Kebergantungan kereta

Konsep diamana pelan rekabentuk bandar menggalakkan penggunaan kereta dan kenderaan persendirian berbanding basikal, pengangkutan awam dan berjalan kaki.


Kebergantungan kereta ialah konsep dimana pelan rekabentuk sesebuah bandar yang menggalakkan penggunaan kereta berbanding kaedah pengangkutan yang lain, seperti basikal, pengangkutan awam, serta berjalan kaki.

Trafik di Los Angeles

Ringkasan sunting

 

Di kebanyakkan bandar moden, kereta adalah mudah dan seringkali menjadi keperluan bagi memudahkan pergerakkan.[1] Bagi penggunaan kereta, wujudnya sebuah kesan yang berterusan dimana kesesakan trafik menghasilkan 'permintaan' bagi jalan raya yang lebih besar dan banyak serta penghapusan objek yang menghalang aliran trafik yang lancar. Sebagai contoh, pejalan kaki, lintasan pejalan kaki, lampu isyarat, penunggang basikal, dan pelbagai bentuk pengangkutan awam seperti trem.

Tindakan ini mengakibatkan penggunaan kereta lebih mudah dan cepat, namun kaedah pengangkutan lain terkesan dengan negatif, oleh itu volum lalu lintas yang lebih tinggi tercetus.

Tambahan pula, rekabentuk urban bandar beradaptasi kepada keperluan kereta dari segi pergerakkan dan ruang. Contohnya, bangunan digantikan oleh tempat letak kereta. Jalan beli-belah terbuka digantikan oleh pusat beli-belah tertutup. Pusat bandar dengan pelbagai fungsi pusat komersial, peruncitan, dan hiburan digantikan oleh pasaraya besar, kompleks hiburan gergasi yang masing-masing dikelilingi tempat letak kereta yang meluas.

Persekitaran seperti ini memaksa orang ramai untuk menggunakan kereta untuk mengakses kawasan seperti ini, lalu mencetuskan lebih banyak trafik keatas ruang jalan raya. Kesannya ialah kesesakan trafik dan kitaran tersebut akan berulang, dimana jalan raya diluaskan dan memakan lebih banyak ruang yang boleh digunakan bagi kawasan perumahan, kilang serta pelbagai lagi kegunaan yang berguna dari segi ekonomi dan sosial. Penangkutan awam juga menjadi lebih sukar digunakan dan menjadi stereotaip bagi kemiskinan serta warga asing, lalu menjadi kaedah pengangkutan minoriti. Akhirnya, kebebasan serta pilihan penduduk untuk menikmati kehidupan tanpa mengguna kereta berkurangan. Bandar seperti itu dikatakan sebagai bergantung kepada kereta.

Kebergantungan kereta dilihat sebagai isu bagi kelestarian alam sekitar kerana penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui dengan tidak efisen serta pembebasan gas rumah hijau yang bertanggungjawab keada pemanasan global. Selain itu, kebergantungan kereta juga merupakan isu kelangsungn sosial dan budaya. Umpama komuniti berpagar, kereta persendirian menghasilkan pengasingan fizikal antara manusia dan mengurangkan interaksi sosial antara manusia yang merupakan aspek signifikan bagi membina jaringan sosial dalam kawasan bandar.

Rujukan sunting

  1. ^ Turcotte, Martin (2008). "Dependence on cars in urban neighborhoods". Canadian Social Trends.

Lihat juga sunting