Dalam model hubungan pangkalan data, kekunci primer atau kunci primer sahaja, ialah pilihan spefisik dalam atirbut atau satu set minimum atribut (iaitu lajur) yang menentukan sesebuah baris dalam sesebuah jadual.[1][2] Ia merupakan sebahagian daripada kekunci (atau kekunci calon) yang asas dalam pembinaan pangkalan data berhubungan.[3] Kekunci primer sangat diperlukan dalam pembinaan jadual dalam sesebuah pangkalan data.[2] Istilah ini dikenali sebagai primary key dalam bahasa Inggeris.[4] Ciri-ciri kekunci primer ialah nilai atribut yang dipilih untuk entiti ialah unik dan tidak boleh mengandungi data yang berulang atau kosong.[3]

Takrifan SQL sunting

Kekunci utama ditakrifkan dalam Piawaian ISO Bahasa Pertanyaan Berstruktur (Structured Query Language; SQL), melalui kekangan "PRIMARY KEY". Sintaks untuk menambah kekangan "PRIMARY KEY" dalam jadual sedia ada ditakrifkan dalam SQL:2003 seperti berikut:

ALTER TABLE <table identifier> 
    ADD [ CONSTRAINT <constraint identifier> ] 
    PRIMARY KEY ( <column name> [ {, <column name> }... ] )

Rujukan sunting

  1. ^ "Add or change a table's primary key in Access". Microsoft. Dicapai pada January 20, 2020. A primary key is a field or set of fields with values that are unique throughout a table.
  2. ^ a b Alison Balter (2006). Sams Teach Yourself SQL Server 2005 Express in 24 Hours (dalam bahasa Inggeris). Pearson Education. m/s. 65. ISBN 9780132715553. Dicapai pada 17 November 2023.
  3. ^ a b Donna Burbank; Steve Hoberman (2011). Data Modeling Made Simple with CA ERwin Data Modeler r8 (dalam bahasa Inggeris). Technics Publications. m/s. 120. ISBN 9781634620697. Dicapai pada 17 November 2023.CS1 maint: date and year (link)
  4. ^ "primary key". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023.