Parlimen Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membalikkan suntingan oleh 2001:D08:1B9C:DAA1:3220:DE79:823A:5F17 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 183.171.96.134
Teg: Undur
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 51:
 
== Sejarah ==
Dalam sejarah, tiada negeri Persekutuan yang mempunyai dewan perundangan sebelum merdeka kecuali Sarawak yang mempunyai [[Dewan Undangan Negeri Sarawak|Majlis Negeri]] sendiri yang membolehkan penyertaan dan perwakilan tempatan dalam pentadbiran sejak 1863. Walaupun kerajaan kolonial Inggeris telah membenarkan penubuhan majlis perundangan bagi Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak, ini bukan penggubal undang-undang tertinggi, dan tetap tertakluk kepada [[Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu|Pesuruhjaya Tinggi British]] atau [[Raja Putih Sarawak|Raja Putih]] bagi Sarawak.
 
[[Suruhanjaya Reid]] yang menggubal [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan Tanah Melayu]],[[Perlembagaan Persekutuan]] memodelkan sistem pemerintahan Tanah Melayu berdasarkan sistem British: sebuah parlimen dwidewan, dengan satu majlis dipilih secara langsung, dan majlis lain mempunyai kuasa terhad dengan beberapa anggota lantikan raja seperti sistem perundangan British. Sesuai dengan sifat persekutuan negara baru, majlis tinggi juga akan mempunyai anggota yang dipilih oleh dewan undangan negeri selain para anggota lantikan.
 
Perlembagaan memperuntukkan [[Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu|Majlis Perundangan Persekutuan]] sebelum kemerdekaan untuk menjadi badan perundangan negara baharu sehingga 1959, ketika [[Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959|pilihan raya umum pascakemerdekaan pertama]] diadakan dan Parlimen Tanah Melayu pertama dibentuk.
Baris 61:
Pada 1963, ketika Tanah Melayu, [[Sabah]], [[Sarawak]] dan [[Singapura]] bergabung untuk membentuk Malaysia, Parlimen Tanah Melayu berkembang menjadi Parlimen Malaysia. Kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara diperluas untuk memasukkan perwakilan daripada negeri-negeri baharu. Ketika Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, Singapura tidak lagi diwakili di Parlimen.
 
Ketika ini, perubahan ketara dapat dilihat terhadap komposisi Dewan Negara. Di bawah perlembagaan versi 1957, senator yang dipilih oleh dewan undangan negeri merupakan kelompok majoriti, berjumlah 22 anggota (2 ahli setiap negeri), sementara hanya ada 16 anggota lantikan. Perlembagaan Malaysia 1963 mengekalkan peruntukan bahawa setiap negeri menghantar dua orang senator, tetapi pindaan susulan secara beransur-ansur meningkatkan jumlah anggota lantikan menjadi 40 orang (dengan 4 lagi lantikan wilayah persekutuan), menjadikan anggota-anggota terpilih menjadi minoriti lalu mengurangkan pengaruh wakil negeri di Dewan Negara.<ref>Funston, John (2001). "Malaysia: Developmental State Challenged". dalam John Funston (Ed.), ''Government and Politics in Southeast Asia'', m/s. 180, 183. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.</ref>
 
Parlimen digantung hanya sekali dalam sejarah Malaysia, yakni selepas [[Peristiwa 13 Mei|rusuhan kaum 13 Mei]] pada 1969. Penggantungan ini berlaku dari 1969 hingga 1971 ketika Parlimen bersatu semula - pada masa ini, Malaysia ditadbir oleh [[Majlis Gerakan Negara]].
 
== Undang-undang berkaitan ==