Kampung Orang Asli Pasir Intan

Kampung Pasir Intan ialah salah satu kampung orang asli yang terdapat di Daerah Kota Tinggi, Johor. Kampung lain yang berdekatan ialah Kampung Sayong Pinang dan Kampung Kempas Menang.[1]

Sejarah sunting

Bilangan penduduk di kampung ini melebihi 20 keluarga duduk bermastautin di sini selama lebih kurang 18 tahun lalu. Asal kedatangan penduduk di Kampung Pasir Intan ini sebenarnya bermula di sebuah kampung lama yang dipanggil Kampung Pasir Asam di mana segelintir penduduk yang menetap di Kampung Pasir Intan berasal. Disebabkan faktor keselamatan dan taraf hidup yang rendah kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah perbelanjaan membina penempatan baru kepada penduduk yang menetap di Kampung Pasir Asam agar berpindah ke tempat baru yang dinamaan Kampung Pasir Intan.

Taraf hidup sunting

Taraf hidup penduduk yang tinggal di Kampung Pasir Intan sedikit berubah. Ada di antara penduduk yang mula berinteraksi dengan dunia luar dalam menjalankan aktiviti harian mereka. Pergaulan harian dengan kaum lain seperti Melayu, Cina dan India sedikit sebanyak membantu mereka membaikpulih tahap pergaulan dengan orang luar.

Pendidikan sunting

Jika disebut tentang pendidikan, masyarakat orang asli memang jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa lain. Ini disebabkan oleh taraf hidup penduduk yang daif dan keperluan hidup lebih penting berbanding dengan pendidikan. Mereka beranggapan bahawa pendidikan tidak menjamin hidup mereka. Disebabkan masalah itulah mereka rela mengikut jejak langkah ibu bapa yang tidak bersekolah melakukan tugas seperti bercucuk tanam dan menangkap ikan. Kebanyakan mereka tidak didedahkan tentang kepentingan pendidikan dalam menjamin kehidupan mereka pada masa depan.

Pendidikan di Kampung Orang asli Pasir Intan, amnya masih di bawah pemerhatian kerana tidak semua anak-anak dihantar ke sekolah oleh ibu bapa. Tapi tidak semua penduduknya ketinggalan dari segi pendidikan. Ada juga anak jati Kampung Pasir Intan yang telah berjay menjejakkan kaki ke menara gading. Ini membuktikan bahawa masyarakat orang asli juga boleh bersaing dengan bangsa lain di Malaysia ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Puspanita JPM bantu Orang Asli Utusan Malaysia Online - Johor