Selamat datang ke Wikipedia, Jeluang Terluang!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 334,543 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya Jeluang Terluang, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
    Pengenalan kepada Wikipedia
    Lima tonggak Wikipedia
    Tutorial suntingan
    Bagaimana menyunting halaman
    Manual gaya penulisan
    Asas-asas Kod Wiki
    Bagaimana mencipta artikel
    Laman bantuan
    Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
    Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
    Digalakkan beranggapan niat baik
    Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
    Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
    Jangan melaku musnah
    Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
    Meja bantuan
atau:
    Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
      Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
    Membantu menyumbang pada artikel
           
    Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
    Membantu mencipta templat baru
    Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang   pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, Jeluang Terluang


Laman sesawang bukan istilah rasmi sunting

"Laman sesawang" bukannya istilah rasmi, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=web+site. Saya harap saya tidak perlu undur suntingan anda berulang kali. --Kurnia [ bual ] 19:05, 23 Disember 2016 (UTC)Balas

Baiklah. Saya faham. -- Jeluang Terluang (bincang) 08:14, 7 Januari 2017 (UTC)Balas

Share your experience and feedback as a Wikimedian in this global survey sunting

  1. ^ This survey is primarily meant to get feedback on the Wikimedia Foundation's current work, not long-term strategy.
  2. ^ Legal stuff: No purchase necessary. Must be the age of majority to participate. Sponsored by the Wikimedia Foundation located at 149 New Montgomery, San Francisco, CA, USA, 94105. Ends January 31, 2017. Void where prohibited. Click here for contest rules.

Melibatkan diri untuk mengundi calon birokrat WBM sunting

Salam sejahtera saudara/i, terlebih dahulu saya mohon jasa baik anda untuk melibatkan diri dalam memilih birokrat di WBM memandangkan situasi semasa di WBM dimana birokrat sedia ada di WBM agak tidak aktif dan memerlukan sekurang-kurangnya seorang untuk dilantik sebagai birokrat bagi memastikan WBM dapat berurusan dengan lebih cekap. Saya harap anda dapat melibatkan diri dengan mengundi saudara Zamwan sebagai birokrat WBM di sini, undian anda amat bermakna bagi kami semua sebagai warga WBM. Terima kasih. Aplikasi (bincang) 15:04, 24 Januari 2017 (UTC)Balas

Filem Malaysia tahun 1940 sunting

Saya tidak pasti. Ini disebabkan jika dinyatakan dengan khusus "Tiada filem dihasilkan pada tahun ini.", pengguna tahu memang tiada filem dihasilkan pada tahun tersebut. Sebaliknya jika tidak dicipta, pengguna mungkin mengganggap ada filem pada tahun tersebut, tapi halamannya belum dicipta. Ini sama dengan konsep muka surat kosong pada buku yang dicetak "this page is intentionally left blank". Itu sekadar ujian. Ini disebabkan bukan semua pengguna mahir mengenai sejarah filem. Yosri (bincang) 00:58, 11 Februari 2017 (UTC)Balas

Mungkin anda boleh beri maklumbalas mengenai pendekatan ini. Yosri (bincang) 01:01, 11 Februari 2017 (UTC)Balas
10 tahun merupakan tempoh yang terlalu lama. Tempoh setahun memudahkan kita jejak dan tutup buku bagi perkembangan filem (saya juga ingin memasukkan independent filem). Yosri (bincang) 00:59, 12 Februari 2017 (UTC)Balas

Your feedback matters: Final reminder to take the global Wikimedia survey sunting

(Sorry for writing in English)

Bintang Penghargaan untuk anda sunting

  Bintang Penghargaan Penambahbaikan Terjemahan
Anda telah menunjukkan usaha anda dalam memperbaiki atau menambahbaikan terjemahan di setiap rencana di Wikipedia Bahasa Melayu. Tahniah dan teruskan usaha anda! – Fandi89 (bincang) 09:59, 30 Jun 2017 (UTC)Balas

Nasi ayam untuk anda! sunting

  Anda kini boleh menikmati nasi ayam anda! Fandi89 (bincang) 09:59, 30 Jun 2017 (UTC)Balas

East Coast Rail Line‎ sunting

Saya lihat suntingannya betul Lihat http://www.mrl.com.my/projectinfo/technicalinfo Yosri (bincang) 18:53, 1 Julai 2017 (UTC)Balas

