Dalam biologi dan ekologi, kepupusan bermaksud kematian suatu spesies atau kumpulan takson dari muka Bumi ini. Saat kepupusan biasanya dianggap sebagai kematian individu terakhir dalam kumpulan (walaupun keupayaan untuk membiak dan pulih mungkin telah tiada sebelumnya). Disebabkan taburan potensi spesies mungkin sangat besar, menentukan saat ini agak sukar, dan biasanya dilakukan secara retrospektif (melihat kembali). Kesukaran ini membawa fenomena seperti Lazarus taxa, di mana spesies yang dianggap telah pupus tiba-tiba "muncul kembali" (biasanya dalam rekod fosil) selepas satu tempoh kehilangan nyata.

Dodo, ditunjukkan di sini dalam ilustrasi 1651 oleh Jan Savery, sering dirujuk sebagai contoh kepupusan moden

Spesies tipikal (biasa) mengalami kepupusan dalam 10 juta tahun selepas kemunculan pertamanya,[1] walaupun beberapa spesies, dipanggil fosil hidup, hidup tanpa berubah selama beratus juta tahun. Kebanyakan kepupusan berlaku secara semula jadi, tanpa gangguan manusia: dianggarkan 99.9% daripada semua spesies yang telah wujud telah pupus.[1][2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Newman, Mark. "A Mathematical Model for Mass Extinction". Cornell University. May 20, 1994. Retrieved July 30, 2006.
  2. ^ Raup, David M. Extinction: Bad Genes or Bad Luck? W.W. Norton and Company. New York. 1991. pp. 3–6 ISBN 978-0-393-30927-0