Khairul Hafiz bin Abdul Rahman

Khairul Hafiz bin Abdul Rahman merupakan salah seorang penulis di Malaysia yang berasal dari negeri Pahang, dan aktif menulis di Johor.

Khairul Hafiz turut menggunakan nama pena Serunai Faqir dan dilahirkan di Pekan, Pahang pada 10 Oktober 1972 sebelum mengikuti keluarganya berpindah ke Johor Bahru. Beliau kemudiannya menetap di Muar ketika usianya sembilan tahun.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, UKM, dan Diploma Pengurusan & Pentadbiran Awam (INTAN). Beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) pada 1998 hingga 2006 sebelum mengambil keputusan menulis sepenuh masa dan menjadi tenaga pengajar muzik tradisional.

Beliau aktif menulis sejak 1989 dan merupakan ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi). Beliau juga merupakan penulis tamu untuk majalah Senibeladiri sehingga kini dalam ruangan Gendang Silat.

Pencapaian sunting

Beliau pernah memenangi Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Exxon Mobil 2006, Hadiah Sastera Darul Takzim 2007 (Cerpen Eceran), Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Exxon Mobil 2007.

Karya sunting

  1. Mantera hitam ; Alaf 21 , 2009.
  2. Mencari gayung : kumpulan cerpen ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.
  3. Dewangga sakti ; PTS One Sdn.Bhd, 2007.
  4. Lagukan senandung itu ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007.

Antologi yang turut memuatkan karya beliau ialah Antologi Cerpen Kanak-Kanak “Mangkuk Tempurung Nenek”(AMN Publication, 2007) dan Antologi Cerpen dan Puisi HSKU Exxon Mobil 2006 & 2007. Kini bertugas sebagai editor di Pekan Ilmu Publications.

Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://serunaifaqir72.blogspot.com/ Diarkibkan 2011-10-10 di Wayback Machine

Pautan luar sunting