Kembar monoamnion merupakan kembar seiras yang berkongsi pundi amniotik dalam uterus ibu mereka.[1] Kembar monoamnion adalah sentiasa sama, sentiasa bersifat monokorionik dan biasanya digelar sebagai kembar monoamnion-monokorionik ("Momo").[1] Mereka juga berkongsi plasenta, tetapi mempunyai dua tali pusat bayi yang berasingan. Kembar monoamnion berkembang apabila embrio tidak berpecah sehingga selepas pembentukan pundi amnion,[1] lebih kurang 9-13 hari selepas persenyawaan.[2] Kembar tiga monoamnion atau kembar gandaan monoamnion[3] mungkin berlaku, tetapi sangat jarang.[1] Lain-lain kemungkinan kabur termasuk pelbagai set di mana kembar monoamnion adalah sebahagian daripada kehamilan yang lebih besar seperti kembar tiga, kembar empat, atau lebih.

Kejadian sunting

Kembar monoamnion jarang berlaku, dengan kebarangkalian bermula 1 dalam 35,000 sehingga 1 dalam 60,000 kehamilan,[1] yang bersamaan dengan kira-kira 1% daripada kehamilan kembar.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Pregnancy-Info -- > Monoamniotic Twins Retrieved on July 9, 2009
  2. ^ Shulman, Lee S.; Vugt, John M. G. van (2006). Prenatal medicine. Washington, DC: Taylor & Francis. m/s. Page 447. ISBN 0-8247-2844-0.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ a b MoMo Twins; Monochorionic Monoamniotic Twins By Pamela Prindle Fierro, About.com. Retrieved on July 9, 2009

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.