Kampung Hujung Rintis
Kampung Hujung Rintis merupakan salah sebuah kampung kecil di Kampung Sungai Besar, Mukim Kota Setia, Teluk Intan, Perak. Kampung-kampung lain yang membentuk kampung Sungai Besar termasuk Kampung Sungai Nibung, Kampung Sungai Mengkudu, Kampung Tengah, Kampung Sungai Bahan,Kampung Kandang (dulunya Kampung Kandang Kerbau), Kampung Teluk Ketapang dan Kampung Tebuk Haji Kori).Di Hujung Rintis terdapat terminal bot atau jeti menghubungkan Kampung Sungai Besar dan Sungai Dulang yang dipisahkan Sungai Perak.