Taming Sari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
k Membatalkan semakan 5761977 oleh Bagasirma (perbincangan)
Teg: Buat asal
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Dibalikkan Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
{{Rujukan|tarikh=Mei 2019}}
'''Taming Sari''' ({{Jawi|'''تميڠ سري/ تاميڠ ساري'''}}) ialah nama seorang pendekar [[Jawa]] dalam [[kerajaan]] [[Majapahit]] seperti yang tersebut dalam [[Hikayat Hang Tuah]]. Menurut [[Hikayat Hang Tuah|hikayat]] ini, [[Glosari pengkomputeran|Taming Sari]] ialah seorang hulubalang yang paling handal di [[Majapahit]] ketika itu dan beliau telah ditugaskan oleh [[Bendahara]] Majapahit, [[Patih Gajah Mada]], untuk membunuh [[Hang Tuah]].{{Cn}}
 
Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh [[senjata]]. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada [[keris]] yang digunakannya. [[Hang Tuah]] pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan [[Jawa]] bernama [[Hang Tuah|Sang Adi Putera]]. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan [[Sultan Melaka]] dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas [[keris Taming Sari]] dan menggunakan [[keris]] itu untuk menikamnya hingga mati.
 
Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, [[raja]] Majapahit Suraprabhawa telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali dengan nama [[Keris Taming Sari]] dan telah dibawa pulang ke [[Melaka]].{{Cn}} Keris yang sama juga telah digunakan oleh [[Hang Tuah|Hang Jebat]] untuk menderhaka [[Sultan Melaka]]. [[Hang Tuah|Hang Jebat]] juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, [[keris Taming Sari]] telah berjaya dirampas semula oleh [[Hang Tuah]] yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.
 
Selepas kejatuhan empayar [[Empayar Melayu|Melayu Melaka]], tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan [[mitos]] tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di [[Hulu Muar]] selepas Hang Tuah gagal membawa pulang [[Puteri Gunung Ledang]] untuk [[Sultan Melaka]]. Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke [[Perak]] dan disimpan oleh [[keturunan]] [[Sultan Perak|Raja-raja Perak]].
 
== Rujukan ==