Sheila Majid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HarithK (bincang | sumb.)
→‎Kerjaya: Pengemasan: Perkataan bahasa Melayu dinyah-condongkan dan digantikan dengan ("). Perkataan bahasa Inggeris dicondongkan.
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HarithK (bincang | sumb.)
→‎1980-an: Penglibatan awal, "Dimensi Baru", "Emosi" dan "Warna": Pengemasan: Perkataan bahasa Melayu dinyah-condongkan dan digantikan dengan ("). Perkataan bahasa Inggeris dicondongkan.
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 42:
Muzik merupakan sebahagian daripada kehidupan beliau dan keluarganya semasa membesar. Menyanyi bermula sebagai satu hobi oleh beliau. Beliau mula belajar bermain piano ketika berusia empat tahun. Beliau menyinar bersama bakatnya secara kebetulan iaitu ketika menyanyi di majlis salah seorang rakan di Raintree Club Kuala Lumpur ketika berusia 17 tahun. Pada ketika itu, bakatnya disedari oleh seorang penerbit muzik yang tertarik dengan suaranya lantas menjemput beliau untuk satu uji bakat. Beliau telah diuji bakat oleh [[Roslan Aziz]] dan telah diberikan satu kontrak rakaman pada 1982.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2443327/siapa-sheila-majid-|title=Siapa Sheila Majid|publisher=[[Berita Minggu]]|date=18 Julai 1993|accessdate=14 November 2019}}</ref>
 
Setelah menandatangani kontrak, beliau mengambil masa selama tiga tahun untuk menyerlah pada tahun 1985 dengan kemunculan albumnya yang bertajuk ''"[[Dimensi Baru]]''", yang kemudiannya menerima pengiktirafan emas. Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "Pengemis Muda".<ref name="Ke luar negeri"/><ref name="Legenda Ratu Jazz"/> Pada tahun yang sama, Sheila dipelawa oleh [[Jins Shamsuddin]] untuk membintangi filem ''"[[Ali Setan]]''" lakonan [[Azmil Mustapha]] dan [[Ogy Ahmad Daud]]. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Tipah, sepupu Ali lakonan Azmil.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/277971/sheila-serik-berlakon|title=Sheila serik berlakon|publisher=[[Berita Harian]]|date=24 September 1993|accessdate=19 November 2019}}</ref> Seterusnya, menerusi album ''"[[Emosi (album Sheila Majid)|Emosi]]''" yang dikeluarkan setahun berikutnya, menjadi suatu kelainan yang lebih ketara khususnya pada genre muzik yang diperkenalkan olehnya. Sentuhan muzik Jazz dan R&B yang ketara telah membuka minda masyarakat ketika itu untuk meneroka genre muzik, khususnya muzik Jazz yang dipelopor olehnya. Menerusi album ''"Emosi''" juga, Beliau telah mendapat kepakaran dari negara jiran, termasuk susunan dan ciptaan lagu. Justeru, beliau cuba untuk menguji pasaran di [[Indonesia]]. Single pertama yang dikeluarkan untuk album ini ialah "[[Sinaran (lagu Sheila Majid)|Sinaran]]", diikuti oleh single kedua, "[[Antara Anyer dan Jakarta]]".<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19871011-1.2.24.4|title='Emosi' Sheila Majid berjaya di Indon|author=Saodah Ismail|publisher=[[Berita Minggu]]|date=11 Oktober 1987|accessdate=14 November 2010|page=8}}</ref><ref name="Lah-lah">{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/today20060725-2.2.57.1|title=The lah-lah queen|trans-title=Ratu lah-lah|author=Juliana June Rasul|publisher=[[Today (akhbar Singapura)|TODAY]]|date=25 Julai 2006|accessdate=14 November 2010|page=30|language=en}}</ref> "Sinaran" menjadi lagu Melayu pertama yang menduduki tangga teratas di stesen Radio Sapporo, Tokyo. Ia juga tersenarai di tangga ke-38 di Carta Top 40 Teratas, Radio Osaka.<ref name="Legenda Ratu Jazz"/>
