Ketam cili[1] (Bahasa Inggeris: chilli crab, Cina ringkas: 辣椒蟹pinyin: làjiāoxiè) ialah sejenis hidangan yang terkenal di Singapura. Hidangan ini dibuat dengan menggoreng kilas ketam sepenuhnya dengan cengkerang ia sekali sebelum ia dimasak dalam suatu kuah campuran sos tomato, sos cili dan rempah ratus lain[2] serta ditambah telur sebagai bahan pemekat. Ketam lumpur (Scylla serrata) adalah jenis ketam yang paling biasa digunakan untuk hidangan ini, namun ketam jenis lain masih boleh digunakan juga dalam resipi tanpa perubahan pada rasa.[2]

Ketam cili
Chilli crab
Chilli crab-02.jpg
Sepinggan ketam cili siap dimasak
JenisMakanan laut
Tempat asalSingapura
KawasanSingapura
Masakan negara yang berkaitanmasakan Singapura
Dicipta olehCher Yam Tian
Bahan utamaKetam
VariasiKetam lada hitam
di Wikibuku [[:wikibooks:Special:Search/Cookbook: Ketam cili
Chilli crab|Buku Masakan: Ketam cili]]  Media berkenaan di Wikimedia Commons [[:c:Special:Search/Ketam cili
Chilli crab|Media: Ketam cili]]

Hidangan ini mempunyai rasa manis berlauk tersendiri yang serasi dengan isi ketam yang ranggup lembut.

MuasalSunting

Pada tahun 1956, Cher Yam Tian dan suaminya, Lim Choo Ngee mula menjual ketam goreng masak kuah cili dicampur dengan sos cili botol dan sos tomato dari sebuah kereta sorong; resipi ini menurut Cher dibuat secara spontan menggunakan bahan ramuan sedia ada pada ketika itu yang sebelum ini menggunakan cili giling segar.[3] Perniagaan yang berjaya menjual hidangan ini mendorong penubuhan sebuah restoran terkenal, Palm Beach Seafood di sepanjang Upper East Coast Road.[3]

RujukanSunting

  1. ^ nama lazim dipakai dalam media bahasa Melayu di Singapura - contohnya: Nur Dhuha Esoof (29 Julai 2018). "Pelbagai juadah pancing selera". Berita Harian. Gerai menjual makanan laut menawarkan pelbagai pilihan daripada udang goreng Nestum ke siakap kukus dan ketam cili...
  2. ^ a b "Chilli Crab". YourSingapore. Diarkib daripada yang asal pada 2013-05-14. Dicapai pada April 15, 2013.
  3. ^ a b "40 good years dishing up chilli crabs". The Straits Times. 23 June 1996. m/s. 5. Diarkib daripada yang asal pada 2013-09-25. Dicapai pada 2013-04-15.