Kebolehtelapan (keelektromagnetan)
Dalam keelektromagnetan, kebolehtelapan atau ketertelapan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk menyokong pembentukan medan magnet padanya. Simbolnya ialah huruf Yunani μ. Unit SI untuk kebolehtelapan ialah henry semeter (H.m-1), atau newton seampere kuasa dua (N.A-2).