Kebakaran Kompleks Campbell

Kebakaran Kompleks Campbell ialah kes kebakaran yang terburuk pernah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia. Berlaku pada 8 April 1976 iaitu hanya tiga tahun setelah Kompleks Campbell mula dibina, kebakaran tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah RM50 juta serta mengorbankan satu nyawa. Terletak di Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi), Kompleks Campbell mula dibuka pada bulan Mei 1973 dan mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat. Semasa Kompleks Campbell mula dibuka, bangunan ini ialah satu-satunya bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur. Bangunan itu dipercayai mula terbakar pada jam 10.30 malam akibat litar pintas.

Kebakaran Kompleks Campbell
Tarikh8 April 1976
TempatBangunan Kompleks Campbell
LokasiJalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi), Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°09′25″N 101°41′49″E / 3.156945°N 101.696946°E / 3.156945; 101.696946Koordinat: 3°09′25″N 101°41′49″E / 3.156945°N 101.696946°E / 3.156945; 101.696946
PenyebabLitar pintas
Kematian1[1]

Kronologi kejadian

sunting
  1. 10.45 malam - Asap tebal dikesan di tingkat dua kompleks.
  2. 11.00 malam - Pasukan bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian.
  3. 11.15 malam - Jalan Campbell ditutup kepada semua lalu lintas.
  4. 7 pagi - Asap masih kelihatan di tingkat tiga dan sebahagian dinding mula retak akibat terlalu panas .
  5. 10 pagi - Api mula reda.
  6. 12.30 tengah hari - Asap tebal tiba-tiba kelihatan di tingkat 16, 17, 18.
  7. 1.30 tengah hari - Hujan renyai.
  8. 1.30 tengah hari - Kira-kira 100 orang penduduk dan warga polis yang tinggal berdekatan diarahkan berpindah.
  9. 2.00 petang - Hujan lebat tetapi api terus marak dengan cepat.
  10. 2.10 petang - Api merebak dari tingkat ke tingkat bangunan.
  11. 2.30 petang - Bomba menghentikan operasi memadam kerana api terlalu besar.
  12. 2.50 petang - Angin bertiup kencang menyebabkan api bertambah marak dan kaca tingkap mulai jatuh.
  13. 3.30 petang - Api marak ke tingkat 20 dan 21.
  14. 4.30 petang - Api mulai padam dan hanya kelihatan di tingkat paling atas.
  15. 5.30 petang - Jalan Campbell mula dibuka kepada orang ramai.
  16. 6 petang - Orang ramai yang berkumpul menyaksikan kebakaran mula berundur.
  17. 2 pagi - Api dilihat masih membara di tingkat paling atas dan pihak berkuasa ditempatkan di situ mengawal keadaan.

Fakta menarik

sunting
  • Insiden kebakaran besar berlaku semasa filem pecah panggung Hollywood, The Towering Inferno masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.
  • Mendiang Tan Sri Lim Thean Leong, pengerusi serta pengasas Bolton Berhad, syarikat yang memiliki bangunan tersebut dilaporkan tenang semasa mendengar kejadian kebakaran besar tersebut.
  • Persatuan Perlindungan Kebakaran Malaysia (FPAM) telah ditubuhkan pada tahun yang sama selepas insiden kebakaran besar tersebut.
  • Insiden kebakaran besar tersebut juga telah mendedahkan kelemahan dari segi aspek piawaian keselamatan bangunan ketika kebakaran serta kemampuan pasukan bomba yang terhad. Akibat daripada tragedi tersebut, satu undang-undang telah diluluskan bagi mewajibkan setiap bangunan tinggi mematuhi piawaian keselamatan kebakaran sebelum dibenarkan untuk didiami atau digunakan bagi tujuan komersial.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  • Mohd Azis Ngah (15 Januari 2008). "Mercu tanda Kuala Lumpur terbakar". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2008. Dicapai pada 8 April 2008.

Petikan

sunting
  1. ^ "KL's $50 million towering inferno..." (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 9 April 1976. m/s. 1.