Kereta kebal Flying Elephant

Kereta kebal Flying Elephant (“Gajah Terbang”) merupakan cadangan kereta kebal amat berat, dirancang tetapi tidak pernah di bina oleh British semasa Perang Dunia Pertama.

Flying Elephant
Model berskala 1/48 di Muzium Kereta kebal Bovington, U.K.
JenisKereta kebal super berat
Tempat asalUnited Kingdom
Spesifikasi
Beratca. 100 tons
Panjang8.36 m (27 ka 5 in)
Lebar3 m (9 ka 10 in)
Tinggi3 m (9 ka 10 in)

EnjinTwo enjin Daimler
2x 105 hp

Pembangunan

sunting

Selepas tempahan terakhir bagi lima puluh kereta kebal Mark I pada April 1916, ia tidak pasti jika sebarang kereta kebal lain akan dihasilkan. Semuanya bergantung kepada kejayaan senjata baru. William Tritton, rakan pereka dan rakan pengeluar bagi kereta kebal Mark I, merasakan dia sudahpun memahami apa yang terbukti kelemahan utamanya. Tembakan lansung peluru meriam akan memusnahkan kenderaan tersebut, kelemahan utama di medan pertempuran yang dipenuhi tembakan artileri. Tritton memutuskan untuk mereka sebuah kereta kebal yang kalis pada tembakan artileri serdahana pada April 1916.

Tritton tidak pasti apa yang akan terhasil. Dia tidak tahu berapa tebal perisai kenderaan diperlukan bagi memastikan perlendingun penuh. Pada masa yang sama Leftenan Kenneth Symes mula menguji kepingan perisai dua inci (51 mm) dengan menembaknya menggunakan pelbagai meriam Jerman yang ditawan. Pada bulan Jun, program ini dikembangkan dengan menguji beberapa jenis kepingan perisai di Shoeburyness, dihantar oleh pengeluar perisai William Beardmore and Company. Jawatan kuasa Bekalan Kereta kebal (“Tank Supply Committee”) meluluskan penghasilan prototaip pada 19 Jun 1916, tetapi reka bentuk tidak disiapkan sehingga akhir Ogos 1916.

Gambaran

sunting

Lakaran separa yang terselamat menunjukkan kenderaan sepanjang 8.36 meter dan sekitar tiga meter tinggi dan tiga meter lebar, tidak jauh lebih besar berbanding kereta kebal Mark I. Bagaimanapun, beratnya dianggarkan sekitar seratus tan, jauh lebih berat berbanding 28 tan bagi kereta kebal Mark I. Peningkatan yang banyak bagi berat disebabkan perisai yang amat tebal untuk masa itu (tiga inci di hadapan, dua inci pada sisi). Bahagian atas badan terdiri dari separuh silinder melintang, kelihatannya juga dengan ketebalan sekata dua inci. Bahagian hadapan adalah separuh selinder menegak, peralihan antara keduanya membentuk separa kubah.

Kebanyakan sumber mendakwa bahawa persenjataan utama, meriam dipasang di hadapan, meriam 57-milimeter 6-paun piwaian. Bagaimanapun, John Glanfield, dalam sejarahnya The Devil's Chariots, menyatakan bahawa ia adalah meriam 75-milimeter, atau 13-paun.[1] Meriam utama 6-paun bagi mesin seberat itu bererti separuh dari senjata utama kenderaan semasa dengannya. Reka bentuk awal (cetakan biru separa terdapat di arkib Albert Stern di Kolej King London) memiliki cirri dua meriam 6 paun dalam sponso setiap sisi bongol dahapan yang dilengkapi dengan tidak kurang dari lima mesingan. Setiap sisi memiliki dua kedudukan mesingan di sisi, dengan dua lagi di belakang (lakaran asal Foster menjadikannya amat jelas; penghasilan semula lakaran tersebut dalam buku David Fletcher' British Tanks 1915–19 dipotong dan menjadikan mesingan belakang kelihatan kabur).[2] Pada asalnya, kereta kebal tahan peluru meriam dirujuk hanya sebagai Kereta Kebal Berat, kemudian Kereta kebal Tempur Foster. Dari mana nama gelaran 'Flying Elephant' (‘Gajah Terbang’) muncul tiada siapapun yang tahu dengan tepat, sungguhpun ia kemungkinannya hasil meriam dan kubah di bahagian hadapan, dan badan yang besar digabung dengan sifat riang orang British tradisional.