TVE sunting

TV Edukasi disuki Jatrsa. wawai !edukasi Indonesoa Televisi.--180.251.54.32 19:03, 1 Julai 2017 (UTC)Balas

sunting

tvOne. Fail OneNews Televisi di Siilamnksartn ! Sptusa.--180.251.54.32 19:23, 1 Julai 2017 (UTC)Balas

Manda sunting

Manda Wikipedia, di Langsa wasinm Indonesia dan Medan, Jakarta Diwak bnimm fweriw--180.251.53.150 09:58, 4 Julai 2017 (UTC)Balas

Syarikat/orang yang tidak dikenali sunting

Subjek yang tiada litupan akhbar patut dihapuskan sekiranya gagal membuktikan notability dalam tempoh seminggu. Yosri (bincang) 08:39, 6 Julai 2017 (UTC)Balas

Setuju.--Jeluang Terluang (bincang) 08:44, 6 Julai 2017 (UTC)Balas

MNC Channels sunting

Manda MNC Channels dan MNC News nimsamkim channels kota langsa aceh --36.76.96.205 10:24, 19 Julai 2017 (UTC) Pengguna:MandaAndaAceh?? Manda Lintas?? dan MandaAceh ?? Manda !Balas

Ampunlah, saya tidak mampu memahami Anda.--Jeluang Terluang (bincang) 10:25, 19 Julai 2017 (UTC)Balas
Terima kasih banyak-banyak kerana memautkan rencana yang sangat berkualiti ini. Saya pasti akan membacanya di kemudian hari.--Jeluang Terluang (bincang) 10:40, 19 Julai 2017 (UTC)Balas
Memandangkan Anda seperti tidak tahu bahasa Melayu, saya akan berhubung dengan Anda menggunakan bahasa Inggeris. Pray speak in either Malay or English so that we can understand thee. Do not type in a language which most if not all of the Malay Wikipedia community may not understand thee. Do take heed of that next time thou try to make edits in this Wikipedia. Thank you.--Jeluang Terluang (bincang) 11:13, 19 Julai 2017 (UTC)Balas

Db-u5 Vandal sunting

Db-u5 STOP Media Hp wawam sic x gasrithe--36.76.99.23 19:54, 22 Julai 2017 (UTC)Balas

Mate, I do not think I'm the vandal here. But if you really think I am, you should report this to the administrator, aight? Jeluang Terluang (bincang) 19:55, 22 Julai 2017 (UTC)Balas

‎36.76.99.23 sunting

Tidak perlu perang suntingan dengan pengguna sebegitu. Sebaiknya laporkan sahaja di Kedai Kopi ataupun berhubug terus dengan penyelia yang dirasakan masih aktif. --Aplikasi (bincang) 04:59, 23 Julai 2017 (UTC)Balas

Dill sunting

Helo Jeluang Terluang, saya rasa rencana Dill itu jangan dipadamkan, ia boleh dikembangkan. Saya akan kembangkan rencana itu, kalau ada sebarang kesilapan pada terjemahan kandungan di rencana. Awak boleh memperbaiki terjemahannya. Salam. –Fandi89 (bincang) 08:10, 16 November 2017 (UTC)Balas


Penjelasan diperlukan sunting

artikel Ahmad Maasom Pergau Guru beliau dalam bidang ilmu qiraat, taranum, tajwid dan bertalaqqi musyafafah[Penjelasan diperlukan] saya kurang faham apa maksud Penjelasan diperlukan AlJarumi 19:12, 6 Mac 2018 (UTC)


apa ni bro ?? Semak Rujukan No6 , arkitel anda balikkan tiada Rujukan no 6 , jangan tunjukkan kebodoohan anda di wiki melayu , harap jumpa saya di Masjid Subang Airport jika tidak berpuas hati dengan artikel saya ..jangan membuang masa saya membalikkan artikel yg dah ada rujukkan lengkapnya AlJarumi 19:48, 6 Mac 2018 (UTC)

Masjid Bukit Merah sunting

Sila klik di bawah Laman sesawang. Yosri (bincang) 09:57, 10 Mac 2018 (UTC)Balas

Suntingan sumber 2017 sunting

Helo Jeluang Terluang, saya nak tanya, bagaimana awak menyunting dengan teg “suntingan sumber 2017”. Terima kasih. --Fandi89 (bincang) 12:45, 10 Mac 2018 (UTC)Balas

Terjemahan untuk Modul:Convert/data sunting

Salam dan hai!

