Kad kahwin adalah merupakan satu alat yang digunakan sebagai jemputan bagi majlis perkahwinan. Di dalam kad kahwin selalunya di letakkan undangan yang biasanya mengandungi nama pengantin, nama ibu bapa pengantin, tarikh majlis, lokasi majlis dan selalunya di sertakan peta ke tempat diadakan majlis.

Kad kahwin selalunya terbahagi kepada 3 jenis, iaitu kad kahwin tanpa lipat (berbentuk poskad), kad kahwin 1 lipat (selalu digunakan) dan yang terakhir sekali kad kahwin 2 lipat.

Kad kahwin digital adalah kad perkahwinan yang dibuat dalam bentuk elektronik atau digital. Ia biasanya direka menggunakan perisian khusus dan boleh dihantar melalui emel atau media sosial kepada tetamu perkahwinan. Kad kahwin digital ini mempunyai pelbagai reka bentuk dan ciri-ciri yang dapat disesuaikan mengikut kehendak pengantin.

Ia boleh mengandungi maklumat mengenai tarikh, masa, dan lokasi majlis perkahwinan, gambar pengantin, tema perkahwinan, dan sebagainya. Kad kahwin digital ini merupakan alternatif kepada kad kahwin fizikal yang dicetak dan dihantar melalui pos.