Panzer
Panzer ialah kata pinjaman Jerman [Panzer] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (Sebutan bahasa Jerman: [ˈpantsɐ] ( dengar)), bermaksud "perisai" yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain. Ia juga digunakan dalam kata majmuk Jerman seperti Panzerdivision, "divisyen kenderaan berperisai" dan (tua) Panzerkampfwagen, "kereta kebal" atau harfiah, "kenderaan tempur berperisai"
Kata bahasa Jerman Panzer merujuk kepada apa jua jenis perisai, seperti Plattenpanzer "plat perisai", Kettenpanzer "baju zirah ataupun baju besi". Panzer juga merujuk kepada kulit binatang seperti Schildkrötenpanzer "kulit kura-kura". Satu lagi contoh penggunaan kata Panzer ialah Panzernashorn yang merujuk kepada badak sumbu India (Rhinoceros unicornis).
Perkataan Panzer juga di pinjam terjemah ke bahasa Eropah lain seperti kata bahasa Denmark dan Norway: panservogn, "kenderaan berperisai".
Lihat juga
suntingRujukan
suntingDouglas Harper. "panzer". Online Etymology Dictionary.