Kapal Jalur Gemilang

Kapal Jalur Gemilang merupakan nama kapal layar yang di bawa oleh Datuk Azhar bin Mansor yang merupakan rakyat Malaysia pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Kapal Jalur Gemilang berharga RM2 juta dinamakan sempena nama bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Kapal Jalur Gemilang dikemudikan oleh Azhar Mansor.

Pada mulanya Datuk Azhar bin Mansor bercadang untuk melakukan pelayaran tersebut dalam tempoh kurang 100 hari, tetapi beliau telah menghadapi masalah berkaitan tiang layar yang patah ketika berada di Cape Horn, Amerika Selatan.

Lihat juga:
Kereta Jalur Gemilang 2