Terima kasih kerana menterjemah Modul:Convert/data! Saya sarankan, selepas menterjemah pergi ke Pengguna:SNN95/Convert. Nyahcache pelayar anda dahulu, kemudian, sila copy dan paste paparan Lua dalam Pengguna:SNN95/Convert ke dalam Modul:Convert/data selepas menterjemah laman Modul:Convert/documentation/conversion data/doc. Terima kasih! SNN95 Talk to me, beybeh!  Bercuti wiki 13:44, 19 April 2018 (UTC)Balas

Arkib URL sunting

Helo Jeluang Terluang, saya nak tanya, bagaimana hendak mengarkibkan URL daripada yang asal. –Fandi89 (bincang) 13:09, 13 Ogos 2018 (UTC)Balas

Dato’ Seri Vida sunting

Assalamualaikum, jumpa lagi. Saya perhatikan yang awak buat rencana tentang Rafly Rahamat dan Mat Luthfi. Bolehkah kalau awak buat rencana tentang Dato’ Seri Vida sebab saya sudah bertanya kepada Rachun Dunia sebelum ini, yang perlu ada rencana mengenainya di sini. Lagipun, terdapat lebih banyak rujukan untuk mewujudkan laman Wikipedia beliau. Terima kasih. –Fandi89 (bincang) 14:07, 23 Ogos 2018 (UTC)Balas

@Fandi89:Wa alaikum salam, kita berjumpa lagi. Saya akan cuba menciptanya. Sama-sama. Jeluang Terluang (bincang) 15:12, 23 Ogos 2018 (UTC)Balas
Rencana telah dimulakan. Jeluang Terluang (bincang) 17:47, 23 Ogos 2018 (UTC)Balas

Silakan saudara. Rachun Dunia (bincang) 01:08, 28 Ogos 2018 (UTC)Balas

Kawalan kewibawaan sunting

Saya perhatikan di Wikidata yang awak buat tuntutan bagi templat kawalan kewibawaan. Saya nak tanya, bagaimana ingin mencipta tuntutan bagi kawalan kewibawaan di Wikidata dan mempautkannya di laman rencana Wikipedia. Terima kasih. – Fandi89 (bincang) 06:06, 27 Ogos 2018 (UTC)Balas

Proton Saga sunting

Chong: Pinjam Proton Saga.

Nasir: Boleh, kalau kena langgar siapa mau bayar? 175.136.226.248 09:16, 27 Ogos 2018 (UTC)Balas

Siapa? Jeluang Terluang (bincang) 09:20, 27 Ogos 2018 (UTC)Balas

Judul rencana sunting

Nama paling dikenali juga boleh digunakan, cuma nama paling dikenali sering bertukar menurut angin pemiliknya/apabila bertukar kumpulan. Contoh http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0614&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm Bagi saya, saya lebih suka menggunakan nama sebenar, terutama bagi yang telah pergi (mudah mendoakannya). Yosri (bincang) 16:35, 27 Ogos 2018 (UTC)Balas

Najib Razak sunting

Now it's ok la.., he has no power already.

If during Najib's time you do like that aa.., "OK, mari, ikut saya pergi balai". 115.164.95.91 16:51, 28 Ogos 2018 (UTC)Balas

اڤ يڠ هندق دبينچڠكن؟ — Jeluang Terluang (bincang) 16:55, 28 Ogos 2018 (UTC)Balas

Rujukan sunting

Rujukan perlu boleh disemak. Bukan sekadar letak kitab yang tidak diketahui kandungannya. Yosri (bincang) 11:02, 30 Ogos 2018 (UTC)Balas

Minta saudara Jeluang Terluang untuk memperbaiki terjemahan di rencana Melaka ditawan (1511) kerana ia akan dihapuskan tidak lama lagi.

