Kakaktua Hitam Paruh Pendek
Kakaktua Hitam Paruh Pendek atau Kakaktua Hitam Carnaby[2] Calyptorhynchus latirostris ada sejenis spesies kakaktua yang berasal dari barat daya Australia. Ia juga dikenali sebagai Kakaktua Hitam Besar, atau ringkasnya Kakaktua Carnaby. Bulunya berwarna hitam dengan ekor berwarna putih dan tompokan putih pada pipinya. Burung jantan dewasa memiliki cincin merah jambu di sekeliling mata, dan tompokan putih pada pipi, manakala burung betina pulu mempunyai cincin mata berwarna gelap dan tompokan putih cerah pada pipinya.
Kakaktua Hitam Paruh Pendek | |
---|---|
Betina terbang dan jantan bertenggek pada pokok | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Genus: | |
Subgenus: | Zanda
|
Spesies: | C. latirostris
|
Nama binomial | |
Calyptorhynchus latirostris Carnaby, 1948
| |
Taburan dalam warna merah |
Kakaktua Hitam Carnaby dikelaskan sebagai spesies Terancam di bawah Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Alam Sekitar 1999,[3] dan Jadual 1 "fauna yang jarang atau mungkin akan pupus" oleh Pemuliharaan Hidupan Liar Australia Barat (Fauna Dilindungi Khas) Notis 2008(2) di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 1950. Saiz populasi Kakaktua Carnaby jatuh lebih daripada 50% sejak 45 tahun lepas, dan sehingga satu per tiga dari kawasan pembiakkan tradisinya di kawasan Wheatbelt di Australia Barat telah ditinggalkan.[4]
Perincian
suntingKakaktua Hitam Carnaby adalah kira-kira 55 sm (21.5 in) panjang. Warna bulunya adalah kelabu gelap, dengan sejalur nipis kelabu cair pada hujung sayapnya. Ia memiliki jambul pendek pada bahagian kepala, dan setompok warna putih yang menutupi bahagian telinga. Ekor lateralnya berwarna putih dengan bahagian hujung ekor yang berwarna hitam, manakala ekor di bahagian tengah keseluruhannya berwarna hitam. Anak mata berwarna perang gelap dan kaki pula berwarna perang-kelabu. Paruhnya pendek tetapi lebar berbanding Kakaktua Hitam Baudin.[5]
Burung jantan dewasa memiliki paruh berwarna kelabu gelap dan cincin mata berwarna merah jambu. Burung betina dewasa memiliki paruh berwarna putih-tulang, cincin mata kelabu dan warna penutup telinga lebih pucat. Anak burung pula memiliki paruh berwarna putih-tulang, cincin warna kelabu dan kurang putih pada bulu ekor.[5]
Rujukan
sunting- ^ BirdLife International (2012). "Calyptorhynchus latirostris". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2012.1. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 16 July 2012.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Christidis, Les and Walter E. Boles (2008) Systematics and Taxonomy of Australian Birds ISBN 978-0-643-06511-6
- ^ Australian Government: Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts Calyptorhynchus latirostris
- ^ Department of the Environment, Water, Heritage and the Arts. "National Threatened Species Day 2008: Carnaby's black-cockatoo Calyptorhynchus latirostris" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 2009-05-19.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b Forshaw (2006). plate 1.
Petikan teks
sunting- Forshaw, Joseph M. (2006). Parrots of the World; an Identification Guide. Illustrated by Frank Knight. Princeton University Press. ISBN 0-691-09251-6. Unknown parameter
|nopp=
ignored (bantuan)