Kaca laut (sea glass atau beach glass) didapati di pantai-pantai air masin hasil penguraian atau pemecahan serpihan kaca buangan yang ditumpulkan serta menampakkan rupa permukaan yang kekabutan.[1] Peluluhan ini lazim berlaku dalam jangka masa yang lama dari antara 20 hingga 40 tahun sehingga selama satu abad untuk mendapatkan ciri tersendiri.[2]

Butiran kaca laut berwarna putih dan hijau.

Butiran-butiran yang tersisa ini dikumpulkan untuk tujuan perhiasan ataupun sebagai suatu kegiatan hobi.

Gambaran umum sunting

Pembentukan sunting

Serpihan kaca yang terdampar dalam laut seperti dari botol, tembikar [3] dan tingkap bangkai kapal yang terhempas dari laut. Kaca yang terbuang dalam laut ini diluluh dan dikisarkan dek arus lautan sehingga semua sisi tajam serpihan menumpul manakala permukaan kaca yang mengilau ini melusuh kabut dalam tempoh bertahun-tahun.[3][4]

Rupa dan warna sunting

Warna sisa ini ditentukan buangan asalnya:

  • Hijau pandan (kelly green), perang, putih atau lutsinar lazim dari botol-botol minuman, tingkap dan pinggan mangkuk pula memberi warna putih.[5]
  • Hijau jed dan kuning ambar[5]
  • Hijau limau - daripada botol mimuman ringan sekitar 1960-an[5]
  • Biru cair - botol ubatan, dakwat, balang buahan[5]
  • Hitam - dari kaca diperkuatkan dengan tambahan sanga besi[6] untuk melegapkan botol yang mampu melindungi kandungan daripada sinaran matahari[7] seperti arak gin, wiski dan wain serta ubat. Botol-botol kehitaman ini adakala pecah semasa pelayaran lalu akan dibuang setelah kapal berlabuh.
  • Merah[8]
  • Merah jambu (dari barangan Zaman Meleset)[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "What Is Sea Glass - How and Where do you find it?". bytheseajewelry.com. Dicapai pada 2017-06-01.
  2. ^ "The Godfather of Sea Glass: Richard LaMotte Boosts the National Profile of Sea Glass Retrieved". Sea Glass Journal. Dicapai pada February 19, 2015.
  3. ^ a b "What Is Sea Glass?". Find Sea Glass. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-20. Dicapai pada 31 July 2018.
  4. ^ Park, Elizabeth. "Where Does Beach Glass Come From?". USA Today. Demand Media. Dicapai pada November 6, 2014.
  5. ^ a b c d e La Motte, R (2009). Pure Sea Glass. Sea Glass Publishing. ISBN 0975324608.
  6. ^ "Black Sea Glass, Black Beach Glass". odysseyseaglass.com. Dicapai pada 24 February 2015.
  7. ^ "Antique Black Glass Bottles". Antique Bottle Collector's Haven. Dicapai pada 24 February 2015.
  8. ^ Dean, Cornelia (October 18, 2010). "From junk to collectible, shaped by time and tide". New York Times.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting