Sheila Majid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HarithK (bincang | sumb.)
→‎Kerjaya: Pengemasan: Perkataan bahasa Melayu dinyah-condongkan dan digantikan dengan ("). Perkataan bahasa Inggeris dicondongkan.
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HarithK (bincang | sumb.)
→‎1990-an: "Legenda", Konsert Ikhlas, "Ratu" dan "Ku Mohon": Pengemasan: Perkataan bahasa Melayu dinyah-condongkan dan digantikan dengan ("). Perkataan bahasa Inggeris dicondongkan.
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 51:
 
===1990-an: "Legenda", Konsert Ikhlas, "Ratu" dan "Ku Mohon"===
Beliau telah memulakan sebuah lagi projek pada tahun 1990 menerusi album keempatnya, ''"[[Legenda (album)|Legenda]]''" yang dikeluarkan pada Januari tahun itu untuk pasaran Malaysia dan Jepun.{{Sfn|Adil|Santaella|2021}}<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19900531-1.2.19.7.2|title=Album solo Sheila diedar di Jepun|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=31 Mei 1990|accessdate=14 November 2010|page=5}}</ref><ref name="Lah-lah"/> Album ini menampilkan lagu-lagu klasik yang diilhamkan daripada idolanya, [[P. Ramlee]]. Menerusi album ini, selain daripada lagu "Lagenda", terdapat lagu-lagu P. Ramlee yang kembali mencapai status lagu hit hasil daripada sentuhannya. Walaupun ada yang mengkritik, namun lagu "Bila Larut Malam", "Tiru Macam Saya", "Manusia" dan "Bunyi Gitar" telah mencipta gaya baru dalam generasi muda ketika itu. Ini menjadikan Sheila sebagai artis Malaysia pertama yang merakamkan kaset single.<ref name="Kaset single"/> Pada Februari 1990, Sheila mengambil bahagian dalam pertandingan ''Asian Music Pageant'' ke-2 yang berlangsung di [[Okinawa]], [[Jepun]],<ref name="Lah-lah"/> seterusnya dipelawa untuk mengadakan persembahan dalam satu konsert anjuran [[Toshiba]]-[[EMI]] yang berlangsung di [[Tokyo]].<ref name="Kaset single"/> Tidak lama selepas ''"Legenda''" dikeluarkan, pada Oktober 1990, dua daripada lagu dalam album ini, "Bila Malam" dan "Engkau Laksana Bulan" diharamkan daripada siaran radio oleh RTM, namun pengharaman itu tidak menjejaskan jualan album ''"Legenda''".<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19901026-1.2.13.6|title=RTM haram dua lagu Sheila|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=26 Oktober 1990|accessdate=14 November 2010|page=2}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/straitstimes19901026-1.2.35.2|title=Two Sheila Majid songs 'banned from airwaves'|trans-title=Dua lagu Sheila Majid 'diharamkan dari siaran radio'|publisher=[[The Straits Times]]|date=26 Oktober 1990|accessdate=14 November 2010|language=en|page=22}}</ref> Beliau telah dianugerahkan pingat [[Ahli Mangku Negara]] (AMN) dalam satu penghormatan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX. Sehingga kini, album ''"Legenda''" kekal sebagai album terlaris beliau dan disokong oleh seluruh negara yang merangkumi lebih daripada dua tahun. Selepas perkahwinannya dengan [[Roslan Aziz]], Sheila menyertai syarikat rakaman suaminya, [[Roslan Aziz Productions]] (RAP) sebagai salah seorang artis rakamannya. Bersama-sama dengan rakan selabel termasuk [[Zainalabidin]], [[Zubir Ali]] dan [[Afdlin Shauki]], beliau muncul dengan album kompilasi ''"[[Ikhlas (album)|Ikhlas]]''" yang dikeluarkan pada 22 November 1991, di mana beliau menyumbangkan dua lagu, iaitu "Wanita" dan sebuah lagu duet bersama Afdlin, iaitu "Pagi".<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/3624993/album-by-all-for-all|title=Album by all for all|trans-title=Album oleh semua untuk semua|author=Rosidi Daud|publisher=[[The Malay Mail]]|date=18 Oktober 1991|accessdate=5 Oktober 2020|language=en}}</ref> Selepas itu, pada 27 November, beliau mengadakan konsert solonya yang dinamakan Legenda: ''The Concert'' yang berlangsung di [[Stadium Negara]], Kuala Lumpur yang menarik perhatian penonton yang lebih daripada 10,000 penonton. Ia menjadi persembahan utama terakhirnya untuk tempoh yang lama.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/962402/sheila-to-hold-the-concert|title=Sheila to hold The Concert|trans-title=Sheila akan mengadakan Konsert|author=Kharleez Zubin|publisher=[[New Straits Times]]|date=6 November 1991|accessdate=19 November 2019|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/625190/sheila-sparkles-in-legenda-concert|title=Sheila sparkles in Legenda concert|trans-title=Sheila menyerlah di konsert Legenda|author=Rosidi Daud|publisher=[[The Malay Mail]]|date=30 November 1991|accessdate=19 November 2019|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/3626308/sheila-s-all-set-|title=Sheila's all set!