Ternyata usaha keras beliau bersama rakan-rakan yang menjadi tulang belakang kerjayanya menjadi tidak sia-sia kerana sambutannya sungguh di luar jangkaan. Nama beliau begitu megah di Indonesia dan menjadi idola masyarakat di negara tersebut. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga mendapat kritikan hebat di kalangan pengamal media di Indonesia yang mempersoalkan kejayaannya. Namun, kuasa peminat adalah melebihi segala-galanya kerana beliau dapat menawan bandar-bandar utama di negara tersebut seperti [[Bandung]], [[Jogjakarta]], dan banyak lagi. Hasilnya, beliau telah memenangi Anugerah BASF (kini [[Anugerah Musik Indonesia]]) sebagai Artis R&B Wanita Terbaik pada tahun 1987 yang tidak pernah sebelumnya dimenangi oleh artis bukan dari Indonesia.<ref name="Gives her take">{{cite web |author=Thiran Roshan|title=The Queen of Jazz gives her take on what life is all about|trans-title=Ratu Jazz memberinya pandangan tentang apa itu kehidupan|url=https://mystarjob.com/articles/story.aspx?file=/2017/5/13/mystarjob_careerguide/10110893&sec=mystarjob_careerguide |website=mystarjob.com |publisher=myStarjob |access-date=7 Ogos 2022 |date=13 Mei 2017 |quote=in 1987 she became the first foreigner to win the Indonesian BASF Award in for Best Female Artist in R&B category.|trans-quote=pada tahun 1987 beliau menjadi warga asing pertama memenangi Anugerah BASF Indonesia dalam kategori Artis Wanita Terbaik dalam kategori R&B.|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19870910-1.2.16.7.1|title=Sheila Majid buktikan pengkritik salah anggap|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=10 September 1987|accessdate=14 November 2010|page=5}}</ref><ref name="Lah-lah"/> Pada 29 Februari 1988, Sheila berangkat ke Singapura dan dipelawa untuk membuat persembahan khas dalam rancangan ''"Hiburan Minggu Ini''" di mana beliau menyanyikan dua lagu, diikuti oleh rakaman persembahan bersama [[Radio Televisyen Malaysia]] (RTM) dan beberapa persembahan luar.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19880214-1.2.22.1|title=Sheila Majid akan nyanyi di sini|author=Kamsah Sirat|publisher=[[Berita Minggu]]|date=14 Februari 1988|accessdate=14 November 2010|page=8}}</ref><ref name="Turut berkonsert"/> Album ketiga Sheila menyusul pada April 1988 dengan tajuk ''"[[Warna (album)|Warna]]''". Lagu-lagu seperti "Memori", "Panorama" dan "Hasrat Cinta" dikeluarkan sebagai single.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19880410-1.2.31.1|title='Warna' Sheila dapat sambutan baik|author=Azman Siraj|publisher=[[Berita Minggu]]|date=10 April 1988|accessdate=14 November 2010|page=10}}</ref> Album ini menjadi kejayaan komersial apabila jualannya mencecah sebanyak 40,000 unit sejak dikeluarkan.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19880417-1.2.24.2|title='Warna' catat jualan 40,000 unit|publisher=[[Berita Minggu]]|date=17 April 1988|accessdate=14 November 2010|page=8}}</ref> Pada masa yang sama, beliau telah melakar sejarah apabila albumnya mendapat anugerah multi-platinum.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19880703-1.2.22.4|title=Warna akan berbentuk ceper kompak|author=Kamsah Sirat|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=3 Julai 1988|accessdate=14 November 2010|page=8}}</ref>