Kereta kebal itu dipasang dengan dua pasang trek kartipilar. Trek luar menyerupai Mark I, tetapi lebih leper dan selebar 61 sentimeter, sementara sepasang trek tambahan lebih sempit dipasang pada bahagian bawah sekitar 6 inci lebih tinggi dari trek utama. Ia tidak bertujuan bagi kegunaan semasa pemanduan biasa tetapi akan dipasang bagi memberikan cengkaman lebih melalui permukaan kasar [3] dan akan membantu "terkandas", contoh. Kereta kebal lekat pada tanah tinggi antara dua trek luar. Keempat-empat trek boleh dipancu serentak oleh dua enjin Daimler Motor Company 105 kuasa kuda (78 kilowat), terletak di garis tengah, dengan trek dalaman disambung pada unit utama melalui kluch kunci (”dog clutches”). Setiap enjin memiliki kotak gear utama masing-masing, kedua-duanya memancu satu unit pembezaan (“differential”). Pembezaan ini memancu dua kotak gear kedua, satu bagi setiap trek utama. Ini berbeza dari penyelesaian yang dipilih bagi kereta kebal Whippet berikutnya, di mana setiap enjin memancu treknya sendiri.[1]

Adalah pasti bahawa pembinaan bermula pada satu ketika tetapi tidak menghasilkan prototaip yang lengkap. Albert Gerald Stern, ketua Jabatan Bekalan Kereta kebal, menulis bahawa Pejabat Perang memerintah projek tersebut ditamatkan pada akhir 1916, kerana ia menganggap pergerakan adalah lebih penting berbanding perlindungan.[2] Sejarahwan David Fletcher menjangkakan bahawa projek tersebut berhadapan dengan masalah kerana kenderaan tersebut amat tidak cukup kuasa; kelajuan maksima dijangka pada dua batu sejam, dan ia kelihatannya tidak mungkin melepaskan dirinya sekiranya ia tersangkut dalam lumpur.[2] Fakta nya adalah siri Mark I terbukti berjaya menyingkirkan satu dari motif Tritton bagi membina kereta kebal lebih berat.Bagaimanapun, John Glanfield menulis bahawa dalam usaha meringankan mesin tersebut dan membuatnya lebih pratikal, mengurangkan ketebalan perisai, mengurangakn berat keseluruhan kepada masih berat 50-60 tan. Rupanya masih kekal tidak berubah. Tambahan lagi peranan Flying Elephant ditukar dari peranan 'serang’ yang kabur kepada ‘pemusnah kereta kebal’ apabila ia dibimbangi bahawa pihak Jerman sedang membangunkan kenderaan berperisai mereka sendiri. Kelihatannya, Stern bercadang untuk membina dua puluh mesin tersebut, sebelum projek itu dibatalkan bagi sebab diberikan di atas.[1]

Petikan

sunting
  1. ^ a b c Glanfield, John: The Devil's Chariots: The Birth & Secret Battles of the First Tanks. The History Press, Stroud, UK, 2006.
  2. ^ a b c Fletcher, David: British Tanks 1915–19. The Crowood Press, Marlborough, UK, 2006.
  3. ^ Childs, David J. (1999). A Peripheral Weapon? The Production and Employment of British Tanks in the First World War. Greenwood Press. m/s. 79. ISBN 0-313-30832-2. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Rujukan

sunting
  • John Glanfield. The Devil's Chariots: The Birth & Secret Battles of the First Tanks (2006)
  • David Fletcher. The British Tanks 1915–19, The Crowood Press, Ramsbury 2001