Keiji Inafune (Jepun: 稲船 敬二, Hepburn: Inafune Keiji, lahir 8 Mei 1965) ialah seorang pembuat dan pengarah permainan video Jepun, penyelia animasi dan usahawan. Pada tahun 2009, namanya masuk dalam peringkat IGN sebagai salah satu daripada senarai 100 pencipta permainan video paling berpengaruh sepanjang zaman.

Keiji Inafune
稲船 敬二
Inafune dalam acara Japan Expo 2012
Kelahiran (1965-05-08) 8 Mei 1965 (umur 58)
Pusat pendidikanKolej Reka Osaka
Pekerjaan
  • Pembuat dan pengarah permainan video
  • Pereka watak
Tahun aktif1987–sehingga kini
MajikanCapcom (1987–2010)
Level-5 Comcept (2010–sehingga kini)
Karya
Mega Man
Onimusha
Dead Rising

Keiji memulakan kerjayanya dengan bekerja sebagai pekerja untuk Capcom pada akhir dekad 1980-an. Tugasnya di syarikat itu ialah mereka watak dalam permainan video. Dua siri pertama yang dia kerjakan ialah Street Fighter dan Mega Man yang terbit pada tahun 1987. Keiji ditunjuk sebagai seorang artis reka bagi siri Mega Man semasa kejayaan platform NES dan Super NES.[1] Untuk tajuk Mega Man X, dia mencipta watak Zero.[2]

Inafune mendapat kelayakan pangkat menjadi penerbit pada tahun 1996 dan tajuk pertama dalam pengawasannya ialah Mega Man 8. Selain menjadi penerbit untuk Mega Man X4, tiga permainan Mega Man Legends, siri Mega Man Zero, Mega Man Battle Network dan siri Mega Man Star Force,? Mega Man ZX dan Advent, Inafune ialah penerbit kepada Lost Planet, Dead Rising dan tiga tajuk Onimusha. Pada tahun 2006, beliau mendapat kelayakan pangkat sebagai Pegawai Kanan Korporat Penyelidikan & Pembangunan. Pada tahun 2010, beliau rasmi menjadi Ketua Pengeluaran Global di Capcom.[3]

Dia meninggalkan Capcom pada akhir 2010 dan mengasaskan sendiri syarikatnya permainan video yang bernama Comcept dan Intercept. Beliau juga menjadi Pengarah Wakil untuk DiNG, sebuah studio permainan mudah alih.[4] Syarikat Intercept bekerja membina permainan Kaio: King of Pirates yang diisytiharkannya pada 2011 tetapi batal terbit pada tahun 2015. Semasa di Comcept, Inafune menerbitkan beberapa tajuk permainan seperti Mighty No. 9 dan Soul Sacrifice. Tajuk termahal Comcept yaitu Red Ash: The Indelible Legend batal untuk terbit.[5] Pada 2017, Comcept yang hampir muflis dibeli oleh perusahaan lain dan menjadi anak syarikat Level-5dengan Level-5 Comcept.

Rujukan sunting

  1. ^ Mega Man: Official Complete Works. Udon Entertainment Corp. 23 December 2009. m/s. 6.
  2. ^ Hirohiko Niizumi (23 September 2007). "TGS '07: Mega Man celebrates 20th anniversary". GameSpot. CBS Interactive Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-16. Dicapai pada 1 February 2011.
  3. ^ "Inafune to oversee Capcom's global R&D". Eurogamer.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 2018-07-15.
  4. ^ "株式会社DiNG(ディング)". 2014-05-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-16. Dicapai pada 2018-07-15.
  5. ^ "Bitsummit". bitsummit.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2017-06-21.