Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu; Bahasa Burma: မြိတ်ကျွန်းစု) adalah sebuah gugusan kepulauan yang terletak di selatan Myanmar (Burma). Ia terdiri lebih dari 800 buah pulau, yang berbeza-beza saiznya. Kesemua pulau-pulau ini terletak di Laut Andaman, di luar pantai barat Semenanjung Melayu berhampiran hujung utaranya dan bersambung dengan Indochina. Kadang kala pulau-pulau ini dikenali sebagai Kepulauan Pashu kerana penduduk Melayu dikenali sebagai Pashu. Sebuah kasino lima bintang dan kelab golf, Kelab Andaman kini beroperasi di Pulau Thahtay Kyun.

Peta Kepulauan Mergui

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: 12°00′N 98°00′E / 12.000°N 98.000°E / 12.000; 98.000