Kamen Rider Saga (watak)

Kamen Rider Saga (仮面ライダーサガ, Kamen Raidā Saga) adalah Kamen Rider ketiga muncul dalam drama bersiri Tokusatsu Kamen Rider 2008, Kamen Rider Kiva. Saga adalah suit khas bagi King dalam kumpulan Checkmate Four yang mengetuai puak Fangire.

Taiga Nobori

sunting

Taiga Nobori (登 太牙, Nobori Taiga, dilakonkan oleh Syouma Yamamoto) dilahirkan pada tahun 1986 hasil perkahwinan Maya, Queen dalam Checkmate Four dengan raja asal, Dark Kiva (闇のキバ, Yami no Kiba). Selepas tahun 1986, Taiga dipisahkan dari ibunya dan dibesarkan sebagai manusia biasa. Dia memakai sarung tangan sejak kecil lagi untuk menutup simbol King pada tapak tangannya. Dia juga pernah bertemu dan berkawan dengan Wataru Kurenai sebelum terpisah sekali lagi.

Kini, Taiga menubuhkan satu syarikat penyelidikan, Development & Pioneer (D&P(ディベロープメント&パイオニア), Diberōpumento ando Paionia), untuk mengkaji sebarang evolusi yang manusia mampu laksanakan. Syarikat ini sebenarnya helai bagi dia untuk menjalankan tugasnya sebagai King.

Biarpunn bentuk Fangire-nya masih belum ditonjolkan, dia mempunyai abiliti yang ganjil seperti mengeluarkan ular gergasi yang dipanggil Kukulkan (ククルカン, Kukurukan) untuk membantunya.

Sistem Saga

sunting

Kamen Rider Saga mempunyai ketinggian 205sm. Beratnya pula adalah 110kg. Kemampuannya adalah, dia mampu melompat setinggi 90 meter dan berlari selaju 2 saat bagi 100 meter. Serangan pemusnahnya dinamakan sebagai Snaking Death-break (スネーキングデスブレイク, Sunēkingu Desubureiku). Saga, setakat ini, tidak diketahui mempunyai bentuk yang lain seperti Kiva dan Ixa.

Sut Saga terdiri dari warna hitam sebagai warna asas dan putih pada but, baju besi, sarung tangan, dan helmet dengan topeng mata berwarna biru. Terdapat juga batu merah yang dipanggil Emperor's Magical Stone (魔皇石).

Peralatan

sunting

Sagarc Belt

sunting

Sagarc Belt (サガークベルト, Sagāku Beruto) adalah tali pinggang untuk Kamen Rider Saga. Ia dibentuk dengan menggunakan makhluk purba, Sagarc (サガーク, Sagāku), yang mengikuti Saga sejak kecil lagi. Sagarc bertutur hanya dalam bahasa Fangire purba.

Fuestles

sunting

Saga juga menggunakan Fuestles seperti Kiva dan Ixa. Fuestles (フエッスル, Fuessuru) milik Saga digunakan untuk melancarkan serangan tertentu. Misalnya, Wake Up Fuestle (ウエイクアップフエッスル, Ueiku Appu Fuessuru) digunakan untuk melancarkan serangan pemusnah "Snaking Death-Break".

Jacorder

sunting

Jacorder (ジャコーダー, Jakōdā) adalah alat yang digunakan oleh Saga ketika bertempur. Ia mempunyai dua mod:

  1. Rod Mode (ロッドモード, Roddo Mōdo), berbentuk seperti cokmar atau baton, dan
  2. Bute Mode (ビュートモード, Byūto Mōdo), berbentuk seperti cemeti. Imej malam dengan bulan sabit muncul ketika serangan "Snaking Death-Break" dilancarkan. Saga meggunakan Jacorder dalam bentuk "Rod Mode" untuk menikam musuhnya. Kemudian, Saga menggunakan Jacorder dalam "Bute Mode" untuk mengikat musuh sebelum menggantungkannya pada langit sebelum menukar semula kepada "Rod Mode" untuk memusnahkannya.

Saga Persona

sunting

Helmet khas untuk Saga. Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan helmet Kiva. Ia dibina dengan menggunakan besi yang dipanggil sebagai "King's Crown". Helmet berbentuk ular ini dilengkapi dengan batu "Emperor's Magical Stone" dan "Eternal Glass" yang berfungsi sebagai sumber tenaga tambahan untuk Saga sekiranya dia dalam keadaan yang berbahaya. Ciri-cirinya yang lain adalah seperti berikut:

  1. Dark Lense (ダークレンズ, Dakku Ranzu) yang berfungsi sebagai kanta pengesan.
  2. Dark Von (ダークフォン, Dakku Bon) yang berfungsi sebagai alat pembesar suara yang membolehkan penggunanya mendengar bunyi-bunyi yang sukar didengar oleh telinga manusia. Penggunaannya adalah mesra alam kerana pengguna boleh mengubah ketajaman bunyinya secara otomatik.
  3. Viper Frame (バイパーフレーム, Baipa Furemu) yang berfungsi sebagai alat pelindung muka dengan sistem baik pulih otomatik.
  4. Viper Crasher (バイパークラッシャー, Baipa Kurassha) yang berfungsi sebagai penapis untuk penggunanya. Ia membekalkan udara bersih kepada penggunanya selain menapis segala toksin yang dikeluarkan oleh musuh.
  5. Wild Nose (ワイルドノーズ, Wairudo Nozu) yang berfungsi sebagai alat pengesan.