Kalašma atau Kalasma (kadangkala Kalašpa[1][2]) ialah sebuah negeri yang wujud pada Zaman Gangsa lewat di Anatolia Utara di sempadan Empayar Het.

Geografi

sunting

Kalašma terletak di barat laut Anatolia. Lokasi tepatnya tidak ditentukan lagi tetapi lokasinya boleh disimpulkan dengan merujuk dokumen-dokumen sezaman dengannya yang mencatatkan di mana ia berada. Contohnya, ia diketahui berada di selatan Arawanna dan barat Pala.[3] Penyelidikan kini menunjukkan ia terletak berhampiran Bolu moden.[4]

Sebuah bandar bernama Harranassi mungkin terletak di dalam Kalašma.[5][6] Semasa bahasa Het mula-mula diterjemahkan, Bedřich Hrozný menyangka nama tempat "Kalašmitta" adalah sama dengan "Kalašma" tetapi penyelidikan kini menunjukkan ia sebenarnya tempat yang berbeza.[7]

Sejarah

sunting

Forlanini mengatakan bahawa Kalašma bukanlah nama suatu puak tetapi sebuah negara kota, bandar yang dikukuhkan oleh raja Het Hantili I (mangkat sekitar 1560 SM).[8] Hantili gagal memantapkan semula dewa cuaca Kalašma, dan sekembalinya di Ḫattuša, ibu kota Het, baginda terpaksa melakukan upacara penebusan dosa kepada dewi Matahari Bumi.[9]

Selepas memerintahkan mereka bersumpah setia, Arnuwanda I (memerintah 1380-an SM) menugaskan beberapa orang komander ke wilayah-wilayah berbeza, termasuk Kalašma.[10] Pentadbiran awam ditugaskan kepada majlis orang-orang tua.[11] Dalam pemerintahan putera Arnuwanda, Tudhaliya II, tentera dari Kalašma dan tempat lain memberontak dan melarikan diri melalui Išuwa ke negara musuh yang tidak dinamakan; putera Tudhaliya Suppiluliuma I kemudian menewaskan wilayah-wilayah pemberontak.[12] Terdapat beberapa pemberontakan dalam pemerintahan putera Suppiluliuma Muršili II (berakhir 1295 SM). Satu sehingga menyebabkan jeneral Het, Nuwanzas, menyerbu untuk membalas dendam.[13][14] Muršili menggantikan majlis orang-orang tua dengan satu pentadbir tunggal bernama Aparru, yang lalu memberontak, merampas kuasa diraja, dan menyerang negeri jiran Sappa.[15][16][10][17] Aparru tidak lama kemudian dikalahkan tetapi Kalašma sedang mengalami perang saudara sehinggalah ditamatkan tahun berikutnya oleh Hutupiyanza, gabenor Pala.[15][18]

Orang-orang Kalašma kemudiannya ditemui jauh di timur, di Pahhuwa di hulu Sungai Furat, yang mungkin telah diusir ke sana oleh Muršili, atau menjadi askar upahan.[19] Orang Kalašma berperang di samping orang Het dalam Pertempuran Kadesh melawan Empayar Mesir pada tahun 1274 SM.[11]

Kalašma ialah salah satu tempat yang dinyatakan dalam batu bersurat hieroglif Luwi dari zaman pemerintahan Arnuwanda III (jatuh sekitar 1210 SM) yang ditakluki oleh Mukšuš.[20]

Bahasa

sunting

Pada tahun 2023, sebuah tablet yang ditulis dalam "bahasa negeri Kalašma" ditemui dalam Arkib Bogazköy yang digali di Ḫattuša.[4] Ia termasuk cabang bahasa Anatolia dalam rumpun Indo-Eropah, dan mungkin subcabang bahasa Luwik.[4] Pada tahun 1958, Einar von Schuler [de] menyatakan bahawa baiat dalam bahasa Het yang diberikan oleh pegawai-pegawai dari Kalašma adalah dalam dialek Het yang berbeza daripada sumpah setia pegawai-pegawai wilayah lain.[21]