Mat Dan sunting

Saya rasa nama asal Mat Dan, Daniel Tyler tidak perlu dicondongkan. Ia perlu ditegakkan sebab nama rencana mengenai seseorang di Wikipedia tidak perlu dicondongkan. Terima Kasih.–Fandi89 (bincang) 13:15, 19 September 2018 (UTC)Balas

Baiklah – Jeluang Terluang (bincang) 16:46, 19 September 2018 (UTC)Balas
Jika dilihat pada sejarah suntingan rencana Mat Dan di sini, saya perhatikan yang awak banyak menyumbang kepada rencananya di sini. Saya pula menyumbang kepada rencana beliau di Wikipedia Bahasa Inggeris. -Fandi89 (bincang) 00:45, 28 September 2018 (UTC)Balas
Begitulah nampaknya. – Jeluang Terluang (bincang) 00:51, 28 September 2018 (UTC)Balas

Translate request. sunting

Hi, would you like to translate this page? Thanks. Veracious (bincang) 12:07, 8 November 2018 (UTC)Balas

Saya akan tengok-tengokkan dulu, ya. – Jeluang Terluang (bincang) 12:30, 8 November 2018 (UTC)Balas

Ismail Embong sunting

Assalamualaikum, selamat berjumpa lagi. Bolehkah kalau awak buat rencana tentang Ismail Embong jika awak tidak keberatan. Terima kasih! -Fandi89 (bincang) 01:58, 10 November 2018 (UTC)Balas

Wa'alaikumussalam, selamat berjumpa lagi juga. Saya akan carikan dahulu rencana-rencana berita berkenaan beliau sebelum rencana dikarang. Barangkali saya tidak boleh mencipta rencana serta-merta. Sama-sama. – Jeluang Terluang (bincang) 02:24, 10 November 2018 (UTC)Balas

Wikipedia:Rencana pilihan/Kajian semula sunting

Sila kemukakan pendapat anda mengenai kewujudan Wikipedia:Rencana pilihan/Kajian semula di laman perbincangannya. Kerjasama anda amatlah dialu-alukan. Selamat memajukan Wikipedia! Kacha Permata (bincang) 17:02, 12 November 2018 (UTC)Balas

Laman lencongan sunting

Jangan cipta laman lencongan yang tidak perlu. Ia merendahkan kualiti, purata perkataan. Lihat statistik lencongan di https://stats.wikimedia.org/EN/ChartsWikipediaMS.htm Yosri (bincang) 10:45, 25 November 2018 (UTC)Balas

Album Altimet sunting

Assalamualaikum! Saya nak tanya jika anda ada kelapangan, harap anda bantu mengemaskini sedikit maklumat mengenai album Altimet, tiga daripadanya saya telahpun menciptanya hari ini. Terima kasih. –Fandi89 (bincang) 12:12, 9 Disember 2018 (UTC)Balas

Muhammad Adib Mohd Kassim sunting

Saya rasa rencana Muhammad Adib yang awak cipta harus dilencongkan ke rencana sedia ada: Muhammad Adib Mohd Kassim.–Fandi89 (bincang) 08:24, 28 Disember 2018 (UTC)Balas

Saya telah melencongkan laman tersebut. Saya terperasan yang banyak rujukan di laman Muhammad Adib merupakan akhbar Inggeris. — Jeluang Terluang (bincang) 08:41, 28 Disember 2018 (UTC)Balas
Rujukan tak salah, lagi bagus kalau berita pasal Adib ini ada liputan luar negara dalam bahasa Jepun, Perancis atau Amerika sekalipun. Rujukan bahasa Inggeris banyak kerana rencana Adib ni tak dapat diterbitkan di Wikipedia Bahasa Inggeris sebelum diterbitkan di sini. Jadi buat apa saya buang rujukan yang sudah digunakan, betul tak? Saya sebenarnya mengharapkan banyak rujukan bahasa lain untuk berita Adib atau apa-apa sahaja rencana, kerana rujukanlah yang menguatkan rencana. Jika cari rujukan Bahasa Melayu sahaja untuk semua rencana, rencana menjadi kurang berkualiti selain daripada tatabahasa dan ejaan sahaja. SNN95 Talk to me, beybeh! 04:57, 1 Januari 2019 (UTC)Balas

Abu Hassan Din Al-Hafiz sunting

Assalamualaikum! Jika awak ada kelapangan, bolehkah awak bantu saya kembangkan rencana Abu Hassan Din Al-Hafiz seperti mana awak lakukan untuk rencana Mat Dan dan Rafly Rahamat. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 03:59, 7 Mei 2019 (UTC)Balas

Wa'alaikumussalam! Saya agak sibuk sejak kebelakangan ni tapi jika ada kelapangan, saya akan cuba. Sama-sama. — Jeluang Terluang (bincang) 20:05, 7 Mei 2019 (UTC)Balas

