Kagisho Dikgacoi

Pemain bola sepak Afrika Selatan

Kagisho Evidence Dikgacoi /dˈxʌʃwɑː/[1] (lahir 24 November 1984) merupakan pemain bola sepak profesional Afrika Selatan yang bermain untuk Cardiff City dan Afrika Selatan.

Kagisho Dikgacoi
Maklumat peribadi
Nama penuh Kagisho Evidence Dikgacoi
Tarikh lahir (1984-11-24) 24 November 1984 (umur 39)
Tempat lahir Brandfort, Afrika Selatan
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan, Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Cardiff City
Nombor 8
Kerjaya remaja
Cardiff Spurs
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2005 Bloemfontein Young Tigers 10 (0)
2005–2009 Golden Arrows 82 (8)
2009–2011 Fulham 14 (0)
2011Crystal Palace (pinjaman) 13 (1)
2011–2014 Crystal Palace 92 (6)
2014– Cardiff City 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2007– Afrika Selatan 54 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:31, 11 May 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 September 2013

Dia membuat penampilan antarabangsa yang pertama pada tahun 2007, dan sejak itu telah mendapat 54 kaps, menjaringkan dua gol. Dia bermain di Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 2008 dan 2013, dan Piala Dunia FIFA 2010.

Karier kelab sunting

Karier awal sunting

Dikgacoi memulakan karier bersama kelab tempatan Cardiff Spurs, sebelum berpindah ke Golden Arrows pada tahun 2005 dari Bloemfontein Young Tigers. Di Arrows, dia berkemban menjadi salah seorang pemain terbaik negara di posisinya.

Fulham sunting

Pada 4 Ogos 2009, Dikgacoi mengumumkan bahawa dia telah mencapai persetujuan dengan Fulham selepas percubaan berjaya di kelab itu. Perjanjian itu hanya dimuktamadkan pada 26 Ogos selepas permit kerja telah diberikan. Dikgacoi berlatih dengan bekas kelabnya Golden Arrows semasa permit kerja diproses untuk mengekalkan kecergasan.[2][3] Dia membuat penampilan sulung pada 4 Oktober, tetapi dibuang padang pada minit ke 4 selepas menampar Scott Parker.[4]

Crystal Palace sunting

Selepa beraksi hanya sekali untuk Fulham di bawah Mark Hughes ketika musim 2010-11, Dikgacoi menyertai Crystal Palace pada bulan Februari secara pinjaman sehingga habis musim. Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Crystal Palace ketika menentang Cardiff pada 8 Mac 2011, sebelum berpindah secara tetap ke Crystal Palace pada 4 Julai 2011 dengan yuran £600,000.[5]

Cardiff City sunting

Pada 12 Jun 2014, Dikgacoi menandatangani kontrak 3 tahun bersama Cardiff City selepas menolak perjanjian baru dengan Crystal Palace.[6]

Karier antarabangsa sunting

Dikgacoi membuat penampilan antarabangsa sulungnya pada 27 Mei 2007 dalam perlawanan Piala COSAFA menentang Mauritius. Dia menjaringkan dua gol pertamanya pada 7 Jun 2008, ketika kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Equatorial Guinea, dimana perlawanan berakhir dengan keputusan 4–1. Dia merupakan sebahagian daripada skuad Bafana Bafana's Piala Negara-Negara Afrika 2008 dan beraksi dalam Piala Konfederasi FIFA 2009 dan Piala Dunia FIFA 2010, diadakan di negaranya.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 7 Jun 2008 Atteridgeville, Afrika Selatan   Guinea Khatulistiwa 1–0 4–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010
2. 7 Jun 2008 Atteridgeville, Afrika Selatan   Equatorial Guinea 4–1 4–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010

Kejayaan sunting

Fulham sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.youtube.com/watch?v=8Jq90NaDXsM 0:46
  2. ^ "Fulham's Dikgacoi gets UK permit". BBC News. 26 Ogos 2009.
  3. ^ Midfielder Dikgacoi joins Fulham
  4. ^ "West Ham 2–2 Fulham". BBC News. 4 Oktober 2009.
  5. ^ "Eagles to complete £600,000 purchase of Kagisho Dikgacoi". This is Croydon Today. 6 Julai 2011.
  6. ^ "Cardiff City sign Crystal Palace's Kagisho Dikgacoi". BBC News. 12 Jun 2014.

Pautan luar sunting