Kaduseus
Kaduseus (☤; Latin: Caduceus , dari bahasa Yunani κηρύκειον kērukeion "tongkat bentara"[1]) ialah tongkat yang dibawa oleh Hermes dalam mitos Yunani dan kemudiannya Mercurius dalam kepercayaan Romawi.[2] Tongkat ini digambarkan pendek dilingkari dua ekor ular dan adakalanya beralaskan sepasang sayap di atasnya.
Keterkaitannya dengan dewa-dewa pengutus tersebut pada lewat baharian menjadikan ia digunakan bersama lambang dikaitkan dengan sifat dan peranan dewa-dewa ini seperti:[3]
- astrologi: Utarid (lambang: ☿),
- alkimia: raksa (juga dipanggil mercurius)
- bidang perdagangan dan perundingan - daripada prinsip "pertukaran dan kesalingan yang seimbang".[4][5]
- percetakan - sifat dan peranan Mercurius sebagai seorang pengutus yang petah
Ia sering dikelirukan dengan tongkat Asklepios kerana persamaan ciri ia yang ada ular sehingga sering disalahgunakan sebagai lambang perubatan terutamanya di Amerika Utara).
Rujukan
sunting- ^ Perkataan Latin cādūceus merupakan adaptasi dari perkataan Yunani κηρύκειον kērukeion yang bererti "tongkat bentara", berasal dari κῆρυξ kērux yang bererti "bentara" atau "utusan". Liddell dan Scott, Greek-English Lexicon; Stuart L. Tyson, "The Caduceus", The Scientific Monthly, 34.6, (1932:492-98) p. 493
- ^ Hornblower, Spawforth, The Oxford Classical Dictionary, 3rd Ed., Oxford, 1996, pp 690-691
- ^ "The name of the god Mercury cannot be disassociated from the word merx, which means merchandise. Such was the sentiment of the ancients" Yves Bonnefoy (Ed.), Wendy Doniger (Trans.), Roman and European Mythologies, University of Chicago Press, 1992, p135; "Mercury was the Roman name for the Greek god Hermes. His Latin name was apparently derived from merx or mercator, a merchant." Michael E. Bakich, The Cambridge Planetary Handbook, Cambridge University Press, 2000, p85; Latin merx is the root of the English words Commerce, Market, Mart, Mercantile, Mercenary, Mercer, Merchant and Mercury, as can be seen by referring to any dictionary including etymological information.
- ^ Cth. piawaian Unicode yang mana "tongkat Hermes" melambangkan "a commercial term or commerce"; see also: Walter J. Friedlander, The Golden Wand of Medicine: A History of the Caduceus Symbol in Medicine, Greenwood, 1992, p83
- ^ Seperti yang dipetik oleh satu kajian yang khusus untuk simbolisme, "In modern times the caduceus figures as a symbol of commerce, since Mercury is the god of commerce. M. Oldfield Howey, The Encircled Serpent: A Study of Serpent Symbolism in All Countries And Ages, New York, 1955, p77