|trans-title=Sheila, semuanya bersedia!|author=Rosidi Daud|publisher=[[The Malay Mail]]|date=27 November 1991|accessdate=19 November 2019|language=en}}</ref> Sebuah album secara langsung dan video yang diambil dari rakaman konsert ini dikeluarkan setahun kemudian.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/1016395/legenda-concert-still-very-special-to-sheila-majid|title=Legenda concert still very special to Sheila Majid|trans-title=Konsert Legenda masih istimewa buat Sheila Majid|author=Suraya Al-Attas|publisher=[[New Straits Times]]|date=21 September 1992|accessdate=19 November 2019|language=en}}</ref>
Sheila kemudian menjadi salah seorang artis RAP yang membuat persembahan di [[Konsert Ikhlas 1992|Konsert Ikhlas]] yang berlangsung di [[Stadium Merdeka]], [[Kuala Lumpur]] pada 25 Disember 1992, bersempena dengan sambutan [[Hari Krismas]]. Turut beraksi ialah [[Afdlin Shauki]], [[Azman Warren]], [[Amir Yussof]], [[Zainalabidin]] dan [[Zubir Ali]]. Konsert Ikhlas mencipta sejarah dalam industri muzik tanahair apabila ia menjadi persembahan penghibur tempatan yang paling ramai ditonton, dengan kehadiran seramai 40,000 penonton.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/321280/konsert-ikhlas-catat-sejarah|title=Konsert Ikhlas catat sejarah|author=Zainuri Misfar|publisher=[[Berita Harian]]|date=28 Disember 1992|accessdate=6 Oktober 2020}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/307808/40-000-saksi-konsert-ikhlas-di-stadium-merdeka|title=40,00 saksi Konsert Ikhlas di Stadium Negara|author=Zainuri Misfar|publisher=[[Berita Harian]]|date=24 Mac 1993|accessdate=6 Oktober 2020}}</ref> Berlangsung pada 10 hingga 20 Julai 1993 di [[Isetan]] Kuala Lumpur, ''"Ratu - ''A Day in the Life of Sheila Majid''" ialah pameran seni yang menghimpunkan koleksi 103 gambar Sheila Majid yang mana sebahagian besarnya dirakamkan oleh jurugambar Jepun, Sumio Uchiyama.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/292255/peluang-lihat-103-foto-aksi-sheila-majid|title=Peluang lihat 103 foto aksi Sheila Majid|author=Zulkefli Ali|publisher=[[Berita Harian]]|date=26 Jun 1993|accessdate=19 November 2019}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/635321/the-other-side-of-sheila|title=The other side of Sheila|trans-title=Sisi lain Sheila|author=Siti Nurbaiyah Nadzmi|publisher=[[The Malay Mail]]|date=19 Jun 1993|accessdate=19 November 2019|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2443311/sheila-majid-wanita-pilihan-sumio-uchiyama|title=Sheila Majid wanita pilihan Sumio Uchiyama|author=Zainuri Misfar|publisher=[[Berita Harian]]|date=18 Julai 1993|accessdate=19 November 2019}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/778774/different-shades-of-sheila|title=Different 'shades' of Sheila|trans-title='Warna' berbeza Sheila|author=Khairunnisa Hussin|publisher=[[New Straits Times]]|date=14 Julai 1993|accessdate=18 Mei 2022|language=en}}</ref> Pada September, beliau sekali lagi terpilih sebagai Bintang [[Lux (sabun)|Lux]] apabila mengikat kontrak selama dua tahun untuk menjadi model iklannya bersama seorang lagi artis, Angela Chun.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/274542/sheila-kekal-model-sabun|title=Sheila kekal model sabun|publisher=[[Berita Harian]]|date=23 September 1993|accessdate=19 November 2019}}</ref> Sheila kemudian muncul dalam rancangan ''In Person Sheila Majid'' yang bersiaran di [[TV3]] pada 14 Oktober.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/272346/sheila-masih-gugup-di-pentas|title=Sheila masih gugup di pentas|author=Azman Samsudin|publisher=[[Berita Harian]]|date=16 Oktober 1993|accessdate=19 November 2019}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/634141/sheila-dazzles|title=Sheila dazzles|trans-title=Sheila menyerlah|author=Siti Nurbaiyah Nadzmi|publisher=[[The Malay Mail]]|date=18 Oktober 1993|accessdate=19 November 2019|language=en}}</ref>
 
