Ketuanan Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Suntingan sumber 2017
NicoScribe (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan oleh 2404:160:8108:BA4F:1:0:59AA:1673 (perbincangan) ?
Baris 1:
{{Rencana pilihan|Muhammad Alif Adha Bin Samad=Ketuanan Melayu}}
{{Italic title}}
{{History of Malaysia}}
{{Discrimination sidebar}}
 
'''Ketuanan Melayu''' ({{Jawi|'''كتوانن ملايو'''}}) merupakan kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang [[Orang Melayu Malaysia|Melayu]] adalah tuan kepada [[Persekutuan Tanah Melayu]] (sekarang) [[Malaysia]]. Orang [[Cina Malaysia|Cina]] dan [[orang India Malaysia|India]] di Persekutuan Tanah Melayu pada masa itu dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara [[Persekutuan Tanah Melayu]] (sekarang [[Malaysia]]) sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam [[Perkara 153 Perlembagaan Malaysia|Perkara 153]] Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (kini [[Malaysia]]). Persetujuan ''[[quid pro quo]]'' atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil [[Kontrak sosial (Malaysia)|kontrak sosial]]. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.
 
Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an.tetapi sebelum kemerdekaan juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan [[Malayan Union]] dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh UMNO dari [[Singapura]] — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas [[Peristiwa 13 Mei|rusuhan kaum]] [[Mei 13]], [[1969]] yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan [[Ultra (Malaysia)|''ultra'']] yang mahukan kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.
 
Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan [[Dasar Ekonomi Baru]] iaitu dasar [[tindakan afirmatif]] yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. [[Dasar Kebudayaan Kebangsaan]] yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. Tetapi dalam tahun 1990-an, [[Perdana Menteri Malaysia]] menolak pendekatan ini, dengan dasar [[Bangsa Malaysia]] yang menekankan bangsa Malaysia dan bukan kaum Melayu sebagai identiti negara. Dalam tahun 2000-an, ahli-ahli politik mula menekankan ketuanan Melayu semula, dan membidas secara keras menteri kerajaan yang mempersoalkan kontrak sosial.
Baris 139 ⟶ 140:
Lee kemudiannya merintih: "Malaysia — milik siapa? Milik rakyat Malaysia. Tetapi siapakah rakyat Malaysia? Harap saya begitu, Tuan Yang Dipertua. Namun dalam duduk di dewan ini, kadang-kadang saya ragu-ragu sama ada diri saya boleh digelar rakyat Malaysia. Demikianlah keraguan yang menyelubungi fikiran ramai, dan ... [sebaik sahaja] perasaan hati digerakkan, dan timbulnya perbalahan antara kaum atas kata-kata yang tidak terucap itu, maka akan timbulnya peperangan yang akan memecahbelahkan seluruh bangsa dan meleraikan Malaysia."<ref>Keith, pp. 115–116.</ref> Bagaimanapun, Lee juga memburukkan keadaan dengan membuat kenyataan perkauman sendiri. Kebanyakan ucapan beliau menyentuh perkadaran kaum di Malaysia dengan mengingatkan pendengar bahawa bukan Melayu sudah menjadi majoriti dengan 61% penduduk berbanding Melayu pada 39% sambil bertanya seketika, "Mengapakah harus kita kembali ke Singapura yang lama dan sekali lagi mengurangkan bilangan bukan Melayu di Malaya kepada minoriti?"<ref>Sopiee, p. 204.</ref> Lee memburukkan lagi kekeruhan [[hubungan PETIR-UMNO]] dengan acap kali mendesak supaya kerajaan persekutuan menghukum '[[ultra (Malaysia)|ultras]]' mereka yang termasuk pemimpin tertinggi UMNO seperti [[Syed Jaafar Albar]] dan [[Syed Nasir Ismail]].<ref>Sopiee, p. 194.</ref><ref>Keith, p. 118.</ref>
 
Kenyataan Lee itu memarahkan ramai pihak, terutamanya ahli politik Perikatan. Tan Siew Sin menggelarnya "kuasa pengacau yang terhebat dalam seluruh sejarah Malaysia dan Malaya."<ref>[http://ourstory.asia1.com.sg/merger/headline/mimposib.html "'Impossible to co-operate with Singapore while Lee is Premier'"] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20050310003615/http://ourstory.asia1.com.sg/merger/headline/mimposib.html |date=2005-03-10 }}. (2 June 1965). ''[[Straits Times]]''.</ref> Tunku menganggap pandangan Lee terlalu melampau, sementara lain-lain ahli UMNO berpendapat bahawa Lee sekadar memuaskan hati masyarakat [[Cina Malaysia]] dengan retoriknya.<ref>Khaw, Ambrose (1998). [http://ourstory.asia1.com.sg/merger/lifeline/akimpos.html "This man is making too much noise"] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20060522214050/http://ourstory.asia1.com.sg/merger/lifeline/akimpos.html |date=2006-05-22 }}. Retrieved 11 November 2005.</ref> Kenyataan Lee tentang penghijrahan Melayu yang agak lewat dibidas dengan pedas; ujar Syed Jaafar: "Adalah satu penghinaan untuk mengatakan bahawa Melayu sekelompok dengan kaum-kaum lain..." Pesan akhbar UMNO ''Malaya Merdeka'', jika Melayu tertekan dan kepentingan mereka tidak dibela, Malaysia akan digabungkan dengan [[Indonesia]].<ref>Keith, p. 124.</ref> Demikianlah yang paling dikhuatiri oleh Tunku Abdul Rahman yang berhemat bahawa pelampau sebenar bukanlah puak ultra, sebaliknya mereka yang mengidami gagasan "Melayu Raya" untuk "menyelesaikan" kaum Cina selaku ancaman sebenar.<ref>Keith, pp. 66–67.</ref>
 