Kewarganegaraan sunting

Untuk pengetahuan, jangan mempautkan kewarganegaraan dalam kotak info kerana ia hanya boleh digunakan untuk individu yang memiliki pelbagai kerakyatan sahaja, seperti mana yang anda lakukan kepada rencana Rafly Rahamat. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 02:55, 11 Januari 2020 (UTC)Balas

Baiklah. — Jeluang Terluang (bincang) 10:14, 11 Januari 2020 (UTC)Balas

Koordinat untuk rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman sunting

Bolehkah saudara buat koordinat untuk rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman.-Fandi89 (bincang) 06:29, 7 Jun 2020 (UTC)Balas

Saya perlu tahu lokasi tepat berlakunya rusuhan terbabit. — Jeluang Terluang (bincang) 06:31, 7 Jun 2020 (UTC)Balas

Maksud tengkarah sunting

Saya nak tanya, apakah maksud tengkarah?.–Fandi89 (bincang) 03:04, 3 Julai 2020 (UTC)Balas

Kontroversi. — Jeluang Terluang (bincang) 10:54, 3 Julai 2020 (UTC)Balas

Media Mulia sunting

Maaf kerana mengganggu, saya mencadangkan kepada anda untuk membuat rencana mengenai syarikat Media Mulia. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 08:14, 20 Julai 2020 (UTC)Balas

Baiklah. — Jeluang Terluang (bincang) 09:05, 20 Julai 2020 (UTC)Balas

Hal peribadi sunting

Salam, saudara Jeluang. Saya cuma mahu datang sini mahu meminta maaf seikhlas-ikhlasnya jika ada perilaku saya yang terlalu mengikut perasaan sampai menyebabkan perbincangan kelmarin menjadi terlalu "beracun" atau toksik di Discord itu...

Saya tiada niat mahu berhasad dengki atau menyebabkan aniaya terhadap saudara langsung. Barangkali saya terlalu komited terhadap jangkaan saya kepada laman ini serta peranan saya sendiri sebagai perapi dan penyunting segala kandingan sampai saya berhujah kuat, menyelar, malah mungkin juga memaki tanpa disedari...rasa terlalu komited itu yang barangkali membutakan diri saya sendiri semasa bertindak membalas. Saya rasa sangat serba salah. Mungkin saya ada pendekatan sendiri secara umum yang agak berbeza terhadap WBM daripada saudara, namun ia tidak patut menghalang kita berdua bekerjasama dalam semua hal

Saya menyusun jari-jemari saya meminta maaf sejujurnya atas segala balasan dan reaksi saya yang mungkin mengguriskan tanpa saya sedari. (ó_ò) Saya harap ia tidak akan mengeruhkan hubungan antara kita berdua sebagai rakan seperjuangan yang giat di laman ini.

Yang ikhlas,

Anumengelamun (bincang) 05:41, 6 Ogos 2020 (UTC)Balas

Tidak mengapa. Saya yang terlalu mengikut perasaan saya. — Jeluang Terluang (bincang) 11:39, 6 Ogos 2020 (UTC)Balas

Tarikh lahir Abdul Rahman Arshad sunting

Bolehkah awak mencari tarikh lahir Abdul Rahman Arshad dan menambah maklumat mengenainya.–Fandi89 (bincang) 06:01, 3 September 2020 (UTC)Balas

Sudah. — Jeluang Terluang (bincang) 06:33, 3 September 2020 (UTC)Balas

Silakan periksa email Anda sunting

Halo Jeluang Terluang: Silakan periksa email Anda! Subjek: "The Community Insights survey is coming!" Jika Anda memiliki pertanyaan, silakan kirim email ke survey@wikimedia.org.

(English: Please check your email and spam! Subject is "The Community Insights survey is coming!" If you have questions, email surveys@wikimedia.org.)

Sorry for the inconvenience, see my explanation here.

MediaWiki message delivery (bincang) 19:04, 24 September 2020 (UTC)Balas

Aneh. — Jeluang Terluang (bincang) 07:43, 27 September 2020 (UTC)Balas

Pengarkiban rujukan sunting

Bolehkah awak mengarkibkan rujukan berikut:

Di atas ini ialah rujukan dari Utusan Malaysia mengenai filem Mendam Berahi. Satu lagi, di bawah, namun rujukan lain:

Fandi89 (bincang) 03:45, 10 Februari 2021 (UTC)Balas

Sepintas lalu disemak tiada arkib. Kalau tahu tajuk rencana akhbar tu boleh memungkinkan pencarian lanjut. — Jeluang Terluang (bincang) 11:46, 10 Februari 2021 (UTC)Balas

Tinjauan Tatakelakuan Sejagat sunting

Salam,

Saya menjemput Anda untuk meluangkan masa 5-10 minit bagi mengisi tinjauan mengenai penguatkuasaan Tatakelakuan Sejagat (UCoC) pada projek dan komuniti Wikimedia yang berbahasa Melayu. Masa tinjauan akan berakhir pada 28 Februari 2021.