Pada Jun 1994, beliau menyumbangkan suaranya untuk album kompilasi ''5 Years - One Rhythm''. Menerusi album ini, Sheila menyumbangkan satu lagu, iaitu "Rintihan Harimau".<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/849184/one-rhythm-with-rap|title=One rhythm with RAP|trans-title=Satu irama bersama RAP|author=Aneesa Alphonsus|publisher=[[New Straits Times]]|date=16 Jun 1994|accessdate=8 Oktober 2020|language=en}}</ref> Beliau seterusnya terpilih sebagai model barangan elektronik Arena VCR keluaran [[Toshiba]].<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/221420/sheila-model-perakam-video|title=Sheila model perakam video|author=Jenney Juanis|publisher=[[Berita Harian]]|date=17 Jun 1994|accessdate=20 November 2019}}</ref> Pada tahun 1995, beliau berduet bersama [[Nora (penyanyi)|Nora]] menerusi lagu "Jentayu" hasil nukilan Johan. Lagu ini dimuatkan dalam album koleksi ''"Sentuhan Ilham Rasa Johan Nawawi''".<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/3169395/jentayu-menarik|title=Jentayu menarik|author=Hartati Hassan Basri|publisher=[[Harian Metro]]|date=29 April 1995|accessdate=24 Disember 2020}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/3154399/jentayu-kisah-legenda-cinta|title=Jentayu, kisah legenda cinta|publisher=[[Harian Metro]]|date=8 Julai 1995|accessdate=24 Disember 2020}}</ref> Pada Oktober tahun yang sama, Sheila membuat penampilan semula di khalayak umum apabila membuat persembahan bersama Asian Fantasy Orchestra di Dewan Merdeka, [[Pusat Dagangan Dunia Putra]] (PWTC).<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/638439/back-on-stage-again|title=Back on stage again|trans-title=Kembali ke pentas lagi|author=Marina Abdul Ghani|publisher=[[The Malay Mail]]|date=2 Oktober 1995|accessdate=21 November 2019|language=en}}</ref>
 
Album studio kelima beliau, ''"[[Ratu (album)|Ratu]]''" dikeluarkan pada Januari 1996.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19951022-1.2.20.1|title=Sheila tak sabar tunggu 'Ratu' muncul|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=22 Oktober 1995|accessdate=21 November 2010|page=11}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19960122-1.2.15.1|title=Album Sheila laris macam pisang goreng|author=Hanim Mohd Saleh|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=22 Januari 1996|accessdate=21 November 2010|page=6}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/645598/queen-of-jazz-bounces-back-with-ratu|title=Queen of Jazz bounces back with Ratu|trans-title=Ratu Jazz kembali hayun dengan Ratu|author=Haliza Ahmad|publisher=[[The Malay Mail]]|date=1 Januari 1996|accessdate=21 November 2019|language=en}}</ref> Untuk album ini, beliau telah bekerjasama dengan beberapa pemuzik antarabangsa seperti Nathan East dari Amerika Syarikat, kumpulan Fourplay dan Rex Goh, serta Aska Kaneko dari Jepun. Album ini mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/722781/sheila-has-a-winner-in-ratu-|title=Sheila has a winner in 'Ratu'|trans-title=Sheila mempunyai pemenang dalam 'Ratu'|author=Zainal Alam Kadir|publisher=[[New Straits Times]]|date=16 Januari 1996|accessdate=21 November 2019|language=en}}</ref> Ia mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran apabila jualannya mencapai 50,000 unit.<ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19960828-1.2.17.1|title='Ratu' dijual 50,000 unit|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=28 Ogos 1996|accessdate=21 November 2010|page=6}}</ref> Beliau telah mengadakan konsert sehingga melewati kota [[London]] di West End di Royalty Theatre pada Mac 1996.<ref name="Lah-lah" /><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/3770709/sheila-wows-fans-in-london|title=Sheila wows fans in London|trans-title=Sheila pukau peminat di London|author=Daniel Chan|publisher=[[The Malay Mail]]|date=29 Mac 1996|accessdate=21 November 2019|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/645313/sheila-weaves-her-spell|title=Sheila weaves her spell|trans-title=Sheila tunjuk taring|author=Daniel Chan|publisher=[[The Malay Mail]]|date=29 Mac 1996|accessdate=21 November 2019|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/644290/when-ratu-sheila-conquered-london|title=When 'Ratu' Sheila conquered London|trans-title=Apabila 'Ratu' Sheila menakluki London|author=Daniel Chan|publisher=[[The Malay Mail]]|date=25 April 1996|accessdate=21 November 2019|language=en}}</ref> Kejayaan konsert tersebut menjadi kebanggaan pencinta muzik Malaysia, khususnya dalam kalangan peminat tegar beliau. Pada 13 September 1996, bagi mempromosikan album ''"Ratu''", Sheila mengadakan persembahannya di Konsert Ratu Sheila Majid yang berlangsung di [[Stadium Negara]].