Kemerdekaan Catalonia

Pergerakan kemerdekaan Catalonia (Catalan: independentisme catalàBahasa Sepanyol: independentismo catalán atau secesionismo catalán) adalah pergerakan awam dan politik yang berasal daripada fahaman nasionalisme Catalonia yang bertujuan menuntut kemerdekaan negeri ini daripada kerajaan Sepanyol.

Penyokong kemerdekaan Catalonia dalam sebuah tunjuk perasaan pada tahun 2010
"L'Estelada Blava" (Bendera Berbintang Biru), antara bendera yang mewakili pergerakan menyokong kemerdekaan ini.

Perang Warisan Sepanyol pada tahun 1714 menamatkan autonomi Catalonia dengan kuasa memerintah diserahkan kepada kerajaan Sepanyol di bawah Perintah Nueva Planta. Dari tahun 1932, Generalitat Catalonia dihidupkan semula dan mencapai kuasa autonomi lebih besar, namun kemenangan golongan Nasionalis di Perang Saudara Sepanyol yang diketuai Jeneral Francisco Franco pada tahun 1938 mengurangkan kuasa memerintah sendiri Catalonia sekali lagi secara ketara. Kematian Franco pada tahun 1975 membawa kepada pemulihan demokrasi di Sepanyol serta penggubalan Statut Autonomi Catalonia 1979. Parti-parti politik Catalonia pada ketika itu lebih tertumpu kepada penuntutan kuasa autonomi yang lebih meluas berbanding dengan kemerdekaan.

Statut Autonomi 2006 menggantikan undang-undang yang digubal pada 1979, tapi sebahagian daripada undang-undang ini telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Keadilan Sepanyol sebagai melanggar perlembagaan negara tersebut pada tahun 2010. Pada bulan November 2015, presiden Catalonia iaitu Carles Puigdemont mengumumkan sebuah pungutan suara terhadap kemerdekaan yang bakal diadakan pada 1 Oktober 2017. Kerajaan Sepanyol menentang sebarang tindakan yang membawa kepada tujuan kemerdekaan ini dan telah mengisytiharkan pungutan suara tersebut "menyalahi undang-undang", namun demikian referendum tersebut tetap dijalankan pada tarikh tersebut. Sebanyak 90% undi yang dibuang menyokong kemerdekaan wilayah ini dengan kehadiran pengundi sebanyak 43% - parti-parti politik tempatan yang menentang kemerdekaan menggesa agar khalayak ramai tidak turut serta dalam referendum ini.

Berdasarkan keputusan pungutan suara ini, Parlimen Catalonia meluluskan sebuah usul menyatakan penubuhan sebuah Republik merdeka secara unilateralnya pada 27 Oktober 2017. Undian yang dibuang bagi meluluskan usul ini dikira tidak sah oleh para peguam yang berkhidmat dalam Parlimen ini atas sebab melanggar keputusan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.[1][2][3]

Sejarah sunting

Permulaan sunting

Kerajaan Catalonia (Catalan: Principat de Catalunya) merupakan wilayah milik Aragon sewaktu Kerajaan-kerajaan Aragon dan Kerajaan Castile disatukan pada akhir abad ke-15, yang kemudiannya menjadi Kerajaan Sepanyol. Pada mulanya, pelbagai wilayah Aragon, termasuk Catalonia masih mengekalkan undang-undang dan adat (fuero) serta institusi politik mereka sendiri.[4] Penduduk Catalonia memberontak terhadap Kerajaan Sepanyol dalam Perang Penuai daripada tahun 1640 hingga 1652, yang berakhir dengan kekalahan.[5] Perang Warisan Sepanyol menandakan berakhirnya autonomi Catalonia; penyerahan Barcelona kepada tentera gabungan Perancis-Sepanyol pada akhir perang tersebut tanggal 11 September 1714, diikuti oleh kehilangan fuero serta pengenaan Perintah Nueva Planta iaitu undang-undang berpusat kerajaan Sepanyol. 11 September masih diperingati sebagai Hari Kebangsaan Catalonia.

Permulaan perpecahan dalam Catalonia dapat ditelusuri kembali ke pertengahan abad ke-19. Gerakan Renaixença (kebangkitan budaya) yang bertujuan untuk menghidupkan semula bahasa dan budaya orang Catalonia beransur-ansur membawa kepada kebangkitan nasionalisme Catalonia serta keinginan untuk menuntut kemerdekaan negeri tersebut.[6][7] Antara tahun 1850-an dan 1910-an, beberapa individu,[8] pertubuhan[9] dan parti politik[10] mula menuntut kemerdekaan penuh Catalonia daripada Sepanyol.

Sokongan sunting

Parti-parti politik yang berkempen menyokong kemerdekaan Catalonia secara terang-terangan kini diwakili dalam bahasa Parlimen adalah Republikan Kiri Catalonia (ERC), Parti Demokratik Catalonia (PDEC) dan Pencalonan Perpaduan Popular (CUP). Parti-parti ini menduduki 72 daripada 135 kerusi selepas pilihan raya di negeri tersebut pada tahun 2015 dan masing-masing mendapat 39.6% dan 8.2% undi popular.

