Buka menu utama

Keberkonduktan haba, daya pengaliran haba, kekonduksian haba, atau keberaliran haba/terma (sering dilambangkan k, λ, atau κ) adalah sifat bahan untuk mengalirkan haba. Ia dinilai terutamanya dari segi Hukum Fourier untuk pengaliran haba. Secara umum, kekonduksian terma adalah sifat tensor, menyatakan anisotropi sifat itu.

Pemindahan haba berlaku pada kadar yang lebih rendah dalam bahan-bahan keberkonduktan haba yang rendah daripada bahan-bahan keberkonduktan haba yang tinggi. Secara bersamaan, bahan keberkonduktan haba yang tinggi digunakan secara meluas dalam aplikasi sinki haba dan bahan keberkonduktan haba yang rendah digunakan sebagai penebat haba. Keberkonduktan haba sesuatu bahan mungkin bergantung kepada suhu. Daya tahan keberkonduktan haba disebut kerintangan haba.

Isi kandungan

Unit keberkonduktan habaSunting

Dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI), keberkonduktan haba diukur dalam watts per meter kelvin (W/(mK)). Dimensi keberkonduktan haba adalah M1L1T−3Θ−1, dinyatakan dalam dimensi jisim (M), panjang (L), masa (T), dan suhu (Θ). Dalam unit Imperial, keberkonduktan haba diukur dalam BTU/(hrft°F).[note 1][1]

Unit lain yang berkait rapat dengan keberkonduktan haba digunakan dalam industri pembinaan dan tekstil. Industri pembinaan menggunakan unit seperti nilai R (rintangan) dan nilai U (transmisi). Walaupun berkaitan dengan keberkonduktan haba bahan yang digunakan dalam produk penebat, nilai R dan U bergantung kepada ketebalan produk.

Begitu juga industri tekstil mempunyai beberapa unit termasuk tog dan clo yang menyatakan rintangan haba bahan dengan cara yang sama dengan nilai R yang digunakan dalam industri pembinaan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Catatan
  1. ^ 1 Btu/(hr⋅ft⋅°F) = 1.730735 W/(m⋅K)
Rujukan
  1. ^ Perry, R. H.; Green, D. W., para penyunting (1997). Perry's Chemical Engineers' Handbook (edisi 7th). McGraw-Hill. Table 1–4. ISBN 978-0-07-049841-9. 

Bacaan lanjutSunting

  • Callister, William (2003). "Appendix B". Materials Science and Engineering - An Introduction. John Wiley & Sons. m/s. 757. ISBN 0-471-22471-5. 
  • Halliday, David; Resnick, Robert; & Walker, Jearl(1997). Fundamentals of Physics (5th ed.). John Wiley and Sons, New York ISBN 0-471-10558-9.
  • Srivastava G. P (1990), The Physics of Phonons. Adam Hilger, IOP Publishing Ltd, Bristol.
  • TM 5-852-6 AFR 88-19, Volume 6 (Army Corp of Engineers publication)
  • Reid, C. R., Prausnitz, J. M., Poling B. E., Properties of gases and liquids, IV edition, Mc Graw-Hill, 1987
  • R. Joven, R. Das, A. Ahmed, P. Roozbehjavan, B. Minaie, "Thermal properties of carbon fiber/epoxy composites with different fabric weaves", in: SAMPE International Symposium Proceedings, Charleston, SC; 2012

Pautan luarSunting