Kementerian Persekutuan bagi Ekonomi dan Buruh (Jerman)
Kementerian Ekonomi dan Buruh Persekutuan (Jerman: Bundesministerium für Wirtschaft und Arbeit) adalah Kementerian Kerajaan Persekutuan Jerman antara tahun 2002 dan 2005. Ia telah diwujudkan melalui penggabungan Kementerian Ekonomi dan Teknologi Persekutuan dan satu bahagian daripada Kementerian Buruh dan Hal Ehwal Sosial Persekutuan - bahagian lain digabungkan dengan Kementerian Kesihatan Persekutuan lama, waktu itu Kementerian Kesihatan dan Keselamatan Sosial. Transformasi ini bertujuan untuk menyatukan bidang-dasar ekonomi dan pasaran buruh, di mana pemerintahan penggal kedua Canselor Gerhard Schröder mahu memberi tumpuan, kepada satu pihak. Disebabkan Kementerian baru sangat besar dan penting, ia sering dirujuk sebagai super-ministry (Superministerium) dan menterinya sebagai super-minister (Superminister). Penciptaan Kementerian baru dilihat secara meluas sebagai gagal, pada dasarnya kerana prestasi buruk satu-satunya penyandang jawatan Wolfgang Clement. Dibawah kerajaan campuran yang dipimpin oleh Angela Merkel, rombakan portfolio ini telah diterbalikkan, dan Kementerian Persekutuan lama bagi Ekonomi dan Teknologi, Buruh dan Hal Ehwal Sosial dan Kesihatan telah diwujudkan sekali lagi.
Menteri
suntingParti Politik: SPD
Nama |
Potret | Parti | Tempoh Jawatan | Canselor (Kabinet) | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Wolfgang Clement (lahir 1940) |
SPD | 22 Oktober 2002 | 22 November 2005 | Schröder (II) |