Kelemumur

masalah kulit kepala yang mengakibatkan kegatalan dan kulit mengelupas

Kelemumur (Jawi: کلمومور) ialah suatu penyakit kulit yang menjejaskan kulit kepala.[1] Simptom-simptomnya termasuk flaking kulit dan rasa kegatalan yang sederhana.[1] Ia boleh menyebabkan masalah sosial atau keyakinan diri.[2][1]

Chemistruu
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
wirdani
Imej mikroskopik kepingan wirdani
PengkhususanDermatologi
GejalaKulit kepala gatal dan berhabuk[1]
Permulaan biasa
Akil baligh[1]
PuncaFaktor genetik dan persekitaran[1]
Berdasarkan gejala yang ada[1]
Psoriasis, dermatitis atopik, tinea kapitis, rosasea, eritematosus lupus sistemik[1]
Rawatan perubatan
Krim antifungal (ketokonazol)[1]
Kekerapan~50% orang dewasa[1]
Kematian70 Ribu (anggaran)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Puncanya tidak dapat dikenal pasti dengan jelas namun ia dipercayai melibatkan beberapa faktor genetik dan persekitaran.[1] Penyakit ini boleh bertambah rumit pada musim sejuk[3] apabila udara persekitaran menjadi lebih kering dan dingin. Ia tidaklan disebabkan kebersihan yang kurang.[4] Mekanismenya turut melibatkan pertumbuhan lebih sel kulit.[3] Diagnosisnya berdasarkan gejala yang boleh dilihat.[1]

Penyakit ini tiada penawar yang dikenal pasti.[5] Ia biasanya dirawat dengan pemakaian krim antikulat seperti ketokonazol.[1] Penyakit ini biasanya muncul ketika akil baligh dan berlanjutan sehingga mencecah usia 50 tahun, di mana kadar berlakunya keadaan ini akan berkurangan selepas umur tersebut.[1] Kelemumur menjejaskan sebanyak separuh daripada orang dewasa; dan golongan lelaki lebih terjejas dari penyakit ini berbanding golongan wanita.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o Borda, Luis (2015). "Seborrheic Dermatitis and Dandruff: A Comprehensive Review". Journal of Clinical and Investigative Dermatology. 3 (2). doi:10.13188/2373-1044.1000019.
  2. ^ "A Practical Guide to Scalp Disorders". Journal of Investigative Dermatology Symposium Proceedings. 12: 10–14. Disember 2007. doi:10.1038/sj.jidsymp.5650048. PMID 18004290.
  3. ^ a b Ranganathan, S; Mukhopadhyay, T (2010). "Dandruff: the most commercially exploited skin disease". Indian journal of dermatology. 55 (2): 130–4. doi:10.4103/0019-5154.62734. PMC 2887514. PMID 20606879.
  4. ^ "Dandruff: How to treat". American Academy of Dermatology. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2017. Dicapai pada 20 Oktober 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Turkington, Carol; Dover, Jeffrey S. (2007). The Encyclopedia of Skin and Skin Disorders (ed. ke-3). Facts On File, Inc. m/s. 100. ISBN 0-8160-6403-2. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting