Ketupat Kandangan (Banjar: Katupat Kandangan) merupakan hidangan yang berasal dari kawasan Kandangan di Kalimantan Selatan.[1] Sama seperti ketupat pada amnya, bahan utama yang digunakan untuk membuat Ketupat Kandangan ialah beras. Namun, yang membezakannya dengan jenis ketupat lain ialah penambahan ikan haruan (Channa striatus) sebagai menu pelengkap.[1][2] Ikan haruan terlebih dahulu disalai dan kemudian dimasak bersama santan.[1] Akhir sekali, ikan dan kuahnya dituang ke atas ketupat.[2] Ketupat Kandangan menawarkan rasa yang gurih dan sedikit pedas. Hidangan kulinari ini boleh dinikmati untuk sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam. Ia juga selalunya dinikmati masyarakat Banjar semasa hari raya.[2]

Ketupat Kandangan
Ketupat Kandangan
JenisRice cake, opor, main course Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianHidangan utama
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauKandangan, Kalimantan Selatan
Suhu penghidanganHangat
Bahan utamaBeras, ikan haruan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Rana, Atiqa. "Unik dan Enak! Ini Ketupat Kandangan Khas Kalimantan Selatan". detikfood (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-05-27.
  2. ^ a b c Times, I. D. N.; Rahayu, Andriana. "Resep Ketupat Kandangan Khas Banjarmasin, Cocok Buat Hari Lebaran". IDN Times (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-02-12.