<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2454428/sheila-masih-hebat|title=Sheila masih hebat|author=Nor Fatimah Ahmad|publisher=[[Berita Minggu]]|date=1 September 1996|accessdate=21 November 2019}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/642882/sheila-majid-promises-a-good-time|title=Sheila Majid promises a good time|trans-title=Sheila menjanjikan masa yang lebih baik|author=Rosidi Daud|publisher=[[The Malay Mail]]|date=6 September 1996|accessdate=21 November 2019|language=en}}</ref> Persembahan beliau turut diiringi oleh 15 penari kanak-kanak dari Pusat Budaya Suasana, termasuk anaknya, [[Kayda Aziz|Wan Nur Khaleda Aziz]].<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/3007883/sheila-bawa-khaleeda|title=Sheila bawa Khaleeda|author=Abie Abdullah|publisher=[[Harian Metro]]|date=12 September 1996|accessdate=21 November 2019}}</ref> Pada Disember, iaitu tahun yang sama, beliau telah menerima jemputan oleh Ronnie Scott untuk tampil ke pentas.<ref name="Lah-lah"/>
 
Pada tahun 1997, beliau menyumbangkan suaranya untuk album kompilasi ''"Gerenti Hit 3''" yang mana beliau menyumbangkan sebuah lagu baru yang bertajuk "Cinta Jangan Kau Pergi".<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/584170/hadiah-istimewa-sheila|title=Hadiah istimewa Sheila|publisher=[[Metro Ahad]]|date=22 Jun 1997|accessdate=21 November 2019}}</ref> Sheila pada November 1998 mengumumkan akan menguruskan sendiri kerjayanya selepas keluar dari [[Roslan Aziz Productions]] (RAP) setelah kontrak tidak diperbaharui, sambil mendakwa tidak mempunyai sebarang ikatan dengan syarikat itu. Beliau dipetik sebagai berkata: "RAP kini tiada hak ke atas keseluruhan kerjaya saya".<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/2386281/sheila-berkerat-rotan|title=Sheila berkerat rotan|author=Azian Adnan|publisher=[[Berita Harian]]|date=5 November 1998|accessdate=21 November 2019}}</ref><ref>{{cite news|url=https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19981106-1.2.14.1|title=Sheila Majid tak lagi bersama RAP|publisher=[[Berita Harian Singapura]]|date=6 November 1998|accessdate=21 November 2010|page=6}}</ref>
 
Sheila muncul dengan album kompilasi ''"Ratu Selamanya''" terbitan [[EMI Music Malaysia]] yang menggandingkan beliau bersama penyanyi Indonesia, [[Ruth Sahanaya]] dan dikeluarkan pada Mac 1999.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/588403/sheila-ruth-ganding|title=Sheila, Ruth ganding|author=Sani Salleh|publisher=[[Metro Ahad]]|date=28 Mac 1999|accessdate=21 November 2019}}</ref><ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/654448/two-queens-in-one-album|title=Two queens in one album|trans-title=Dua ratu dalam satu album|author=Marina Abdul Ghani|publisher=[[The Malay Mail]]|date=21 April 1999|accessdate=21 November 2019|language=en}}</ref> Album studio keenam beliau, ''"[[Ku Mohon (album)|Ku Mohon]]''" telah dikeluarkan pada November 1999 di bawah [[Warner Music Malaysia]]. Untuk album ini, beliau menggalas peranan sebagai pembantu penerbit.<ref>{{cite news|url=https://www.klik.com.my/item/story/653140/no-punch-to-sheila-s-album|title=No punch to Sheila's album|trans-title=Tiada pukulan untuk album Sheila|author=Marina Abdul Ghani|publisher=[[The Malay Mail]]|date=24 November 1999|accessdate=21 November 2019|language=en}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/archives/04-11-1999/utusan_malaysia/entertainment/et3_full.htm|title=Sheila tak pernah mengalah|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=4 November 1999|accessdate=22 November 2009|url-status=dead}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.utusan.com.my/utusan/archives/07-11-1999/utusan_malaysia/entertainment/et1_full.htm|title=Curahan hati Sheila|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=7 November 1999|accessdate=22 November 2009|url-status=dead}}</ref> Beliau telah merangkul empat anugerah, termasuk Album Pop Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik ke-7]]. "Ku Mohon" juga merupakan salah sebuah lagu yang terdapat di dalam album beliau dan liriknya ialah hasil ciptaan pertamanya telah menjadi ''Song of the Year''.
 
===2000-an: "Sheila Majid 15", "Cinta Kita" dan pasca-kejayaan===