Basikal (Jawi: باسيكل) atau kereta angin (Jawi: كريتا اڠين, lihat pelbagai istilah yang digunakan di bawah) ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 [1] di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.

Basikal utiliti Belanda yang menonjolkan brek hab dalaman di belakang, sarung rantai dan madgad, lampu berkuasa dinamo serta pemegang
Basikal gunung moden ini mempunyai tayar yang besar, rangka tegap, penyerap hentakan depan dan pemegangyang berserenjang dengan paksi basikal

Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885 [2], walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk berbantu komputer.

Kendaraan ini telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada awalnya, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.

Peristilahan

sunting

Perkataan basikal digunakan secara rasmi di Malaysia,[3] Singapura dan Brunei (maka sebagai tajuk rasmi laman) dan merupakan kata pinjaman daripada perkataan bahasa Inggeris: bicycle; ia pernah juga diungkapkan sebagai kereta baisikal.[4] Kata-kata lain yang turut digandingkan sebagai "kereta" untuk maksud ini termasuk kereta angin digunakan di kawasan-kawasan Bangka, Belitung dan Sumatera Barat di Indonesia, kereta lereng dan kereta roda.[5]

Bahasa baku Indonesia menggunakan perkataan sepeda ([sĕ.pé.da], Jawi: سڤيدا) secara rasmi[6] dipinjam daripada Perancis: vélocipède melalui bahasa Belanda.[7] Dialek-dialek dituturkan di kawasan utara dan pantai timur Semenanjung Melayu menggunakan kata gerek ([gé.rék], Jawi: ݢيريق).

Kegunaan

sunting

Aspek basikal yang luar biasa ialah penerimagunaan yang meluas dalam banyak bidang kegiatan manusia yang berlainan, antaranya:

Selain daripada tujuan rekreasi dan pengangkutan, basikal telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuk dalam bidang ketenteraan, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan kesukaann. Situasi cemas penunggang basikal aapbila tersempak dengan kereta seringkali disentuh para pengguna kenderaan ini dan menjadi tumpuan kepada perancangan jalan raya yang lebih berfungsi baik dan adil di serata dunia.

Jenis-jenis

sunting

Terdapat pelbagai jenis dan rek bentuk basikal yang biasanya dikelompokkan berdasarkan fungsi dan ukuran spesifikasinya.

  • Basikal onthel atau sepeda angkut, adalah sepeda tipe roadster berdesain klasik yang dibuat dari besi kuat dan telah digunakan sejak puluhan tahun
  • Basikal gunung, digunakan untuk lintasan off-road dengan rangka yang kuat, imbangan sertan kombinasi kelajuan sampai 27.
  • Basikal jalan raya, digunakan untuk kegiatan balapan jalan raya, rangka keseluruhan yang ringan, tayar halus untuk mengurangi geseran dengan jalan, kombinasi kelajuan sehingga 27
  • Basikal BMX, merupakan kependekan dari bicycle moto-cross, banyak digunakan untuk pertunjukan aksi lagak
  • Basikalkota (citybike) - biasa dipakai di perkotaan berjalan baik. Basikal jenis ini sangat menekankan aspek fungsi, dan ia basanya mempunyai sebuah tempat duduk belakang dan bakul.
  • Basikal mini - biasanya digunakan anak-anak, baik yang beroda dua mahupun tiga
  • Basikal lipat - rangkanya mudah dilipat sehingga bisa dibawa ke mana-mana dengan cepat
  • Basikal balapan, digunakan untuk kegiatan dalam balapan khusus.
  • Basikal hibrid - perpaduan daripada basikal gunung dan basikal jalan raya, digunakan untuk jalan raya dan begitu di jalan bertanah, berkelikir.[8] Namun, ketika basikal hibrid digunakan pada jalan batu yang besar kerana rim dan tiub dalam pada basikal hibrid akan hancur; dan kecepatan basikal hibrid harus diperlahan kerana rim dan tiub dalam juga yang harus hancur pula (ketika pusing ke kiri atau kanan).[9] Basikal hibrid hanya memiliki hendal rata.[10] Saiz tayar basikal hibrid hanya 28 hingga 38 milimeter.[10]
  • Basikal batu kelikir - perpaduan antara basikal gunung, basikal jalan raya dan basikal pelancongan, digunakan untuk jalan bertanah, jalan raya, dan berkelikir.[11] Hendal hanya bersifat dropbar macam hampir serupa dengan tanduk domba.[10] Saiz tayar basikal kelikir hanya 38 hingga 42 milimeter.[10]
  • Basikal bermotor - pergerakannya dijana mesin menggunakan bahan bakar berjenis petrol sebagai sumber kuasa utamanya.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ DidYouKnow.cd. There are about a billion bicycles in the world. Dicapai 30 Julai 2006.
  2. ^ Herlihy, David V. (2004). Bicycle: the history. Yale University Press. m/s. 200–250. ISBN 0-300-10418-9.
  3. ^ "basikal". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "baisikal". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 56 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kĕreta". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 572 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  6. ^ Lihat:
    • "sepeda". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "sepeda". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  7. ^ van der Sijs, Nicoline (2010). "vélocipède". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
  8. ^ "SEMUA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG SEPEDA HYBRID". Rodalink (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 Ogos 2024.
  9. ^ Galih Aji, Yulius (10 Januari 2023). "Sepeda Hybrid Sedikit Peminatnya, Kok Bisa Ya?" (dalam bahasa Jawa dan Indonesia). Dicapai pada 26 Januari 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ a b c d Malc and Ray (1 Julai 2022). "Apa Perbedaan Antara Sepeda Gravel dan Sepeda Hybrid?? (344)". YouTube (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 Januari 2024.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  11. ^ "4 Panduan Mempersiapkan Sepeda Gravel untuk Touring". Polygonbikes (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 26 Ogos 2024.

Pautan luar

sunting