Kereta kebal Zufiqar

Kereta kebal Zulfiqar telah dibangunkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam bagi memenuhi keperluan oleh Tentera Iran.

Kereta kebal Zufiqar / Zulfiqar, Zulfeqhar
JenisKereta kebal utama
Tempat asalIran
Sejarah perkhidmatan
Digunakan olehIran Repbulik Islam Iran
Sejarah pengeluaran
Direka1993
PengeluarKompleks Pengilangan Shahid Kolah Dooz
Dihasilkan1996–kini
Jumlah dibina100 Zulfiqar 1 in 2005[1]
AnekaZulfiqar 2, Zulfiqar 3
Spesifikasi (Zulfiqar 3)
Berat52 tonnes
Panjang9.20 m (30 ka 2 in)
Lebar3.6 m (11 ka 10 in)
Tinggi2.5 m (8 ka 2 in)
Krew3

Armorcomposite armour
Senjata
pertama
125 mm smoothbore tank gun
Senjata
kedua
12.7 mm and 7.62 mm machine guns
Enjin12-cyl. diesel
Zulfiqar 1: 780 hp (630 kW) Zulfiqar 3: AVDS-1790 1000 hp[2]
Kuasa/berat21.7 hp/ton (Zulfiqar 1),17.85 hp/ton (zulfiqar 3)
Transmisi6-gear SPAT 1200 transmisi automatik
Sistem ampaiantorsion-bar
Jarak
operasi
450 km (280 bt)
Kelajuan70 km/j (43 mph)

Kewujudan kereta kebal utama Zulfiqar pertama kali didedahkan pada tahun 1994 apabila ia diumumkan bahawa kenderaan tersebut telah dibangunkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam. Selepas ujian dengan tiga generasi kenderaan prototaip, pengeluaran kereta kebal utama Zulfiqar dikatakan telah bermula pada tahun 1999.

Tatarajah kereta kebal Zufiqar adalah konventional dengan ruang pemandu di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dan transmisi di belakang. Meriam 125mm dan sistem pemuat automatik berkait dipercayai sebagai diubah suai dari kereta kebal utama T-72 Russia yang turut dihasilkan di Iran. Pemuat automatik telah membolehkan krew kenderaan dikurangkan kepada tiga: komander, jurumeriam, dan pemandu.

Peralatan piwaian dikatakan sebagai termasuk sistem kawalan tembak berkomputer, pandang siang/malam, sistem NBC, dan sistem pengesan/pemadam api.

Variasi sunting

Tiada variasi kereta kebal utama Zulfiqar yang diketahui. Projek kereta kebal utama Iran yang lain termasuk kereta kebal T-72 Russia yang dibina/pasang secara tempatan dan kereta kenal T-54/T-55/Type 59 yang dipertingkatkan yang dikenali sebagai Type 72Z. Ia berciri pek kuasa baru, sistem kawalan tembakan berkomputer, sistem pandang siang/malam dan penggantian meriam kereta kebal berpilin 100mm dengan meriam kereta kebal berpilin piwaian NATO 105mm L7/M68. Satu lagi peningkatan kereta kebal T-54/T-55 MBT pula dikenali sebagai Safir-74. Ia bercirikan perisai reaktif letupan generasi terkini yang menawarkan perlindungan dari serangan tenaga kimia dan tenaga kinetik. Perisai reaktif letupan ini dipasang dapa kepingan glacis plate, muncung, hadapan dan sisi turet dan tabir dan menyerupai dengan perisai reaktif letupan Russia terkini.

Status sunting

Zulfiqar kini dalam pengeluaran dan mula berkhidmat dengan Iran.

Pengilang sunting

Organisasi Industri Pertahanan, Komplex Industri Shahid Dooz, Iran.

Galeri sunting

Nota sunting

  1. ^ Iranian Ground Forces Equipment globalsecurity.com
  2. ^ [1]

Rujukan sunting

  • TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.