Kampung Batu 3, Mambau
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Kampung Batu 3 merupakan sebuah perkampungan yang terdapat dalam kawasan Mambau.
Latarbelakang
suntingKampung Batu 3 turut dikenali sebagai Kg Batu SC. Ia merupakan petempatan kampung tradisional Melayu yang dibuka sekitar awal tahun 1950an.
Jambatan Gantung Batu 3 menjadi identiti penting Kampung Batu 3 suatu masa dahulu yang dibina sekitar tahun 1970an sebelum runtuh dalam banjir besar yang berlaku pada tahun 1991.
Penduduk di sini terdiri daripada 95% bangsa Melayu dan selebihnya terdiri daripada kaum Cina, India dan Bumiputera Sabah-Sarawak. Terdapat 200 buah rumah dengan jumlah penduduk sekitar 1500 orang. Kebanyakan penduduk kampung bekerja di sektor kerajaan dan perkilangan.
Kegiatan Ekonomi
suntingKebanyakan penduduknya bekerja dengan sektor kerajaan, swasta dan perkilangan. Namun begitu, terdapat industri kecil iaitu pengeluaran kerepek yang dijalankan, penternakan kambing,perternakan lembu, perniagaan kedai runcit (Kedai Mansor & Kedai Haji Bujang)dan perniagaan makanan (Kedai Makan Rahim Omar & Kedai Roti Canai Angah Arshad).
Sekitar tahun 1960an hingga 1980an, terdapat penduduk kampung yang menjalankan aktiviti menoreh getah dan penanaman sayur-sayuran.
Pentadbiran
suntingPentadbiran kampung ini terbahagi kepada dua iaitu JKKK Kg Batu 3 Mambau dan JKKK Kg Seri Mantau.
Sukan
suntingKg Batu 3 juga terkenal dengan Kelab Penyokong Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan. Setiap kali pasukan bola sepak Negeri Sembilan beraksi, mobilasi penyokong akan datang dari Kg Batu 3.