Selain itu, Anda juga dialu-alukan untuk memberikan komen, gagasan, atau pandangan peribadi dalam permohonan pendapat komuniti terkait UCoC di sini.

Terima kasih! RamzyM (WMF) (bincang) 08:32, 17 Februari 2021 (UTC)Balas

Menarik terjemahan tinjauan tersebut. Sama-sama! — Jeluang Terluang (bincang) 22:37, 20 Februari 2021 (UTC)Balas

Perihal: "To Kill a Mockingbird" sunting

Salam, saudara. Saya ingin ajukan masalah berkaitan tajuk entri yang saudara pindahkan dari To Kill a Mockingbird ke Enggang Lalu Ranting Patah. Begini, saudara memberi alasan pada sejarah bahawa tajuk asal entri dipindahkan kerana "Memindahkan laman ke judul bahasa Melayu", sedangkan ada beberapa isu yang timbul:

1. tajuk tersebut didapati hanya terhad kepada terbitan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia; pemindahan tersebut langsung tidak mencerminkan kesejagatan WBM (tidak semestinya "Bahasa Malaysia" sahaja) yang juga untuk negara-negara lain seperti Brunei yang ada badan pengatur bahasa sendiri, yang barangkali menerbitkan terjemahan bahasa Melayu buku ini dari mereka sendiri. Tengok sahaja versi entri sama dalam bahasa Portugis, Portugal dan Brazil mempunyai tajuk terjemahan yang amat berlainan (O Sol É para Todos di Brazil dan Por Favor, Não Matem a Cotovia ou Mataram a Cotovia di Portugal) sehinggakan memaksa pengunaan judul bahasa asal.
2. Isu WP:COMMONNAME. Apakah tajuk dari DBP Malaysia juga lebih dikenali berbanding tajuk asalnya dalam bahasa Inggeris? Jika ada terbukti dipetik sampai dari Singapura dan Brunei sendiri, maka pemindahan ini boleh diterima. Jika tidak, maka ia perlu dipindahkan kepada tajuk lebih popular. Saya khuatir hal ini dirasa seperti mengulang dari isu penjudulan anime/manga yang berlaku beberapa lama dahulu di mana saudara ada berkeras memindahkan entri-entri anime/manga tertentu ke judul terjemahan bahasa Melayu yang jauh kurang dikenali berbanding judul bahasa Inggeris atau Jepun sedangkan memang hakikatnya pembaca sasaran WBM lebih akan mengenali tajuk-tajuk Inggeris atau Jepun (cuba tanya SNN95, dia sebagai penyelia pun bersetuju pengutamaan tajuk Inggeris atau Jepun berbanding tajuk Melayu). Situasi sama boleh dipakai di sini: saya sangat meragui pembaca sasaran WBM lebih mengenali tajuk terjemahan buku To Kill A Mockingbird lalu mungkin saudara berada dalam minoriti.

Saya faham jika saudara sendiri ada memiliki versi DBP Malaysia yang mendorong hal sedemikian, tetapi saudara kena faham tidak semua berpeluang baik seperti saudara yang memang tahu tajuknya. Wikipedia bukan tempatnya untuk memaksa pembaca mencari tajuk terjemahan "rasmi", apatah lagi yang datang dari satu negara sahaja; pencarian topik dalam WBM sepatutnya memudahkan berdasarkan nama-nama yang orang awam tahu: tajuk buku itu yang semua orang tahu, isi sama tajuk juga yang patutnya mereka dapat apabila mencari di WBM.

Patutnya saudara cari dalam-dalam sebelum membuat pertimbangan begini: kalau ada bukti satu Nusantara pakai tajuk sama, boleh pindahkan. Kalau tidak, usah diusik. Saya harap saudara dapat faham apa yang saya berniat mahu sampaikan...saya tiada niat jahat terhadap saudara.