Kejayaannya di Indonesia telah diperkukuhkan lagi dengan konsert jelajah di 10 bandar di Indonesia pada Julai 1988, diikuti oleh konsert jelajah di Malaysia yang dibahagikan kepada 3 peringkat — Pantai Barat, Malaysia Timur dan Pantai Timur. Siri konsert ini diadakan bagi mempromosikan album ''"Warna''".<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19881016-1.2.23.2|title=Sheila sambung konsert solo|author=Kamsah Sirat|publisher=[[Berita Minggu]]|date=16 Oktober 1988|accessdate=14 November 2010|page=8}}</ref> Kejayaan beliau tidak hanya di negara jiran tersebut. Sekali lagi, nama beliau telah mencatat rekod muzik di Malaysia apabila kejayaannya merakamkan lagu di negara [[Jepun]].<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19881106-1.2.26.2|title=Sheila Majid rakam lagu Inggeris di Tokyo|author=Azman Siraj|publisher=[[Berita Minggu]]|date=6 November 1988|accessdate=14 November 2010|page=8}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19891015-1.2.23.4|title=Album Sheila popular, laris di Jepun|author=Kamsah Sirat|publisher=[[Berita Minggu]]|date=15 Oktober 1989|accessdate=14 November 2010|page=8}}</ref> Pada awal September 1989, Sheila mengadakan persembahan di konsert solonya yang diadakan di [[Dewan Tunku Canselor]], [[Universiti Malaya]] (UM). Meskipun mendapat bantahan daripada mahasiswa universiti itu yang mendakwa "tidak berunsur Islam", konsertnya tetap diteruskan dan berjalan dengan lancar.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19890912-1.2.7|title=Pelajar bantah konsert Sheila Majid|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=12 September 1989|accessdate=28 Disember 2018|page=1}}</ref><ref>{{cite news|url=http://arkibnegara.blogspot.com/2013/12/konsert-sheila-majid-di-universiti.html|title=Konsert Sheila Majid di Universiti Malaya dibantah (1989)|publisher=Arkib Negara X|date=31 Disember 2013|accessdate=28 Disember 2015}}</ref>
 
Pada 27 September, album ''"Sinaran''" dikeluarkan untuk edaran Jepun. Album kompilasi itu menampilkan beberapa lagu Melayu dan empat dari album ''"[[Legenda (album)|Legenda]]''" yang akan menyusul serta dua lagu Inggeris.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19891013-1.2.108.2.1|title=Sheila's No. 1 in Japan|trans-title=Sheila No. 1 di Jepun|author=Ida Bachitar|publisher=[[The Straits Times]]|date=13 Oktober 1989|accessdate=14 November 2010|language=en|page=1}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19891008-1.2.19.1.1|title='Sinaran' disadur jadi lagu Inggeris|author=Haron Abdul Majid|publisher=[[Berita Minggu]]|date=8 Oktober 1989|accessdate=14 November 2010|page=8}}</ref> Beliau juga dijemput untuk membuat persembahan di Festival Muzik Tokyo pada tahun itu.<ref name="Lah-lah"/> Pada November, beliau telah diundi sebagai Penyanyi Wanita Terbaik di pertandingan ''Star Search'' yang berlangsung di [[Los Angeles]], [[California]], A.S.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19891123-1.2.26.6|title=Pop star Sheila voted Best Female Singer at LA contest|trans-title=Bintang pop Sheila diundi Penyanyi Wanita Terbaik di pertandingan LA|publisher=[[The Straits Times]]|date=23 November 1989|accessdate=14 November 2010|language=en|page=18}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19891204-1.2.61.8.2|title=One step up for Star Search winner Sheila|trans-title=Selangkah untuk pemenang Star Search, Sheila|publisher=[[The Straits Times]]|date=4 Disember 1989|accessdate=14 November 2010|language=en|page=9}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19891122-1.2.6|title=Sheila menang di AS|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=22 November 1989|accessdate=19 November 2010|page=1}}</ref> Melalui undian yang telah dibuat di dalam akhbar ''[[New Straits Times]]'', para pembaca telah memilih beliau sebagai bintang pilihan pembaca selama empat tahun berturut-turut antara 1987 sehingga 1990.
 
===1990-an: ''Legenda'', Konsert Ikhlas, ''Ratu'' dan ''Ku Mohon''===