Ultra (Malaysia): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
Dari segi politik [[Malaysia]] dan [[Singapura]] pada zaman [[1960-an]], "'''ultra'''" merujuk kepada beberapa orang pelampau perkauman. Nama ini sering digunakan oleh [[Lee Kuan Yew]], [[Perdana Menteri Singapura]] yang pertama, serta ahli-ahli lain parti politiknya, [[Parti Tindakan Rakyat]] (PETIR), untuk merujuk kepada pelampau-pelampau [[Melayu]]. Walau bagaimanapun, beberapa ahli [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) — pemimpin parti [[Perikatan]] yang memerintah Malaysia sewaktu itu — mengguna perkataan "ultra" untuk merujuk kepada Lee, kerana beliau dilihat sebagai cauvinis [[Tionghoa|Cina]].
 
==Sejarah==
Baris 7:
Antara "ultra" Melayu termasuk [[Syed Jaafar Albar]], yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO, [[Syed Nasi Ismail]], seorang penyokong perkembangan kegunaan [[Bahasa Melayu]] dalam masyarakat Malaysia, [[Mahathir Mohamad]], yang pada masa itu seorang Ahli Parlimen lalu berkhidmat sebagai [[Perdana Menteri Malaysia]], dan [[Musa Hitam]], seorang lagi Ahli Parlimen UMNO yang kemudian berkhidmat sebagai Timbalan Mahathir. <ref>Customer Service, University Tunku Abdul Rahman Library (2005). [http://e-community.unitar.edu.my/corpcomm/archives.php?id=A2005061 "Universiti - Perlukah sebuah lagi?"]. Dimuat turun pada Feb. 14, 2006.</ref>
 
Ahli-ahli politik ini semua dilihat sebagai penyokong [[ketuanan Melayu]] (walaupun frasa ini tidak diguna pada masa itu). Syed Jaafar Albar telah berkempen untuk cawangan UMNO Singpura di pilihanraya umum Singapura 1963, dan membuat ucapan di mana beliau memanggil ahli politik Melayu PETIR sebagai anti-Islam, anti-Melayu, dan pengkhianat kepada bangsa sendiri mereka. [[Othman Wok]], seorang ahli politik Melayu PETIR, kemudian menuduh ucapan Syed Jaafar telah menyebabkan rusuhan kaum di Singapura pada 1964. <ref>Goh, Jenny (July 23, 1997). [http://sam11.moe.gov.sg/racialharmony/teachers_03.html Small spark can create big mess] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20060325194847/http://sam11.moe.gov.sg/racialharmony/teachers_03.html |date=2006-03-25 }}. ''[[Straits Times]]''.</ref> Syed Nasir Ismail pula telah cuba menutup semua sekolah Cina di Malaysia, dan menyokong sepenuh-penuhnya usaha untuk menjaga kedudukan Bahasa Melayu sebagi bahasa rasmi Malaysia. <ref>Lee, Hock Guan (2001). [http://www.iseas.edu.sg/sc22001.pdf "Political Parties and the Politics of Citizenship and Ethnicity in Peninsular Malay(si)a, 1957-1968"] {{Webarchive|url=https://web.archive.org/web/20060118155740/http://www.iseas.edu.sg/sc22001.pdf |date=2006-01-18 }}. Dimuat turun pada Feb. 22, 2006.</ref>
 
Mahathir pula seorang penyokong penolongan yang lebih agresif untuk kaum Melayu, dan pernah dituduh memimpin (bersama-sama dengan Syed Nasir Ismail dan Syed Jaafar Albar) seruan untuk menubuhkan kerajaan satu-parti Melayu-sahaja yang dimpimpin oleh UMNO selepas rusuhan kaum Mei 13. di [[Kuala Lumpur]], ibu kota Malaysia. <ref>Alatas, Syed Farid (2002). [http://www.islamsymposium.cityu.edu.hk/abstract/08Alatas.pdf "ISLAM, DEMOCRATIZATION AND CIVIL SOCIETY IN INDONESIA AND MALAYSIA"]. Dimuat turun pada Feb. 22, 2006.</ref> Beliau kemudian mengarang ''[[The Malay Dilemma]]'', yang menuntut Melayu, sebagai rakyat "definitif" Malaysia, mempunyai hak dari lahir untuk hak-hak istimewa seperti yang dikandung dalam [[Artikel 153 Perlembagaan Malaysia]]. Musa, seorang rakan rapat Mahathir, juga dilihat sebagai "ultra". <ref name="means_22">Means, Gordon P. (1991). ''Malaysian Politics: The Second Generation'', m/s 22. Oxford University Press. ISBN 0-19-588988-6.</ref> Mahathir dan Musa kemudian dipecat dari UMNO oleh Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO pada waktu itu, [[Tunku Abdul Rahman]], selepas kejadian Mei 13. [[Ismail Abdul Rahman]], Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada masa itu, melepaskan penerangan tindakan Tunku, di mana beliau berkata, "Ultra ini percaya dalam teori penguasaan satu kaum pada semua kaum lain yang gila dan keterlaluan, dan tidak mempedulikan Perlembagaan." <ref>Means, m/s 10.</ref> Musa dan Mahathir menyertai kerajaan lagi apabila [[Tun Abdul Razak]] menjadi Perdana Menteri. <ref name="means_22"/>