K Thanabalasingam

Laksamana Muda (B) Tan Sri Dato' Sri K. Thanabalasingam ialah anak watan Malaysia yang pertama dilantik ke jawatan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia.

Laksamana Muda (B) Tan Sri Dato' Seri
K. Thanabalasingam
KesetiaanMalaysia Malaysia
PerkhidmatanNaval Ensign of Malaya (1957–1963).svg Tentera Laut Diraja Malaysia
PangkatLaksamana Muda
ArahanKetua Tentera Laut Diraja Malaysia
AnugerahPanglima Setia Mahkota (PSM)
Tugas lainPerniagaan Persendirian

Penglibatan awalSunting

Beliau menyertai Royal Malayan Navy pada tahun 1955 dan dihantar ke Britannia Royal Naval College, Darmouth dan tamat latihan pada awal 1958. Beliau kembali ke tanahair lewat 1958 untuk menyertai Tentera Laut Diraja Malaya yang kini di bawah tadbiran Persekutuan Tanah Melayu. Tugasan pertama beliau ialah sebagai Pegawai Latihan Kadet Tentera Laut di Maktab Tentera Persekutuan, Port Dickson. Beliau ialah pegawai yang pertama dilantik ke jawatan ini pada tahun 1959.

Pegawai tertinggi TLDMSunting

Sekitar tahun 1966, kerajaan persekutuan berpendapat, masanya telah tiba untuk anak watan mengambil alih sepenuhnya pasukan tentera Malaysia. Pada 1967 Tan Sri Thana dilantik menjadi Panglima Tentera Laut dengan pangkat komodor dan serentak juga Air Commodore Dato' Sulaiman Sujak dilantik sebagai Panglima Tentera Udara. Ketika perlantikan, beliau hanya berumur 31 tahun dan masih bujang. Ketika menjadi panglima beliau menyelia beberapa program membangunkan antaranya kapal peronda kelas perkasa dan frigat KD Rahmat. Bagaimanapun, pada 1976 beliau mengambil keputusan bersara awal setelah menabur bakti lebih 20 tahun.


Penyandang Terdahulu Panglima Tentera Laut
1967 – 1976
Penyandang Kemudian
Commodore A N Dollard Laksamana Madya Dato' Mohd Zain Mohd Salleh