Kekuatan kata laluan

Kekuatan kata laluan ialah satu pengukuran terhadap keberkesanan sesuatu kata laluan sebagai sebuah watikah pengesahan. Kekuatan sesuatu kata laluan berkaitan dengan kepanjangan, kerumitan, dan kerawakan.[1]

Walaupun kata laluan memainkan peranan yang penting dalam keselamatan komputer, kata laluan perlu munasabah dan berfungsi kepada pengguna. Kata laluan yang terlalu kuat hampir tentu sekali akan ditulis pada kertas, yang dianggap sebahagian sebagai risiko keselamatan.[2] Sebagai perbandingan, sesetengah yang lain pula mengemukakan alasan memaksa pengguna mengingati kata laluan menyebabkan perlunya kata laluan lemah, dan oleh itu merupakan risiko yang lebih tinggi. Lagipun, kebanyakan orang mampu menjaga keselamatan dompet atau beg duit mereka, yang merupakan tempat bagus untuk menyimpan kata laluan yang ditulis. [3]

Menggunakan kata laluan yang kuat akan mengurangkan risiko pemecahan keselamatan, namun kata laluan yang kuat tidak menggantikan keperluan kawalan keselamatan lain yang berkesan. Terdapat risiko pemecahan keselamatan komputer yang tidak berkait dengan kekuatan kata laluan. Ini termasuklah kerentanan perisian, phishing, pengelogan ketukan kekunci, kejuruteraan sosial, menyelongkar tong sampah, dll.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Cyber Security Tip ST04-002" (HTML). Choosing and Protecting Passwords. US CERT. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  2. ^ "Passwords are Near the Breaking Point" (PDF). Gartner. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-04-27. Dicapai pada 2008-05-13. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |Author= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Bruce Schneier. "Schneier on Security" (HTML). Write Down Your Password. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.