Ketegangan hubungan sesama kaum menyebabkan [[Rusuhan Kaum 1964|rusuhan pada tahun 1964]]<ref name="spark"/> yang kemudiannya diangin-anginkan oleh ahli PETIR Melayu, [[Othman Wok]] sebagai dirancang terlebih dahulu oleh puak [[ultra (Malaysia)|ultra]].<ref>Veloo, Ravi (25 Jan. 1997). [http://ourstory.asia1.com.sg/independence/ref/race.html "Othman Wok on race relations"]. ''Straits Times''.</ref> Pada tahun selepas rusuhan, ketegangan masih memuncak. Syed Jaafar Albar mengujar bahawa "Di mana saya berada, saya tetap Melayu", lantas dibalas dengan bidasan pedas oleh Lee yang berucap di Parlimen dengan demikian, "Jika saya ke sana sini mengulangi kata-katanya — di mana saya berada, saya tetap Cina — ke mana hala tuju kita? Tapi saya sentiasa mengingatkan rakyat bahawa saya orang Malaysia. Saya sedang belajar bahasa kebangsaan dan saya menerima Perkara 153 Perlembagaan."<ref>Keith, p. 128.</ref>
Baris 298 ⟶ 299:
Di Perhimpunan Agung UMNO 2004, Timbalan Pengerusi Tetap [[Badruddin Amiruldin|Datuk Paduka Badruddin Amiruldin]] mengungkit semula Peristiwa 13 Mei dengan amaran bahawa pada tahun 1946, semua kaum pernah mencapai kata sepakat yang mana orang Melayu membenarkan kaum-kaum lain untuk 'menumpang' di Tanah Melayu. Tambahnya, kaum lain tidak boleh sesekali mempertikai hak Melayu di tanah ini, lebih-lebih lagi soal agama kerana demikianlah hak Melayu di tanah ini. Menteri Pelajaran Tinggi ketika itu, [[Shafie Salleh]] juga berikrar di perhimpunan tersebut bahawa bukan Bumiputera tidak akan sesekali dibenarkan memasuki [[Universiti Teknologi MARA]] (UiTM) yang terbuka kepada Bumiputera sahaja: "Saya tidak akan berkompromi tentang hal itu."<ref name="hornets"/><ref>Noor, Farish A. (2005). ''From Majapahit to Putrajaya: Searching for Another Malaysia'', p. 241. Silver Fish Books. ISBN 983-3221-05-X.</ref>
 
Kemudian di Perhimpunan Agung 2005, Menteri Pelajaran dan Ketua Pemuda UMNO [[Hishammuddin Hussein]] — anak kepada [[Tun Hussein Onn]] — menjulang [[keris]] sambil menggesa supaya DEB dikembalikan untuk Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang dilancarkan oleh Mahathir.<ref>The [[:FailFile:UMNO Flag Sang Saka Bangsa.png|flag of UMNO]] also contains the keris symbol.</ref> Menurut Hishammuddin, keris berkenaan melambangkan peranan Pemuda UMNO dalam memperjuangkan bangsa Melayu. Sementara itu, timbalannya, [[Khairy Jamaluddin]] — menantu Abdullah — membincangkan pembangkitan DEB dalam bentuk berlainan yang bergelar [[Agenda Nasional Baru]] (ANB).<ref>Kumar, R. Surenthira & Yusop, Husna (29 Jul. 2005). [http://sun2surf.com/article.cfm?id=10420 Rebranding the NEP]. ''The Sun''.</ref> Kemudian, Hishammuddin menyifatkan keris sebagai "lambang perpaduan" dengan kenyataan bahawa golongan muda zaman sekarang tidak lagi memandang keris sebagai lambang untuk mendukung ketuanan Melayu."<ref>[http://www.malaysia-today.net/Blog-n/2006/08/hishammuddin-keris-is-unifying-symbol.htm Hishammuddin: Keris is a unifying symbol]{{Dead link|date=October 2008}}. (27 Aug. 2006). ''New Straits Times''. {{Wayback|url=http://www.malaysia-today.net/Blog-n/2006/08/hishammuddin-keris-is-unifying-symbol.htm|date =20060902012907|bot=DASHBot}}</ref>
 
==="Politik perkauman"===