Kemal Reis

Kemal Reis (c. 1451 – 1511) adalah seorang privatir dan laksamana Uthmaniyyah. Beliau merupakan bapa saudara kepada laksamana dan ahli kartografi Uthmaniyah yang terkenal, Piri Reis yang menemani beliau dalam kebanyakan ekspedisi laut yang penting.

"Göke" (1495) adalah kapal induk bagi Kemal Reis

Latar belakang dan karier awalSunting

Kemal Reis dilahirkan di Gallipoli di pantai Aegea, empayar Uthmaniyyah sekitar tahun 1451.[1] Nama penuh beliau adalah Ahmed Kemaleddin dan bapa beliau adalah seorang Turki bernama Ali yang berasal daripada kota Karaman di tengah Anatolia.[1] Beliau dikenali di Eropah terutamanya di Itali dan Sepanyol, dengan nama seperti Camali dan Camalicchio.[1]

Misi laut ke SepanyolSunting

 
Peta Granada oleh ahli kartografi Uthmaniyyah Piri Reis, anak saudara kepada Kemal Reis, kurun ke-15.

Kemal Reis memulakan karier beliau sebagai seorang komander armada tentera laut yang dimiliki oleh Sanjak Bey (Gabenor Wilayah) di Eğriboz (kini dikenali sebagai Euboea) yang terletak di bawah kawalan Uthmaniyah. Pada tahun 1487, sultan Uthmaniyah Sultan Bayezid II melantik Kemal Reis untuk mempertahankan tanah Emir Abu Abdullah, pemerintah Granada, yang mana menjadi kubu terakhir Muslim di Sepanyol. Kemal Reis berlayar ke Sepanyol dan mendaratkan sebuah pasukan ekspedisi tentera Uthmaniyah ke Málaga, menawan kota dan kampung-kampung sekitarnya serta menawan ramai tawanan. Dari sini, beliau kemudian belayar ke Kepulauan Balearic dan Corsica, di mana beliau menyerbu penempatan di pantai, sebelum mendaratkan tentera beliau berdekatan Pisa di Itali. Daripada Pisa, beliau sekali lagi pergi ke Andalucia dan beberapa kali antara tahun 1490 dan 1492 memindahkan penduduk Muslim dan Yahudi yang ingin melarikan diri daripada Sepanyol ke wilayah-wilayah Uthmaniyah. Orang Muslim dan Yahudi Sepanyol banyak menyumbang kepada kebangkitan kuasa empayar Uthmaniyah dengan memperkenalkan idea-idea, kaedah dan kemahiran baharu. Kemal Reis meneruskan pendaratan tentera beliau di Andalucia dan cuba untuk menyekat kemaraan Sepanyol dengan mengebom pelabuhan-pelabuhan di Elche, Almeria dan Málaga.

Lihat jugaSunting

Rujukan dan sumberSunting

  1. ^ a b c Bono, Salvatore: Corsari nel Mediterraneo (Corsairs in the Mediterranean), Oscar Storia Mondadori. Perugia, 1993.

Templat:Pirates