Lihat Pertempuran Arras (1940) ). Ini merupakan punca Hitler menghentikan kemaraan panzer. Serangan tersebut bersama taktik Landak (Hedgehog tactic) Maxime Weygand merupakan asas utama menangani serangan blitzkrieg di masa hadapan: diletakkan secara berlapis-lapis, mengucup seperti bebola dan biarkan mereka melepasi, bergantung kepada meriam anti-kereta kebal, membina sisi kukuh yang tahan cubaan blitzkrieg, kemudian memutuskannya pada pangkal dan memusnahkannya sepenuhnya. Bagaimanapun, pasukan Berikat pada tahun 1940 gagal untuk memajukan taktik tersebut dengan jayanya sebelum mereka mengalami kehilangan teruk dan Perancis menyerah.

Pada tahun 1944 meriam anti-kereta kebal Ordnance QF 17 pounder dan pemusnah kereta kebal dengan meriam M3 90 mm tentera Berikat dan meriam 88 mm Jerman yang terkenal amat berjaya bagi mematahkan serangan kereta kebal, terutama tanpa sokongan infantari. Pada masa tersebut pihak Berikat turut memajukan versi strategi menyerang dan bertahan mereka sendiri dengan menggunakan pasukan berperisai.

Logistik sunting

Walaupun berkesan dalam kempen serangan pantas ke atas Poland dan Perancis, blitzkrieg tidak dapat dikekalkan oleh Jerman pada tahun berikutnya. Strategi Blitzkrieg berhadapan bahaya berterusan yang pasukan penyerang melebihi garis bekalannya, dan strategi Blitzkrieg keseluruhannya boleh dipatahkan oleh musuh yang tabah yang sanggup mengorbankan kawasan buat sementara bagi berkumpul dan melengkapi senjata, yang bertepatan dengan apa yang dilakukan oleh pihak Soviet di Perbatasan Timur.

Penghasilan kereta kebal dan kenderaan merupakan masalah berpanjangan; malah, pada akhir peperangan kebanyakan divisyen panzer memiliki tidak lebih daripada beberapa dozen kereta kebal. Ketika perang hampir berakhir, Jerman turut berhadapan dengan kekurangan stok bahan api dan peluru yang kritikal akibat pengeboman strategik Pasukan Bersekutu. Walaupun pengeluaran pesawat pejuang kepada Luftwaffe berterusan, ia gagal diterbangkan akibat kekurangan bahan api. Baki minyak yang ada diberikan kepada divisyen panzer, meskipun divisyen ini tidak mampu beroperasi secara normal. Dari keseluruhan kereta kebal Tiger yang berjaya dimusnahkan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat, hampir separuh darinya ditinggalkan akibat ketiadaan minyak.

Pengaruh sunting

Kesan Blitzkrieg paling meluas merupakan terhadap pemimpin Berikat Barat semasa perang, sebahagiannya mendapat inspirasi daripada pendekatan Wehrmacht. Jeneral George S. Patton daripada Amerika Syarikat memberi penekanan kepada pengejaran pantas, penggunaan kenderaan berperisai bagi mengetuai pembolosan, kemudian memutuskan dan mengganggu tentera musuh sebelum mereka berundur. Dalam ulasannya masa itu, dia mengakui hasil kerja Guderian dan Rommel, terutamanya Serangan Infantari menjadi sumber inspirasi beliau.

Blitzkrieg mempunyai sebahagian pengaruh pada doktrin dan ketenteraan berikutnya. Pasukan Pertahanan Israel mungkin dipengaruhi oleh blitzkrieg dalam membentuk tentera yang diketuai oleh pasukan berperisai mudah lentur dan sokongan udara dekat. Teori Amerika Syarikat 1990-an "Kejut dan kagum (Shock and awe)" mendakwa blitzkrieg sebagai subset strategi di mana ia diistilahkan sebagai "penguasaan pantas".

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. (Inggeris) "Blitzkrieger" in TIME Vol. XXXIV No. 13, 25 September 1939. http://www.time.com/time/archive/preview/0,10987,761969,00.html Diarkibkan 2005-09-11 di Wayback Machine
  2. (Inggeris) James S. Corum, The Roots of Blitzkrieg: Hans von Seeckt and German Military Reform (Lawrence, KS: University Press of Kansas, 1994), 37
  3. (Inggeris) Corum, op. cit., 23.
  4. (Inggeris) Corum, op. cit., 7.
  5. (Inggeris) Argued by Corum, Edwards, and House. This is not to include theories which were not adopted as actual doctrine, on which there are varied views.
  6. (Inggeris) Roger Edwards, Panzer: A Revolution in Warfare, 1939-1945 (London: Brockhampton Press, 1998), 23.
  7. (Inggeris) Guderian's remarks are from an unnamed article published in the National Union of German Officers, 15 October 1937 as quoted in Panzer Leader, pp. 39–46. Italics removed — the quoted sections are all italics in the original.
  8. (Inggeris) Heinz Guderian, trans. Constantine Fitzgibbon, Panzer Leader (New York: De Capo Press, 2002), 46.
  9. (Inggeris) Edwards, op. cit., 24.
  10. (Inggeris) Edwards, op. cit., 145.
  11. (Inggeris) Edwards, op. cit., 25.
  12. (Inggeris) Alan Clark, Barbarossa: The Russian-German Conflict, 1941-45 (New York: Quill, 1965), 78.
  13. (Inggeris) Richard Simpkin, Race to the Swift: Thoughts on Twenty-First Century Warfare (London: Brassey's, 2000), 34
  14. (Inggeris) Charles Winchester, "The Demodernization of the German Army in World War 2", Osprey Publishing. http://www.ospreypublishing.com/content2.php/cid=68
  15. (Inggeris) Jonathan M. House, Toward Combined Arms Warfare: A Survey of 20th-Century Tactics, Doctrine, and Organization. (U.S. Army Command General Staff College, 1984; reprint University Press of the Pacific, 2002). http://cgsc.leavenworth.army.mil/carl/resources/csi/House/House.asp Diarkibkan 2005-04-05 di Wayback Machine

Bacaan lanjut sunting

  • (Inggeris) Deighton, Len. Blitzkrieg: From the rise of Hitler to the fall of Dunkirk. 1981.
  • (Inggeris) Corum, James S. The Roots of Blitzkrieg: Hans von Seeckt and German Military Reform. University Press of Kansas, 1994.
  • (Inggeris) Edwards, Roger. Panzer: A Revolution in Warfare, 1939-1945. London: Brockhampton Press, 1998.
  • (Inggeris) . ISBN 0-306-81101-4. Unknown parameter |Publisher= ignored (|publisher= suggested) (bantuan); Unknown parameter |Title= ignored (|title= suggested) (bantuan); Unknown parameter |Author= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |Year= ignored (|year= suggested) (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  • (Inggeris) House, Jonathan M. Toward Combined Arms Warfare: A Survey of 20th-Century Tactics, Doctrine, and Organization Diarkibkan 2005-04-05 di Wayback Machine. U.S. Army Command General Staff College, 1984. Reprinted by University Press of the Pacific, 2002.
  • (Inggeris) Manstein, Erich von. Lost Victories. Trans. Anthony G. Powell. Presidio, 1994.
  • (Inggeris) Mosier, John. The Blitzkrieg Myth: How Hitler and the Allies Misread the Strategic Realities of World War II. HarperCollins, 2003.