Parti atau gabungan lebih kecil yang menyokong kemerdekaan tanpa perwakilan di mana-mana parlimen ialah: Perpaduan untuk Kemerdekaan Catalonia, Estat Català, Endavant, PSAN, Poble Lliure dan Reagrupament. Ada juga pertubuhan belia seperti Republikan Kiri Muda Catalonia, Arran, serta kesatuan-kesatuan pelajar SEPC dan FNEC.

Tentangan sunting

Kesemua parti politik peringkat kebangsaan Sepanyol menolak idea kemerdekaan Catalonia. Hanya Parti Podemos yang berani membuat referendum mengenai isu ini dalam negeri tersebut;[11] parti-parti lain seperti Ciutadans[12] dan Parti Rakyat Catalonia[13] yang masing-masing meraih 17.9% dan 8.5% undian pada pilihan raya parlimen Catalonia tahun 2015 secara konsistennya menentang tanggapan penentuan nasib sendiri Catalonia. Parti Sosialis (12.7% undian) turut menentang pergerakan ini. Sementara beberapa ahlinya yang menyokong idea referendum sendiri sehingga tahun 2012,[14] parti tersebut selewat 2015 meyatakan secara rasminya bahawa Perlembagaan Sepanyol harus diolah agar menampung kehendak-kehendak negeri Catalonia dengan lebih baik.[15] Kebanyakan pengundi parti Catalunya Sí que es Pot ("Ya Catalonia, Kita Boleh", 8.94% undian) yang berhaluan kiri menolak kemerdekaan namun ia juga mendokong referendum di mana Catalonia kekal dalam Sepanyol. Bekas rakan kongsi CDC iaitu Unió menentang terhadap kemerdekaan, seterusnya medapat keputusan teruk dalam setiap pilihan raya yang berikutan sehingga kumpulan tersebut akhirnya dibubarkan kerana muflis pada tahun 2016.

Rujukan sunting

  1. ^ "Un Parlament semivacío consuma en voto secreto la rebelión contra el Estado". El Mundo (dalam bahasa Sepanyol). 27 Oktober 2017. Dicapai pada 27 Oktober 2017.
  2. ^ "Los letrados del Parlament advierten de que la votación de la DUI es ilegal". 20 minutos (dalam bahasa Sepanyol). 27 Oktober 2017. Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  3. ^ "PPC, PSC y Ciudadanos abandonarán el Parlament si se vota la resolución de Junts pel Sí y la CUP". La Vanguardia (dalam bahasa Sepanyol). 27 Oktober 2017. Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  4. ^ Herr, Richard (1974). An Historical Essay on Modern Spain. University of California Press. m/s. 41. ISBN 9780520025349. Dicapai pada 11 Oktober 2016.
  5. ^ Guibernau, Montserrat (2004). Catalan Nationalism: Francoism, Transition and Democracy. Routledge. m/s. 30. ISBN 113435326X. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2016. Dicapai pada 11 Oktober 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  6. ^ Mar-Molinero, Clare; Smith, Angel (1996). Nationalism and the Nation in the Iberian Peninsula: Competing and Conflicting Identities. Bloomsbury Academic. m/s. 194. ISBN 1859731805. Dicapai pada 27 September 2016. ...which had started with a cultural renaissance (Renaixença) between 1833-1885...
  7. ^ Holguin, Sandy Eleanor (2002). Creating Spaniards: Culture and National Identity in Republican Spain. Univ of Wisconsin Press. ISBN 0299176347. Dicapai pada 27 September 2016. What began as a cultural renaissance in the 1840s, ended as a growing call for political autonomy and, eventually, independence
  8. ^ "Spanish Affairs: The Republicans of Spain (letter)". The New York Times. 7 September 1854. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 December 2014. Dicapai pada 2015-05-31. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ "Current Foreign Topics". The New York Times. 3 Ogos 1886. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2014. Dicapai pada 31 Mei 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  10. ^ "Spanish Province Talks Secession: Catalonia, Aroused Against Madrid, Is Agitating for Complete Independence". The New York Times. 18 Jun 1917. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2014. Dicapai pada 31 Mei 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  11. ^ "Podemos victory in Catalonia a blow for struggling separatists". 20 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2016. Dicapai pada 28 Mac 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  12. ^ "Ciudadanos - Partido de la Ciudadanía". Ciudadanos-cs.org. Dicapai pada 8 Oktober 2012.
  13. ^ "Partit Popular de Catalunya |". Ppcatalunya.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2012. Dicapai pada 29 September 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ "L'última batalla dels catalanistes del PSC - Crònica.cat - La informació imprescindible". Cronica.cat. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2012. Dicapai pada 29 September 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  15. ^ "El PSC renuncia en su programa electoral al derecho a decidir". El Mundo. 2 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2016. Dicapai pada 1 November 2015. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)