Yang ikhlas,
Anumengelamun (bincang) 03:55, 4 Mei 2021 (UTC)Balas

Wassalam. Terima kasih atas maklum balas saudara. Berkenaan dengan tajuk halaman rencana yang terbabit, saya hanya melihat dari sudut pandang bahasa, saya tak lihat sudut pandang negara mana yang menerbitkan novel terjemahan itu asalkan judul itu berbahasa Melayu. Mengapa harus diberi layanan yang berbeza hanya disebabkan oleh negara terbitan? Kita abaikan negara yang terlibat serta cuma lihat dari sudut bahasa. Ada terjemahan bahasa Melayu, maka bahasa Melayulah yang harus diutamakan. Bab negara itu tak perlu nak ditumpukan sangat. Sekiranya hujah anda terkait dengan versi bahasa Portugis, maka mengapa pula tidak digunakan sekali hujah versi entri yang sama dalam bahasa Cina? Tanah Besar China menggunakan judul "殺死一隻知更鳥" manakala Taiwan pula menggunakan judul "梅冈城故事". Tidak pula digunakan judul bahasa Inggerisnya sedangkan terdapat juga percanggahan mengenai judul terjemahan novel terbabit mengikut wilayah terbitan. Terima kasih. — Jeluang Terluang (bincang) 12:21, 4 Mei 2021 (UTC)Balas
Kita abaikan negara yang terlibat... Bab negara itu tak perlu nak ditumpukan sangat — sedangkan saudara hanya pakai tajuk yang jelas dari penerbit Malaysia, bukan edisi Brunei yang sudah tentu akan diedarkan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang sepadan iaitu entiti berbeza. Brunei pun pakai bahasa Melayu baku, sudah tentu sudut pandang mereka juga perlu diutamakan sebagai pembaca sasaran WBM? Tidakkah ini akan menyebabkan rasa berat sebelah? Kalau DBP Brunei turut memberi judul begitu, maka saya tiada masalah.
...maka mengapa pula tidak digunakan sekali hujah versi entri yang sama dalam bahasa Cina? — sebab yang pertama, bahasa tersebut tidak bertulisan Rumi tidak seperti WBM, sudah tentu sistem tulisan paling mirip akan diutamakan dalam pemilihan bahasa yang menjadi perbandingan; zh.wiki sangat mengutamakan tulisan hanzi tentunya. Satu lagi, mungkin pemilihan zh.wiki itu berdasarkan kata sepakat sesama para penyunting sebahasa sana kerana nama itu yang lazim, which leads me to keadaan yang mendorong pemindahan tersebut serta perkaitan dengan isu WP:COMMONNAME yang saya ujarkan: saudara tidak ada memberikan catatan membuktikan jika akhbar-akhbar atau majalah Brunei, Singapura ada menggunakan tajuk yang sama dalam pembincangan isi buku (sekurang-kurangnya dalam nota tersorok pun sudah memadai), maka sukar dapat kami semua dapat fahamkan jika pemindahan tersebut munasabah lalu sepakat sepertimana sepakatnya para penyunting zh.wiki.
Saya kembali kepada contohnya berkerasnya saudara dengan tajuk terjemahan manga/anime: penyelia ms.wiki sepakat tajuk common yang cenderung dalam bahasa Jepun atau Inggeris manga/anime sudah hakikatnya jadi dilazimkan sehinggakan tidak dapat dihalang lagi, sampai mana-mana tajuk terjemahan BM akan dilencongkan sekali (sepertimana entri "Akademi Hero" saudara sudah dibalikkan kepada "My Hero Academia" dan sebagainya), saya yakin pendekatan common title sama juga diterapkan untuk sastera bahasa Inggeris yang memang tajuk sudah dikenali/diketahui serata Nusantara menggunakan BI. Saya rasa kita bukan bertujuan menjual apa-apa terjemahan sekalipun, jadi langkah ini paling neutral (dan amat diidamkan di Wikipedia). Anumengelamun (bincang) 13:10, 4 Mei 2021 (UTC)Balas

Laman Alda Daulay dihapus orang mohon dikembalikan Artikelnya sunting

Mohon batalkan halaman Alda Daulay 36.76.93.36 13:40, 18 Julai 2022 (UTC)Balas

Layakkan diri dahulu. Jeluang Terluang (bincang) 21:05, 18 Julai 2022 (UTC)Balas