Hukuman mati dengan elektrik, selalunya dilaksanakan dengan kerusi elektrik, adalah sejenis cara hukuman mati yang berasal dari Amerika Syarikat di mana penjenayah dibunuh dengan dengan badannya diikat pada sebuah kerusi kayu dan diberi kejutan elektrik melalui elektrod yang dipasang di badan. Cara hukuman ini hanya digunakan di Amerika Syarikat dan, untuk jangka masa bebebrap dekad,[1] ia turut digunakan di Filipina (penggunaan pertamanya adalah pada 1924 di bawah jajahan Amerika, berlanjutan sehingga 1976). Kerusi elektrik telah menjadi simbol untuk hukuman mati; penggunaannya tidak diterima negara lain.

Old Sparky, kerusi elektrik digunakan di penjara Sing Sing

Secara sejarah, apabila orang yang telah dihukum mati diletakan di kerusi, pelbagai kitaran (voltan dan tempoh berbeza) arus ulang-alik akan dilepaskan kepada badan pesalah, untuk memberikan kerosakan bahagian organ dalaman (termasuk otak). Kejutan arus elektrik yang pertama adalah untuk menyebabkan ketidaksedaran dan mematikan otak; yang kedua pula adalah untuk memberikan kerosakan kepada organ penting dalam tubuh. Kematian biasanya berlaku diakibatkan oleh rangsangan elektrik berlebihan dalam jantung.

Rujukan sunting

  1. ^ "Philippines: The Death Penalty: Criminality, Justice and Human Rights". Amnesty International. 30 September 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-21. Dicapai pada 2010-09-07.