Kampung Orang Asli Sungai Perah

Kampung Sungai Perah ialah sebuah perkampungan Orang Asli di Negeri Perak. Kampung Sungai Perah terletak kira-kira 3 kilometer dari Kampung Chopin Kanan, 10 km dari Pekan Parit dan di utara kawasan ini adalah bersempadan dengan Mukim Senggang iaitu sempadan Daerah Kuala Kangsar.

Sejarah sunting

Kampung Sungai Perah telah mula diduduki oleh orang Asli suku bangsa Semai pada awal tahun 1916. Di kampung ini pada awalnya terdapat banyak pokok-pokok perah yang menjadi sumber makanan bagi penduduk orang Asli. Berdasarkan keadaan kawasan ini, ketua kampung pada masa itu telah menamakan kampung ini sebagai Kampung Sungai Perah. Semenjak inilah,penduduk telah mula membuka tanah ini untuk menanam tanaman kontan seperti padi huma, ubi kayu, ubi keledek dan jagung.

Pada tahun 1940-an penduduk kampung ini telah mula menanam getah. Pada tahun 1966 dan 1968, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah membuka kawasan baru untuk Rancangan Tanaman Getah seluas 164 ekar. Setiap keluarga diberi seluas 2 ekar tanah getah. Pada tahun 1970-an, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah menjalankan penanaman semula bagi tanaman getah tua yang melibatkan tanah-tanah tanaman getah yang diusahakan sendiri oleh penduduk di awal tahun 1940-an iaitu seluas 38.37 hektar.

Tanah seluas 230 ekar yang diduduki ini merupakan Kawasan Orang Asli Sungai Perah, terdiri daripada kawasan perkampungan, dusun dan tanaman getah lama. Seluas 164 ekar merupakan Rancangan Tanaman Getah dan seluas lebih kurang 456 ekar lagi ditanam dengan getah baru, kelapa sawit dan kawasan-kawasan redang.

Kemudahan sunting

  1. Jalan keluar masuk telah berturap (jalan tar)
  2. Bekalan air bersih
  3. Bekalan elektrik
  4. Sebuah Tabika KEMAS
  5. Sebuah sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Sungai Perah)
  6. Sebuah dewan orang ramai
  7. Rumah PPRT bagi keluarga yang miskin
  8. pencawang telekomunikasi

Keagamaan/Kepercayaan sunting

  • Animisma: 663 orang (87.3%)
  • Islam: 20 orang (3.3%)
  • Kristian: 42 orang (9.4%)
  • Jumlah: 725 orang

Senarai ketua kampung (Batin) sunting

  1. Penghulu Long Jeroneh
  2. Penghulu Alang Tek a/l Ngah Godang
  3. Penghulu Alang Gek a/l Alang Tek
  4. Penghulu Long Dahaman a/l Itam Bit
  5. Penghulu Alang Rindang a/l Alang Toi
  6. Itam Basri b. Uda Arus