Ketua Turus Pertahanan Sepanyol

Ketua Turus Pertahanan (Sepanyol: Jefe del Estado Mayor de la Defensa, JEMAD) ialah pegawai tentera tertinggi dalam Angkatan Tentera Sepanyol dan merupakan penasihat utama tentera kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Majlis Pertahanan Negara dan Majlis Keselamatan Negara. Ia adalah pihak berkuasa tentera keempat negara selepas Raja, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerana Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan Setiausaha Rendah Pertahanan tidak mempunyai kuasa ketenteraan.

Ketua
Turus Pertahanan
Jefe del Estado Mayor de la Defensa
Lambang Turus Pertahanan
Bendera Ketua Turus Pertahanan
Turus Pertahanan Sepanyol
Kementerian Pertahanan
JenisPegawai tentera tertinggi
GelaranThe Most Excellent
SingkatanJEMAD
Lapor kepadaPerdana Menteri
Menteri Pertahanan
Bidang kuasaSepanyol Sunting nilai ini di Wikidata
InstitusiDefence Staff (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
PusatVitruvio Street, Madrid
PenamaPerdana Menteri
Setelah dibincangkan dalam Jemaah Menteri
Dilantik olehRaja
Ditandatangan balas oleh Perdana Menteri
Surat cara pembentukanKriteria Asas Akta Pertahanan Negara dan Pertubuhan Ketenteraan 1984
PeloporPengerusi Lembaga Ketua Turus Bersama
Dibentuk11 Januari 1984
Pemegang pertamaLaksamana Jeneral Ángel Liberal Lucini
Gaji 122,000 per year
Tapak web(dalam bahasa Sepanyol) Website of the Defence Staff
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jawatan JEMAD mempunyai tiga peranan berbeza: peranan sokongan, membantu dan menasihati Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dalam hal ehwal ketenteraan dan menyokong Setiausaha Rendah Pertahanan dalam tugas-tugasnya ke atas anggota tentera; peranan strategik, menjadi pegawai yang bertanggungjawab mereka bentuk strategi ketenteraan, mengarah operasi ketenteraan dan tindakan untuk menjamin kebebasan ruang siber (dengan seliaan Menteri), menugaskan pasukan tentera untuk misi dan memberi arahan kepada Ketua-Ketua Turus lain untuk melantik komander baru; dan peranan persiapan, menyelaras Ketua-Ketua Turus dan memberi arahan kepada mereka untuk mempersiapkan pasukan tentera, mengawasi organisasi dalaman cabang-cabang yang berlainan, mewujudkan undang-undang dan peraturan bersama Angkatan Tentera, memastikan pematuhan dengan disiplin tentera, motivasi staf dan kesejahteraan mereka dan menubuhkan organisasi Angkatan Tentera (dengan penyelarasan bersama Ketua-Ketua Turus lain).[1]

Ketua Turus Pertahanan memanggil mesyuarat dan menyelaras gerak kerja Turus Pertahanan (EMAD), sebuah badan pemerintahan dan sokongan tambahan kepada Ketua Turus Pertahanan yang terdiri daripada Ketua Turus Pertahanan, Ketua Turus Pertahanan Bersama, Panglima Markas Operasi, Timbalan Panglima Markas Operasi, Pengarah Pusat Perisikan Angkatan Tentera, Panglima Markas Bersama Siber-Pertahanan, Pengarah Pusat Tertinggi bagi Pengajian Pertahanan Nasional, Laksamana Armada, Ketua Markas Tempur Tentera Udara dan Ketua Unit Kecemasan Tentera.[2]

Terdapat dimana keadaan Ketua-Ketua Turus Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara menasihati Ketua Turus Pertahanan, mereka tidak bergantung langsung kepada JEMAD tetapi kepada Menteri Pertahanan.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Royal Decree 521/2020, of May 19, which establishes the basic organization of the Armed Forces". BOE.es. Dicapai pada 21 May 2020.
  2. ^ "Ministry of Defence Order 166/2015, of January 21, by which the basic organization of the Armed Forces is developed". www.boe.es (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2018-09-30.

Templat:Chief of military by country