Bibliografi

sunting
  • Carnevale, Antonio (2018). La frontiera orientale dell'impero ittita (PDF) (Tesis) (dalam bahasa Itali). Universiti Sapienza Rom.
  • Forlanini, Massimo (2010). "Deportati e mercenari dall'Anatolia occidentale all'alto Eufrate sotto l'impero hittita". Orientalia (dalam bahasa Itali). 79 (2): 152–163. ISSN 0030-5367. JSTOR 43077905.
  • Garstang, John; Gurney, O.C. (1960). The geography of the Hittite Empire. Occasional Publications. 5. London: British Institute of Archaeology at Ankara – melalui Internet Archive.
  • Weeden, Mark; Ullmann, Lee Z., penyunting (20 Mei 2022) [2017]. Hittite Landscape and Geography. Handbook of Oriental Studies, Section 1: The Near and Middle East. 121. Brill. ISBN 978-90-04-34939-1.

Rujukan

sunting
  1. ^ Weeden & Ullmann. (2022). m/s 232; Garstang. (1960). m/s 41.
  2. ^ Kryszeń, Adam (28 April 2023). "Kalašma". Hittite Toponyms (HiTop). University of Würzburg. Dicapai pada 2 September 2023.
  3. ^ Weeden & Ullmann (2022). m/s 234, 261
  4. ^ a b c "New Indo-European Language Discovered". University of Würzburg (dalam bahasa Inggeris). 2023-09-21. Dicapai pada 2023-09-26. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "uni-wuerzburg-indo-european" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Miller, Jared L. (2013). Giorgieri, Mauro (penyunting). Royal Hittite Instructions and Related Administrative Texts. Writings from the Ancient World. 31. Atlanta (Ga.): Society of Biblical Literature. m/s. 368 n. 264. ISBN 978-1-58983-657-0.
  6. ^ Forlanini, Massimo (1977). "L'Anatolia nordoccidentale nell'impero eteo". Studi Micenei ed Egeo-Anatolici (dalam bahasa Italian). Rome: Edizioni dell'Ateneo & Bizzarri: 208. ISSN 1126-6651 – melalui academia.edu.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Singer, Itamar (1996). Muwatalli's prayer to the assembly of gods through the storm-god of lightning (CTH 381). Atlanta: Scholars Press. m/s. 176 n. 395. ISBN 978-0-7885-0281-1.
  8. ^ Forlanini. (2010). m/s 158.
  9. ^ Lorenz-Link, Ulrike (2009). Uralte Götter und Unterweltsgötter; Religionsgeschichtliche Betrachtungen zur „Sonnengöttin der Erde“ und den „Uralten Göttern“ bei den Hethitern (PDF) (Tesis) (dalam bahasa German). Mainz.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ a b Weeden & Ullmann. (2022). m/s 256.
  11. ^ a b Glatz, Claudia (12 November 2020). The Making of Empire in Bronze Age Anatolia: Hittite Sovereign Practice, Resistance, and Negotiation (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 168–169. ISBN 978-1-108-86552-4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Glatz2020" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  12. ^ Templat:Multiref
  13. ^ Garstang. (1960). m/s 46.
  14. ^ Carnevale. (2018). m/s 342 n. 1361.
  15. ^ a b Garstang. (1960) m/s 45.
  16. ^ Carnevale. (2018). m/s 131.
  17. ^ Gerçek, N. İlgi; d’Alfonso, Lorenzo (28 April 2022). "tapariya- and tapariyalli-: Local Leaders and Local Agency in the Hittite Period and Its Aftermath". "A community of peoples": studies on society and politics in the Bible and Ancient Near East in honor of Daniel E. Fleming. Leiden: Brill. m/s. 100–122. doi:10.1163/9789004511538_008. ISBN 9789004511538.
  18. ^ Weeden & Ullmann. (2022). m/s 233.
  19. ^ Forlanini. (2010). m/s 161–162.
  20. ^ Zangger, Eberhard; Woudhuizen, Fred (2017). "Rediscovered Luwian Hieroglyphic Inscriptions from Western Asia Minor". Talanta. 50: 21, 27, 39.
  21. ^ von Schuler, Einar (1956). "Die Würdenträgereide des Arnuwanda". Orientalia (dalam bahasa German). 25 (3): 237–240. ISSN 0030-5367. JSTOR 43581508.CS1 maint: unrecognized language (link)